Sudah Tidak Ada Rasa Malu Ke Peguam Persoal Pengampunan Ahli Politik


agendaily.com02/05/2023
Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman 12 tahun penjara setelah kekal didapati bersalah melibatkan RM42 juta dana SRC International.
Isu pengampunan ahli politik mendapat perhatian umum kebelakangan ini, ia selepas UMNO membuat permohonan untuk membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi proses tersebut.

UMNO nampaknya bersungguh-sungguh mahu membebaskan Najib walaupun sudah disabitkan dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd yang mengakibatkan negara hilang puluhan juta hasil salah laku dilakukannya.

Peluang terhidang selepas UMNO menjadi parti dalam membentuk kerajaan pusat walaupun pemimpin utamanya sedang berdepan pendakwaan di mahkamah, malahan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini juga memohon untuk membatalkan pertuduhan kes rasuah Yayasan Akalbudi dihadapinya.

Seorang peguam terkenal, Rafique Rashid menyuarakan kebimbangan terhadap usaha UMNO mendapatkan pengampunan diraja bagi bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara.

Ujarnya, permohonan pengampunan diraja yang oleh ahli-ahli politik seakan menjadi trend terbaru, menyifatkannya sebagai satu keadaan yang amat kritikal sedang berlaku dalam sistem perundangan di Malaysia.

Beliau juga menimbulkan persoalan tentang bagaimana terlalu mudah sekali bagi para penganalisis politik tempatan bercakap tentang pengampunan diraja dengan hujah untuk memperkukuh kerajaan semasa.

Soalnya, bagaimana begitu mudah rakyat Malaysia dipermainkan dengan isu politik dan personaliti tertentu sehingga mengenepikan perkara undang-undang dan sistem kehakiman negara.

“Malaysia ini dah tak ada rasa malu ke?

“Kini, seolah-olah melakukan jenayah asalkan anda terkenal dan ahli politik kita boleh terima.

“Walaupun melakukan jenayah. Sedangkan jenayah itu adalah penyelewengan, salah guna kuasa, wang rakyat dan sebagainya,” katanya menurut laporan MalaysiaNow.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas timbul cakap-cakap bahawa Lembaga Pengampunan Diraja dalam proses membincangkan pengampunan terhadap Najib yang kini sedang menjalani 12 tahun hukuman penjara.

Pada 31 Mac, sidang lima hakim di Mahkamah Persekutuan secara majoriti menolak permohonan Najib meminta pensabitan dan hukumannya disemak semula.

Mengulas lanjut, Rafique turut menyuarakan kebimbangan trend tersebut kemudian hari akan mencetuskan satu bentuk normalisasi dalam kalangan ahli politik yang disabitkan kesalahan jenayah.

“Adakah kita (akan) sampai ke tahap itu?”

Dalam pada itu, peguam Haniff Khatri membangkitkan isu ini berupaya menimbulkan kebimbangan sama ada pengampunan diraja di bawah bidang kuasa mutlak Agong melibatkan pengampunan hukuman dan juga pengampunan sabitan.

Persoalan ini katanya berkait rapat dengan usaha memohon pengampunan diraja Najib di mana adakah beliau boleh membuat permohonan pengampunan hukuman tetapi juga sabitan.

“Sebab apa, kalau kita ingat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, dia satu negara dia jaja bahawa pada 16 Mei (2018) bukan sahaja hukumannya diampunkan tetapi sabitannya diampunkan.

”Seolah-olah tidak ada lagi rekod jenayahnya,” katanya merujuk kepada pengampunan diraja Anwar pada Mei 2018 selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurut Haniff, persoalan tentang memberikan pengampunan hukuman bukan lagi isu kerana ianya sudah jelas menjadi kuasa mutlak dan budi bicara Agong.

“Tetapi, bolehkah Agong batalkan sabitan iaitu penemuan kebersalahan oleh mahkamah? Itulah isu dia pada masa pengampunan diraja Anwar muncul.”

Ini kerana katanya, di dalam dokumen Anwar tidak disebut mengenai pengampunan sabitan tapi kalau dalam dokumen Najib tiba-tiba ada pembatalan sabitan mungkin ianya akan dicabar lagi oleh sesiapa.

“Dan masa itu mahkamah kena buat keputusan sebab masa kes Anwar, mahkamah tidak buat keputusan. Sebab mahkamah mendapati tiada pengampunan sabitan.

“Inilah perkara yang menarik sebab bila Perlembagaan dan undang-undang dipermain-mainkan, dia akan datang balik menghantui orang yang mempermain-mainkannya.”

