Parti Politik Perlu Ertahan 30 Kuota Calon Wanita




Parti parti politik digesa mempertahankan kuota 30% calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri untuk enam negeri yang akan diadakan pada Julai ini.
Bagi Naib Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Sangetha Jayakumar, wanita membentuk separuh daripada populasi penduduk Malaysia dan berhak mendapat perwakilan yang saksama.
Bagaimanapun, katanya, berdasarkan laporan Indeks Jurang Gender Malaysia 2018-2022 Malaysia menduduki tempat ke-104 daripada 156 negara dalam skor GGI bagi tahun 2022, dan Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kadar penyertaan wanita paling rendah di ASEAN selain Brunei dan Myanmar.
“(Realitinya) di Malaysia, semua parti politik bergantung kepada jentera wanita dan aktivis wanita untuk membuat gerak kerja kempen dan aktiviti lapangan di peringkat komuniti tempatan. Maka, penglibatan wanita dalam politik peringkat akar umbi adalah sangat aktif, substantif dan berpengaruh.
“Wanita juga merupakan tonggak aktiviti meraih undi, kerana pendekatan wanita adalah lebih mesra, lebih intuitif dan kebolehupayaan mereka membina rangkaian (“network”) di peringkat komuniti.
“Gerak kerja parti politik tidak akan mungkin berjaya tanpa penglibatan wanita. Walaupun begitu, penglibatan politik pada peringkat akar umbi ini tidak diterjemahkan diperingkat kepimpinan parti politik,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau lagi, kajian “Women’s political leadership in the ASEAN region” oleh University of Sydney and Universitas Gadjah Mada pada November 2022, memperlihatkan wanita dalam kepimpinan akar umbi menghadapi lebih banyak halangan dalam mengakses kuasa serta kepimpinan jawatan berbanding wanita yang mengejar kepimpinan dalam arena politik formal.
Setelah berkuasa, katanya, pemimpin politik akar umbi juga menghadapi lebih banyak halangan untuk menekankan pengaruh dan mempengaruhi perubahan.
“Ketaksamaan gender boleh dilihat melalui jumlah peluang pencalonan wanita dalam pilihanraya.
“Pada PRU Ke-15, hanya 127 calon wanita (13.4%) daripada keseluruhan 945 calon yang bertanding merebut kerusi Dewan Rakyat.
“Mengikut gabungan politik, Pakatan Harapan mencalonkan 40 orang wanita atau 18 peratus, diikuti Barisan Nasional (BN) 22 orang atau 11 peratus dan Perikatan Nasional dengan 16 wanita atau 9.3 peratus,” katanya.
Dalam kajian yang sama, kata Sangetha, didapati institusi yang menjadi penghalang terbesar kepada kepimpinan politik wanita adalah parti politik dan agensi keselamatan.
Parti politik, kata kajian itu, adalah penjaga pintu (‘gatekeeper’) akses kepada kepimpinan politik, jawatan dalam politik formal yang boleh bertindak sebagai penghalang atau sebagai pengupaya wanita mendapat kedudukan yang berkuasa.
“Justeru, Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan dua bulan lagi adalah peluang untuk parti-parti politik memperbaiki kedudukan wanita dalam lanskap politik dan memastikan wanita tidak lagi menjadi golongan ‘underrepresented”.
“Pimpinan parti politik mesti memastikan lebih ramai pimpinan wanita dicalonkan demi pemerkasaan politik wanita negara dan tahap pencalonan 30% adalah tahap terbaik sebagai permulaan,” katanya lagi.
The post Parti politik perlu ertahan 30% kuota calon wanita first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36358?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=parti-politik-perlu-ertahan-30-kuota-calon-wanita

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kian Ming Kj Patut Masuk Dap Parti Perlu Calon Pm

Kian Ming Kj Patut Masuk Dap Parti Perlu Calon Pm

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 141 hits
Malaysiakini Bekas pemimpin Umno yang dipecat Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan patut menyertai DAP kata wakil rakyat DAP Ong Kian Ming Anggota parlimen Bangi berkata parti mereka memerlukan calon perdana menteri Kamu berdua sesuai kata ...
Kpu Tetapkan 700 Bakal Calon Anggota Dpd Yang Penuhi Syarat 139 Di Antaranya Wanita

