Sufian Suhaimi Rasa Macam Mahu Kahwin



NAMA Sufian Suhaimi tidak pernah lekang dengan lagu genre cinta.
Kronologi lagu-lagu bertema cinta dihasilkan seolah-olah menggambarkan kehidupannya yang sepi tanpa adanya cinta.
Setahun tanpa single baharu, dia kini tampil dengan lagu Cinta Tak Bertepi dengan video lirik lagu terbabit dimuat naik di saluran YouTube Aries Music bermula 26 Julai lalu.
Menikmati lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan lirik Wan Saleh itu tentunya mengundang cakap-cakap Sufian, 29, mendambakan kehadiran seorang wanita bagi mengisi kekosongan hatinya.
Sekali lagi, Sufian menegaskan bahawa karya itu bukanlah mengenai kehidupan peribadinya.
"Lagu ini bukan berkenaan kisah cinta saya. Ia berkenaan perasaan saya yang diluahkan untuk pendengar muzik kita.
Ia berkaitan sama ada saya masih di hati pendengar atau sebaliknya," katanya membuka cerita. Bagaimanapun, Sufian mengakui dirinya memerlukan seorang teman hidup sebagai tempat untuk berkongsi rasa dan cerita.
"Ya, saya tak berselindung menantikan kehadiran teman hidup. Tak tahulah kerana pandemik Covid-19 buatkan saya rasa begini. Mungkin sebab banyak cerita orang yang semakin ramai berkahwin ketika pandemik ini, jadi rasa nak tamatkan zaman bujang itu ada.
"Tapi saya belum lagi ada jodoh. Saya sentiasa berdoa moga dikurniakan jodoh serta mohon peminat doakan saya dapat jodoh yang baik untuk diri dan keluarga," katanya.
Pernah melalui episod sedih putus tunang dengan seorang pelakon popular, Sufian akan terus berkahwin sekiranya bertemu pasangan yang sesuai.
"Insya-Allah, kalau ada jodoh memang saya nak terus kahwin. Apapun saya kena hati-hati dan kenali hati budinya dulu kerana kita nak cari pasangan hidup yang kekal selamanya.
"Mestilah saya nak yang serasi dan ada sefahaman. Lagi elok kalau keluarga dapat kenal juga. Namun, dalam situasi sekarang, saya sendiri pun tak boleh rentas negeri nak jumpa keluarga di Johor," katanya.
Sementara itu, Sufian gembira video lirik lagu Cinta Tak Bertepi sehingga kini sudah mendapat lebih 135,271 tontonan.
Baginya jumlah tontonan ini sudah cukup menggembirakan kerana lagu itu dilancarkan dalam keadaan penuh kekangan dek pandemik Covid-19 selepas kali terakhir tampil dengan single Janji yang mencecah 10 juta tontonan.
Sebagai kesinambungan kepada kehadiran lagu ini, Sufian turut membuat perancangan untuk mengadakan persembahan secara virtual untuk peminat-peminatnya.
Video lirik Cinta Tak Bertepi boleh ditonton di YouTube rasmi Aries Music dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, i-Tunes, Deezer dan KkBox.
Perniagaan semakin maju
Sufian yang mengeluarkan Zikir Pillow kini rancak mempromosi produk baharu, Guitar Pillow iaitu kerjasama babypian.hq X Haqiem Rusli.
"Idea asal buat Guitar Pillow ini datangnya daripada Zikir Pillow yang saya hadiahkan untuk anak angkat. Selain zikir, ada juga ayat al-Quran. Bila ramai orang suka produk ini, saya fikir untuk pelbagaikan lagi.
"Selain daripada suara saya, ada juga suara Haqiem berzikir dan trak zikir kami bersama. Kami memang kawan rapat dalam industri muzik," katanya.
Dia bersyukur perniagaannya masih boleh beroperasi dan kakitangannya masih dapat bekerja.
"Tiada yang terpaksa dihentikan. Bahkan waktu pandemik kita ada ambil beberapa kakitangan baru. Saya gembira dengan adanya perniagaan dapat berikan sesuatu kepada masyarakat," katanya.
Sufian kini turut mengembangkan sayap sebagai pelakon apabila membintangi drama bersiri 20 episod berjudul Kampung Kolestrol arahan Shuhaimi Lua Abdullah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/09/sufian-suhaimi-rasa-macam-mahu-kahwin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Macam Makan Lauk Rewang Kenduri Kahwin Pulak

Rasa Macam Makan Lauk Rewang Kenduri Kahwin Pulak

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 366 hits
Assalamualaikum Hi korang masak apa hari ni Dah makan ke tu SA baru je sudah makan ni ha hari ni lauk macam lauk rewang kenduri kahwin hehehe biasa lauk kari telur ni orang masak time rewang2 kat kampung pas tu ada plak acar jelatah kan mem...
Hiburan Tak Kisah Kontroversi Yang Melanda Ebit Lew Sufian Suhaimi Tetap Mahu Timba Ilmu Darinya

