Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1mdb Dalam Mahkamah
Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
Mahkamah adalah tempat terbaik untuk mencari kebenaran dan keadilan.
Untuk membongkar kebenaran yang mungkin selama ini tersembunyi atau sengaja disembunyikan dan mencari keadilan, proses perbicaraan akan dilakukan.
Proses perbicaraan mestilah dilakukan dengan adil tanpa menafikan hak sama ada pihak yang menuduh dan pihak yang dituduh.
Setiap hujah mesti disokong dengan bukti atau saksi yang dipercayai.
Di akhir perbicaraan, berdasarkan kepada keterangan saksi dan bukti yang dikemukakan, hakim akan membuat keputusan.
Keadilan bukan sahaja mesti dilakukan, tetapi ianya mesti dilihat telah dilakukan.
Itu adalah perkara yang paling asas mesti dilakukan untuk menjaga kredibiliti mahkamah di mata masyarakat umum.
Skandal 1MDB bukanlah satu skandal yang kecil.
Ia melibatkan penyelewengan dana yang bernilai berbilion ringgit di dalam sebuah syarikat konglomerat bertaraf antarabangsa.
Sebuah syarikat sebesar itu, sudah pasti mempunyai tatakelola yang ketat terutamanya dalam menguruskan dana syarikat.
Setiap sen yang keluar atau masuk sudah pasti akan diminta untuk dikemukakan bukti yang kukuh.
Apa lagi kalau ianya melibatkan dana yang cukup besar.
Jangan Biarkan Undang Undang Di Gunakan Untuk Menutup Kezaliman
Kita ketepikan dahulu hujah yang dikemukakan oleh Najib haters atau Najib followers.
Dengan akal yang waras serta berpaksikan kepada kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan, kita lihat semula perjalanan perbicaraan dengan fikiran yang matang.
Tidak ada niat di hati penulis untuk mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh hakim perbicaraan.
Atau mahu mengganggu perjalanan perbicaran yang belum sampai ke penghujung.
Persoalan yang paling besar bermain di kepala kita adalah, apakah DS Najib seorang mempunyai keupayaan untuk menyelewengkan duit sebanyak itu dalam syarikat sebesar itu?
Benar, ketika itu DS Najib adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.
Tetapi bukankah syarikat tersebut memounyai Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab secara langsung dalam setiap aktiviti syarikat?
Bukankah syarikat tersebut mempunyai akauntan dan juru audit yang bertanggungjawab ke atas kewangan syarikat?
Dan bukankah syarikat tersebut mempunyai peguam yang mengawal selia aspek perundangan syarikat?
Tidakkah mereka juga turut bertanggungjawab terhadap penyelewengan yang berlaku?
Mengapakah hanya DS Najib yang hanya menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat sahaja yang menghadapi pertuduhan?
Apakah Pengerusi Lembaga Penasihat mempunyai kuasa eksekutif yang mampu mengawal kewangan dan keputusan syarikat?
Lebih menghairankan, mereka yang telah dibuktikan secara sahih menerima duit dari dalan utama telah dijadikan saksi pendakwaan dengan perlindungan saksi.
Jangan kita biarkan undang-undang negara digunakan untuk menutup kezaliman.
Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
Di Syorkan Untuk Anda:
Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
Akar Umbi Mesti Membantu Kepimpinan UMNO Menjawab Serangan Kes 1MDB
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
Temui Kami:
My TV Online
Telegram
Twitter
Facebook
Youtube
Tiktok
The post Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah? appeared first on My TV ONLINE.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://my-tv.online/2024/11/11/sudah-terdedahkah-sepenuhnya-skandal-1mdb-dalam-mahkamah/