Sebelum ini, Haniff mengetuai anak guamnya Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mencabar kesahan pengampunan diraja yang diperoleh Anwar pada 2018.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/sudah-tidak-ada-rasa-malu-ke-peguam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fahmi Patut Rasa Malu Selepas Opr Naik Kata Tun Faisal

Fahmi Patut Rasa Malu Selepas Opr Naik Kata Tun Faisal

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 233 hits
agendaily com04 05 2023Datuk Tun Faisal Ismail Aziz Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyindir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil selepas pengumuman Bank Negara Malaysia yang menaikkan kadar dasar semalaman 25 mata asas kepada 3 0 pera...
Selepas Amanah Dan Muda Kini Ahli Pkr Kecam Isu Pengampunan Najib

Selepas Amanah Dan Muda Kini Ahli Pkr Kecam Isu Pengampunan Najib

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 248 hits
satuberita myBy May 2 2023SELEPAS parti Amanah dan Muda menyuarakan pandangan terhadap isu pengampunan Najib Razak kini Pemuda PKR tampil bersuara dan menyifatkan gesaan membebaskan bekas perdana menteri itu oleh penyokongnya sebagai pemiki...
Himpunan Madani Jadi Kempen Politik Menjelang Prn Siap Serah Borang Ahli

Himpunan Madani Jadi Kempen Politik Menjelang Prn Siap Serah Borang Ahli

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 269 hits
PMX sepentas dengan anak muridnya Zahid Hamidi dalam program Himpunan Madani d Kedah baru baru ini Kerajaan campuran menggunakan platform program rasmi dalam Himpunan Madani di Kedah baru baru ini sebagai kempen politik menjelang enam Pilih...
Bersatu Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap 4 Ahli Parlimennya Lompat Parti

Bersatu Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap 4 Ahli Parlimennya Lompat Parti

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 205 hits
Ahmad Johari Mohd Aliajohari bh com myKUALA LUMPUR Parti BERSATU memohon kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mendapatkan perisytiharan bahawa kerusi Parlimen Papar Batu Sapi Ranau dan Sipitang sudah dikosongk...
Hiburan Meriah Betul Raya Bila Lebih 100 Ahli Keluarga Kumpul Bersama Confirm Meriah

Hiburan Meriah Betul Raya Bila Lebih 100 Ahli Keluarga Kumpul Bersama Confirm Meriah

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 941 hits
Korang perasan tak sejak beberapa minggu lepas ada on ground event dekat bazar Ramadan sekitar Lembah Klang Ada ramai ramai orang berkumpul then diorang pakai sandwich tulis perkataan LOOOOOOOOONGEST Advertisement Kami baru tahu itu rupanya...
Jangan Tertipu Mainan Pn Yang Hilang Modal Politik

Jangan Tertipu Mainan Pn Yang Hilang Modal Politik

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 256 hits
Tersebar cerita kononnya PN dah dapat 126 kerusi Dah cukup jumlah nak bentuk kerajaan Agaknya dorang ni anggap bentuk kerajaan macam main pondok pondok Boleh ikut suka je Sebenarnya setakat cukup SD belum boleh jatuhkan PM yang ada Cara yan...
Tok Mat Ingatkan Ahli Umno Agar Sedar Diri Jangan Tuntut Macam Macam

Tok Mat Ingatkan Ahli Umno Agar Sedar Diri Jangan Tuntut Macam Macam

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 236 hits
SEDARLAH DIRI KERANA KITA HANYA MENUMPANG KASIH INGATAN TOK MAT KEPADA UMNOShahbudin Husin Selama ini apabila saya menyebut dalam tulisan saya bahawa UMNO hanya menumpang dalam kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim ini ada beberapa pihak yang mar...
Video Jk Minta Jokowi Tak Terlalu Terlibat Politik Pilpres 2024

Video Jk Minta Jokowi Tak Terlalu Terlibat Politik Pilpres 2024

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 225 hits
Wakil Presiden RI ke 10 dan 12 Jusuf Kalla meminta Presiden Joko Widodo tidak terlibat terlalu jauh dengan urusan Pemilu 2024 JK memberi contoh sikap Presiden Megawati Soekarnoputri dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di akhir masa pemeri...
Parti Politik Perlu Ertahan 30 Kuota Calon Wanita

Parti Politik Perlu Ertahan 30 Kuota Calon Wanita

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 196 hits
Parti parti politik digesa mempertahankan kuota 30 calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri untuk enam negeri yang akan diadakan pada Julai ini Bagi Naib Ketua Wanita KEADILAN Malaysia Sangetha Jayakumar wanita membentuk separuh daripada popu...
Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Dap Youth Defends Pending Rep Amid Push For Resignation

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Overcoming The Funding Challenges

Menu Hari Raya 2025