Hiburan Tak Kisah Kontroversi Yang Melanda Ebit Lew Sufian Suhaimi Tetap Mahu Timba Ilmu Darinya

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 304 hits
Sedia maklum sejak beberapa bulan yang lalu pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew sering kali dihujani dengan kontroversi namun itu tidak menghalang penyanyi Sufian Suhaimi untuk melayan baik inisiatif pendakwah itu untuk bertemu dengannya ARTIKEL...
Isteri Tajul Ariff Kini Berhijab Pad4m Foto Lama Tak Tutup Aur4t Saya Tak Pernah Rasa Tenang Macam Ini

Isteri Tajul Ariff Kini Berhijab Pad4m Foto Lama Tak Tutup Aur4t Saya Tak Pernah Rasa Tenang Macam Ini

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 459 hits
Penampilan terbaharu isteri kepada penyanyi Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie yang kini bertudung menarik perhatian netizen di laman sosial Mengakui berasa kek0k pada mulanya Nurul Shamieza atau lebih mesra disapa sebagai Ica bersyukur...
Malu Malu Kucing Bila Jumpa Balik Isteri Kongsi Nikmat Suami Pulang Selepas Khuruj Rasa Macam Pengantin Baru

Malu Malu Kucing Bila Jumpa Balik Isteri Kongsi Nikmat Suami Pulang Selepas Khuruj Rasa Macam Pengantin Baru

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 611 hits
RASA macam pengantin baru itulah perasaan seorang isteri mengimbau kembali saat suaminya pulang dari mendalami ilmu agama bersama jemaah tabligh Video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan menunjukkan suaminya sedang menulis pesanan sebelu...
Sama Macam Makan Gaji Buta Yang Selalu Orang Dok Jaja Tak Rasa Malu Kah

Sama Macam Makan Gaji Buta Yang Selalu Orang Dok Jaja Tak Rasa Malu Kah

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 499 hits
Panas Menantu Hadi kena serang dalam DUN sebab tak buat kerjaAugust 26 2021 Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang mempersoalkan peranan Exco Kesihatan Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin yang dikataka...
Cikgu Tolak Vaksin Tak Bodoh Macam Kebanyakan Suhaimi

Cikgu Tolak Vaksin Tak Bodoh Macam Kebanyakan Suhaimi

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 341 hits
Cikgu tolak vaksin tak bodoh macam kebanyakan Suhaimi Respect 779 Cikgu Tolak Vaksin Tak Bodoh Macam Kebanyakan Netizen Suhaimi Saad Bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad luah rasa hormat terhadap 779 orang cikgu di Johor yang tidak mahu mener...
Bayi Rasa Selamat Berbedung Macam Dalam Kandungan Ibu

Bayi Rasa Selamat Berbedung Macam Dalam Kandungan Ibu

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 322 hits
Bayi rasa selamat berbedung kerana dia terasa macam berada dalam kandungan ibu Perasan tak bila bayi baharu lahir dibedung dia akan lebih lena tidurnya dan kurang merengek Seeloknya ibu hendaklah membedung bayi bermula minggu pertama kelahi...
Hari Hari Tengok Susu Terbuang Macam Tu Saja Anak Tolak Direct Feed Shakilla Khoriri Reda

Hari Hari Tengok Susu Terbuang Macam Tu Saja Anak Tolak Direct Feed Shakilla Khoriri Reda

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 414 hits
Perjalanan menyusukan anak sememangnya tidak mudah Memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjayakan penyusuan dengan baik dan lancar Sama seperti kita pelakon Shakila Khoriri juga melalui pengalaman dan cabarannya yang tersendiri Walaupun ...
Dia Tak Apa Ada 9 Ny4wa Pemuda B1ngung Macam Mana Nak Ambil Kucingnya Di Rumah Jiran Tak Berpenghuni

Dia Tak Apa Ada 9 Ny4wa Pemuda B1ngung Macam Mana Nak Ambil Kucingnya Di Rumah Jiran Tak Berpenghuni

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 433 hits
Setiap manusia yang berjiwa lembut mesti mempunyai kucing di rumah Kucing adalah haiwan peliharaan yang banyak orang jaga dan pelihara Setiap kucing mempunyai perwatakan yang berbeza ada yang deg1l ada yang gar4ng ada juga yang manja dan ba...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Kaya Sebab Duit Banyak

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

2 Jam Baru Dari Urwerk Hamilton Yang Akan Naikkan Gaya Wrist Game Kamu

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu