Suhakam Sound Ngo Islam Kaw Kaw Isu Icerd


Oleh : Zainul Rijal Abu Bakar
 
Pertemuan YB Menteri Agama dengan NGO Islam pada 7 Nov 2018

Atas permintaan rakan-rakan yang mahukan makluman pertemuan semalam saya nukilkan di bawah ini.

Pertemuan ini adalah permintaan beberapa NGO kepada YB Menteri setelah beliau meminta mereka yang tidak faham tentang ICERD berjumpa beliau. Harapan kami agar dapat mendengar sendiri pendirian YB Menteri dan kemudiannya bertukar pandangan.


Pertemuan ini berjaya mengumpulkan sejumlah NGO Islam, peguam persendirian, penjawat awam ahli akademik dan beberapa yang lain.

Pertemuan selepas solat isya’ ini dimulakan dengan bacaan doa, ucapan aluan KP Jakim, penerangan SUHAKAM dan ucapan YB Menteri sebelum meminta peserta menyatakan pendirian.

Ucapan wakil SUHAKAM sangat mengejutkan kerana seolah memberi amaran kepada kami dan sudah hilang hak asasi manusia untuk menyatakan pendirian kami dan seolah terus menghukum NGO Islam ingin memecah perpaduan dan tidak bertamadun. SUHAKAM mahukan Kerajaan menandatangani dan ratifikasi ICERD.

YB Menteri pula memberi jaminan apa-apa tindakan Kerajaan tidak akan menjejaskan kepentingan orang Melayu Islam dan Raja Raja. YB Menteri juga menafikan ada ‘timeline’ yang ditetapkan kerajaan untuk meratifikasi ICERD walaupun ada menteri yang berkata sedemikian. YB Menteri mengalu-alukan perbincangan dengan stakeholders dan pertemuan semalam adalah pertemuan besar pertama diadakan dengan NGO Islam dengan beliau.

Oleh kerana pertemuan ini adalah pertemuan tertutup saya tidak dapat mendedahkan apa yang disuarakan oleh peserta secara terperinci.

Namun secara umumnya majoriti peserta tidak bersetuju ICERD ditandatangani atau diratifikasi. Daripada 20 peserta yang berucap hanya 5 yang menyokong ICERD manakala baki 15 menolak.

YB Menteri mengambil pendirian untuk hanya mencatat tetapi tidak berdialog dengan NGO Islam yang membantah ICERD atau menyokongnya.

Rumusannya ialah pertemuan malam tadi adalah input satu hala kepada YB Menteri sahaja tanpa mendengar pandangan YB Menteri sendiri seperti dilapor media. YB Menteri pula berjanji akan membawa suara kami ke pihak atasan.

Kami tidak dapat berinteraksi secara dua hala dengan YB Menteri.

Walau bagaimanapun secara umumnya kesemua hadirin bersetuju apapun tindakan tidak boleh menghakis hak orang Melayu, kedudukan istimewa Islam dan Raja Raja Melayu.

Walau apapun ini permulaan yang baik NGO Islam diberi ruang untuk memberi pandangan. NGO Islam alu alukan pertemuan sebegini pada masa akan datang. Terima kaseh kerana memberi peluang ini dan iniasiatif ini boleh dipertingkat dari masa ke semasa.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2018/11/suhakam-sound-ngo-islam-kaw-kaw-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majoriti Ngo Islam Tolak Icerd

Majoriti Ngo Islam Tolak Icerd

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 614 hits
Saadiah IsmailSaadiah ismail nstp com myWakil wakil NGO Islam selepas mengadakan pertemuan dengan Mujahid di Putrajaya semalam FOTO Ihsan FB Zainul Rijal Abu BakarMAJORITI pertubuhan bukan kerajaan Islam menolak Konvensyen Antarabangsa Meng...
Isu Icerd Pertahankan Kedudukan Orang Melayu Islam Dan Bumiputera

Isu Icerd Pertahankan Kedudukan Orang Melayu Islam Dan Bumiputera

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 868 hits
oleh YB Shaharizukirnain Abdul KadirAhli Parlimen Setiu1 Saya membantah hasrat pihak Kerajaan untuk menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Ramai pihak yang turut tidak menyokong perjanjia...
Amaran A Hadi Pada Ph Icerd Xadil Kepada Islam Bumiputera

Amaran A Hadi Pada Ph Icerd Xadil Kepada Islam Bumiputera

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR 13 Nov Pas memberi amaran keras kepada kerajaan Pakatan Harapan supaya tidak menyalahgunakan Parlimen untuk mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Amaran itu dizahirkan oleh Presidennya ...
Icerd Masa Depan Melayu Islam Terancam

Icerd Masa Depan Melayu Islam Terancam

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 712 hits
ICERD Pas UMNO gusar masa depan Melayu Islam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini menyaksikan kedua dua belah pihak iaitu kerajaan negeri dan pembangkang berkongsi pandangan sama berkaitan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapu...
Icerd Is No Threat To The Sovereignty Of Islam

Icerd Is No Threat To The Sovereignty Of Islam

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 254 hits
Prophet Muhammad delivered his last sermon in 632 at Mount Arafat One of the most important messages he delivered on that blessed day is to emphasise that Islam is fundamentally against any sort of racial discrimination regardless of if the...
Icerd Means Muslims Can Leave Islam

Icerd Means Muslims Can Leave Islam

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 495 hits
In other words the ICERD must be read alongside the Universal Declaration of Human Rights which I believe Malaysia has also not ratified If Malaysia ratifies the ICERD will that also mean the Universal Declaration of Human Rights will also ...
Video Bukan Isu Parti Politik Tetapi Mempertahankan Islam Dan Melayu

Video Bukan Isu Parti Politik Tetapi Mempertahankan Islam Dan Melayu

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 490 hits
Walaupun termaktub dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi kita tak pernah pun edar Al Quran di sekolah bukan Islam Ni ada pulak berani edar bible d sekolah Islam BERTAM Belum reda isu berkaitan pengedaran Bibl...
Isu Icerd Umpama Menjolok Sarang Tebuan

Isu Icerd Umpama Menjolok Sarang Tebuan

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 452 hits
SUSUPAN MALAMKERAJAAN kena muktamadkan segera cadangan untuk meraktifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskiminasi Kaum yang kini sudah mulai menjadi isu politik yang sedang mematang Perkara ini tidak perlu...
Keranda Diusung Icerd Terus Dibantah Wakil Ngo Menanti Panggilan Kerajaan

Keranda Diusung Icerd Terus Dibantah Wakil Ngo Menanti Panggilan Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 408 hits
Komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum terus dibantah dengan satu perhimpunan yang diadakan hari ini Hampir 500 peserta yang melibatkan pelbagai usia
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025