Icerd Masa Depan Melayu Islam Terancam


ICERD: Pas, UMNO gusar masa depan Melayu, Islam
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini menyaksikan kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan negeri dan pembangkang berkongsi pandangan sama berkaitan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Kedua-dua belah pihak bersetuju tindakan kerajaan Persekutuan mahu meratifikasi ICERD menimbulkan kebimbangan kerana dikhuatiri menjejaskan kedudukan kaum bumiputera dan agama Islam di negara ini.
Timbalan Menteri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan Pas Kelantan akan terus mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
“Secara rasmi kita belum berbincang isu ini dengan Pusat tetapi kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara terutama membabitkan Perkara 152, Perkara 59 dan lain-lain.
“Kita mempertahankan perkara ini sejak dahulu lagi kerana tanah ini milik orang Melayu. Orang India ada benua India, orang Cina ada benua China maka tanah Melayu adalah milik orang Melayu,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Md. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) berhubung pendirian kerajaan negeri terhadap langkah diambil kerajaan Persekutuan yang dikatakan komited mahu meratifikasi konvensyen berkenaan.
Sementara itu, Md. Alwi yang juga Ketua Pembangkang menggesa kerajaan Pusat supaya tidak tergesa-gesa menandatangani sebarang perjanjian antarabangsa seperti ICERD kerana memberi kesan besar terhadap orang Melayu dan kaum lain.
“Parti-parti seperti UMNO, MCA dan MIC kena haram, malah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) iaitu parti Perdana Menteri sendiri pun kena haram sebab berasaskan kaum. Pas juga kena haram sebab ada nama Islam.
“Dari segi implikasinya terhadap insitusi pula, banyak yang akan terjejas seperti Mara, PNB (Permodalan Nasional Berhad), malah mungkin Tabung Haji juga kena haram sebab hanya untuk orang Islam sahaja,” katanya.
Tambah beliau, suatu ketika dulu kerajaan Pusat pernah melakukan kesilapan dengan menandatangani satu perjanjian antarabangsa yang mengharamkan penanaman tembakau.
“Akhirnya Kelantan yang menderita paling banyak kerana kita ada ramai penanam tembakau. Walaupun Lembaga Tembakau Negara (LTN) ditukar kepada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) namun masih tidak dapat membantu penanam tembakau.
“Negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei malah Singapura pun tak tandatangan. Kita pernah buat kesilapan, itu hanya jejaskan penanam tembakau. Tapi ICERD ini besar, melibatkan maruah bangsa dan negara kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/icerd-pas-umno-gusar-masa-depan-melayu-islam-1.777989#ixzz5VOsqgknh
© Utusan Melayu (M) Bhd


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/10/30/icerd-masa-depan-melayu-islam-terancam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Icerd Pertahankan Kedudukan Orang Melayu Islam Dan Bumiputera

Isu Icerd Pertahankan Kedudukan Orang Melayu Islam Dan Bumiputera

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 887 hits
oleh YB Shaharizukirnain Abdul KadirAhli Parlimen Setiu1 Saya membantah hasrat pihak Kerajaan untuk menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Ramai pihak yang turut tidak menyokong perjanjia...
Islam Menghadapi Nyawa Pengkritik Terancam Hingga Dibunuh Ancaman Syiah Ancaman China 8588

Islam Menghadapi Nyawa Pengkritik Terancam Hingga Dibunuh Ancaman Syiah Ancaman China 8588

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 357 hits
Erdogan Yakin Raja Salman Tak Perintahkan Pembunuhan Khashoggi Ahad 4 November 2018 11 04Foto Presiden Turki Erdogan dan Raja Saudi SalmanKIBLAT NET Ankara Kasus pembunuhan jurnalis senior Saudi Jamal Khashoggi terus bergulir Belum diketahu...
Melayu Janji Dan Masa

Melayu Janji Dan Masa

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 457 hits
Sejak dahulu lagi saya sudah mendengar frasa janji melayu yang acapkali disebutkan oleh ramai orang baik yang berbangsa Melayu mahupun yang bukan berbangsa Melayu Frasa janji melayu itu membawa maksud seseorang yang berbangsa Melayu tidak m...
5 Keahlian Bakal Dicari Perusahaan Di Masa Depan Persiapkan Dari Sekarang

5 Keahlian Bakal Dicari Perusahaan Di Masa Depan Persiapkan Dari Sekarang

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 283 hits
Perubahan adalah sebuah keniscayaan Begitupun dengan pekerjaan dan karier Kualifikasi pekerjaan akan terus berubah mengikuti zaman Tentunya kualifikasi calon karyawan pada tahun 1970 an akan sangat berbeda dengan kualifikasi calon karyawan ...
Kekalahan Umno Adalah Lebih Baik Untuk Islam Dan Melayu Islam 8585

Kekalahan Umno Adalah Lebih Baik Untuk Islam Dan Melayu Islam 8585

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 836 hits
Islam dan Melayu Islam terus mekar hidup di serata dunia walau pun tiada Umno di negara tersebut Bila petualang menyamar hero Islam hero Melayu macam dasar USA menceroboh dan menjajah negara lain Ditunjuknya Taliban itu jahat dengan dakyah ...
Jadi Solusi Keuangan Di Masa Depan Aplikasi Pinjaman Online Bakal Makin Menjamur

Jadi Solusi Keuangan Di Masa Depan Aplikasi Pinjaman Online Bakal Makin Menjamur

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 327 hits
Otoritas Jasa Keuangan mencatat terdapat 73 perusahaan financial technology berbasis peer to peer lending Jumlah pelaku bisnis ini diyakini akan terus bertambah dikarenakan masih ada ratusan perusahaan yang antre untuk terdaftar dan mengant...
Firma Jepun Akan Mempamerkan Seperti Bat Isyarat Di Langit Pada Masa Depan

Firma Jepun Akan Mempamerkan Seperti Bat Isyarat Di Langit Pada Masa Depan

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 485 hits
Satu imej yang mengambang bebas dibuat dengan menembak laser ke udara itu dilancarkan di Jepun pada hari Isnin yang menawarkan kemungkinan satu hari memprojeksikan mesej ke langit tak berawan seperti yang dilihat di Batman Dan seperti Bat i...
Ratifikasi Icerd Rugikan Melayu Hak Keistimewaan Dihapus

Ratifikasi Icerd Rugikan Melayu Hak Keistimewaan Dihapus

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 447 hits
Untuk mengelak bantahan orang Melayu dan anak anak negeri Sabah dan Sarawak mereka mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153 Tun Abdul Hamid Mohamad21 Safar 1440H Selasa Saya berani mengatakan jika konven...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Pakej Percutian Turki


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Dulu Aku Boss Dia Hari Ini Aku Belajar Dari Dia

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Conflation A Political Tool To Muck Things Up

Yummy Rojak Mee

Menerima Surat Kenaikan Pangkat Ke Gred Dg54