Hiking Gunung Bubu Gerik


 Gunung Bubu, Gerik, Perak menjadi pilihan di kalangan peminat kembara berjalan kaki (hiking). Gunung Bubu dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai Bukit Bubu kerana ketinggiannya hanya 619 meter dari paras laut tidak layak dipanggi sebagai gunung kerana tidak mencapai ketinggain sekurang-kurangnya 1,000 meter dari paras laut.
Jarak denai kembara mendaki hanya kira-kira 2.67 kilometer dan mengambil masa kira-kira satu hingga dua jam mengikut kelajuan dan ketahanan fizikal. Jarak denai turun dari puncak yang biasanya mengambil laluan berlainan iaitu kira-kira 1.9 kilometer.
Berada di puncak menjanjikan pemandangan 360 darjah indah kawasan sekitar Gerik dan dari sini boleh kelihatan Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai yang terbentang luas. Gunung yang terletak di kawasan Bersia, Gerik ini boleh dimasuki melalui jalan menuju ke Tasik Temenggor - Pangkalan Trojan di mana pertengahan jalan akan menjumpai satu simpang laluan masuk yang menjadi tempat permulaan menuju ke Gunung Bubu.
Keadaan trek yang perlu dilalui untuk sampai ke Puncak Bubu, pada mulanya akan melalui kawasan yang bertanah merah yang dikelilingi oleh pagar elektrik. Seterusnya memasuki kawasan hutan, menjumpai sungai kecil di mana itu merupakan tempat sumber air terakhir. Perjalanan diteruskan melalui jalan balak yang tidak lagi digunakan.
Pengembara akan menemui lokasi yang dikenali Syurga Lumut. Kawasan agak luas dipenuhi dengan tumbuhan berlumut. Ia menjadi lokasi “wajib” untuk bergambar yang pasti pemandangannya amat menarik. Telah ada laluan dibuka agar pengunjung tidak perlu memijak lumat tersebut agar ia tidak musnah.
Di Gunung Bubu terdapat kawasan untuk berkemah kepada pengembara yang ingin bermalam. Namun, kebanyakan pengembara mengambil keputusan tidak berkhemah, sebaliknya melakukan kembara ke puncak dan berada sekejap sahaja sebelum bertolak turun.
Menariknya, biasanya rombongan kembara akan mula mendaki pada waktu malam. Ada pihak yang menjadi penganjur atau pemandu kembara. Mereka akan berkumpul seawal pukul 1.00 pagi di Hentian Perah.
Kira-kira pukul 2.00 pagi pula akan mula menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk bergerak ke titik permulaan pendakian yang biasanya bermula pada pukul 3.00 pagi. Kembara mendaki pada waktu malam biasanya mengambil masa selama dua hingga tiga jam.
Selewat-lewatnya pengembara akan sampai di puncak pada pukul 6.00 pagi yang memberi peluang untuk bersembahyang subuh dan seterusnya menikmati pemandangan matahari terbit. Kembara ke puncak Gunung Bubu ini akan melalui 3 titik pemeriksaan (CP) iaitu CP 5 Ringgit, CP Cadburry dan CP Dinding Bubu.
Selepas berehat seketika, bersarapan pagi dan bergambar, kira-kira pukul 8.30 pagi kembara telah bertolak turun dan satu jam setengah kemudian dijangka akan sampai di tempat pemulaan, sebelum menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk ke Hentian Perah yang menjadi lokasi meletak kenderaan masing-masing.
Sebenarnya di Perak terdapat tiga Gunung Bubu. Selain Gunung Bubu (Bukit Bubu) di Gerik, satu lagi Gunung Bubu terletak di Ulu Kenas, Kuala Kangsar dengan ketinggian 1.657 meter dari paras laut. Satu lagi Gunung Bubu ialah yang terletak di sempadan Perak – Kelantan dengan ketinggian 1974 meter dari paras laut. 















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hwaliman.blogspot.com/2024/12/fgy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendaki Gunung Tsurugi Di Shikoku

Mendaki Gunung Tsurugi Di Shikoku

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 232 hits
Saya terjumpa kedudukan gunung ini semasa saya mencari info tentang Iya Kazurabashi Bridge Sebenarnya saya lebih tertarik untuk melalui jambatan akar suami isteri Iya Kazurabashi dan Oku Iya di Lembah Iya ini Setelah membaca mengenai jambat...
Hiking Bukit Kepayang Penutup Tahun 2024

Hiking Bukit Kepayang Penutup Tahun 2024

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 296 hits
Lepas terus sepi kejap dari aktitivti hiking Encik suami dah mula sibuk Sabtu pun kena kerja Ahad pun kadang terselit juga kerjanya Dalam sibuk tu dapat lah juga cuti sehari selepas cuti Hari Krismas tu Alang alang dah cuti kita pun ambil k...
Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024 Tercapai

Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024 Tercapai

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 313 hits
Azam kurus macam tak tercapai lagi tahun ni Kita carry forward je lah sampai berjaya kurus Boleh gitu Azam kurus tak berjaya tak apa Tahun ni saya dan encik suami berjaya dengan misi aktiviti hiking setiap bulan sepanjang tahun 2024 Kiranya...
Bukan Saja Rafizi Sindir K Jaan Madani Anwar Pun Kena Balun Atas Isu Rasuah

Influencers As Marketing Strategy

Oem Factory Malaysia Reliable Manufacturing Solutions For Global Brands In 2025

Penunggang Motosikal Terlelap Pembonceng Tercampak Dari Jejantas

Penyakit Mental Isu Kesihatan Yang Perlu Kita Fahami

Kita Bukan Data

Ppim Tidak Iktiraf Gem Tiada Sebarang Hubungan Kerjasama Harian Metro 26 08 2025

Comment On Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran By Sabree Hussin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nineball Hingga Akhir Waktu Chord

Amirudin Consistently Engages Selangor Bn Leaders Says Aide

Why Malaysia Must Treat Espionage Scandal As Security Crisis

1mdb Jana Wibawa Show Need For Govt Procurement Bill Says Pm

Amazing Healthy Greek Recipes For Weight Loss

Cryolipolysis Treatment Malaysia Non Surgical Fat Reduction That Works