Kpu Tetapkan 700 Bakal Calon Anggota Dpd Yang Penuhi Syarat 139 Di Antaranya Wanita

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 174 hits
Jumlah bakal calon anggota DPD paling banyak berada di wilayah Jawa Barat yaitu mencapai 55 orang Sementara itu jumlah bakal calon paling sedikit ada di Daerah Istimewa Yogyakarta yakni 9 orang
Hiburan Malaysia Ke Oversea Ni Didakwa Hanya Islam Dalam Ic Pakaian Seksi Selebriti Wanita Di Event Raih Perhatian

Hiburan Malaysia Ke Oversea Ni Didakwa Hanya Islam Dalam Ic Pakaian Seksi Selebriti Wanita Di Event Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 214 hits
Sedia maklum agama rasmi di negara Malaysia adalah Islam jadi imej sebagai orang Islam sememangnya amat dititik beratkan oleh masyarakat lagi lagi jika anda seorang selebriti ataupun pempegaruh Seperti baru baru ini di sebuah event fesyen y...
Model Rambut Pendek Wanita Terbaru Dan Cara Padu Padan Dengan Busana

Model Rambut Pendek Wanita Terbaru Dan Cara Padu Padan Dengan Busana

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 390 hits
Model rambut pendek telah menjadi tren yang populer dalam beberapa tahun terakhir Banyak orang terutama wanita beralih ke model rambut pendek karena alasan praktis dan gaya yang chic Selain itu model rambut pendek juga memberikan kesan yang...
Wanita Bukan Islam Berpakaian Pendek Masuk Masjid Ikut Solat Berjemaah

Wanita Bukan Islam Berpakaian Pendek Masuk Masjid Ikut Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 199 hits
Sebuah video tular telah tersebar menunjukkan seorang wanita yang berambut perang bukan Islam mengenakan pakaian skirt pendek memasuki masjid di sebuah bandar di Kanada Di dalam video berkenaan memaparkan wanita itu sedang mengikuti pergera...
Wanita Umno Vice Chief Made Ptptn Chairman

Wanita Umno Vice Chief Made Ptptn Chairman

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 252 hits
Wanita Umno vice chief Norliza Abdul Rahim receiving her appointment letter from higher education minister Khaled Nordin PETALING JAYA Wanita Umno vice chief Norliza Abdul Rahim has been appointed the new chairman of the National Higher Edu...
Wanita Kongsi Tip Cuci Karpet Guna Mop Tak Sangka Lagi Bersih Berbanding Vacuum Cleaner

Wanita Kongsi Tip Cuci Karpet Guna Mop Tak Sangka Lagi Bersih Berbanding Vacuum Cleaner

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 291 hits
Syawal masih berbaki kurang dua minggu lagi jadi pada minggu minggu terakhir ni lah ada diantara hijabi yang mungkin tengah pulun mengemas rumah untuk menerima tetamu ke open house di rumah masing masing pula
Wanita Ditembak Senapang Patah Warga Emas Ditahan

Wanita Ditembak Senapang Patah Warga Emas Ditahan

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 172 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang wanita cedera di bahu dan tangan kanan selepas ditembak menggunakan senapang patah dalam kejadian di Batu 37 Jalan Kuching Serian Serian pagi tadi Ketua Polis Serian Aswandy Anis berkata kejadian berlaku 8...
Kening Cantas Pakai Baju Lelaki Cik B Jadi Mangsa Kecaman Netizen Tutup Aurat Jadilah Wanita Sejati

Kening Cantas Pakai Baju Lelaki Cik B Jadi Mangsa Kecaman Netizen Tutup Aurat Jadilah Wanita Sejati

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 243 hits
Anak kepada jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida Cik B kembali menjadi tumpuan gara gara foto yang dimuat naik remaja itu di media sosialnya Dalam hantaran tersebut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen dilihat menggayakan baj...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat

Nostalgia Selera Kampung Ramadan Buffet Thistle Johor Bahru