Skandal 1mdb Tuduhan Terhadap Najib Tak Cacat Hakim


bharian.com.my
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali 
[email protected] 30, 2024 @ 10:07am
Najib Razak diiringi pegawai Penjara ketika hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
KUALA LUMPUR: Empat tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak adalah sah, dan tidak cacat.

Demikian diputuskan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah ketika membacakan penghakiman Mahkamah Tinggi, di akhir kes pendakwaan.

Sequerah berkata, tuduhan yang dikenakan ke atas Najib tidak kabur dan bekas perdana menteri itu tidak dikelirukan serta tidak diprejudiskan berhubung kesalahan berkenaan.

Sequerah masih membacakan penghakiman beliau yang bermula sejak jam 9.25 pagi tadi.

Najib yang juga bekas perdana menteri dan menteri kewangan didakwa dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Tarikh keputusan di akhir kes pendakwaan itu ditetapkan Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, pada 3 Oktober lalu selepas selesai mendengar hujahan melalui prosiding berlangsung selama 12 hari yang dikemukakan pihak pendakwaan dan peguam bela Najib.


Sekiranya hakim bicara mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Najib, maka beliau hendaklah membela diri terhadap semua tuduhan berkenaan, dan mahkamah sama akan membuat keputusan sama ada beliau bersalah atau tidak, di akhir kes pembelaan.

Berikut adalah kronologi kes Najib yang proses perbicaraannya mengambil masa selama enam tahun setengah itu.

20 September 2018 - Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat tuduhan rasuah dan 21 tuduhan pengubahan wang haram dan wang jaminan ditetapkan RM3.5 juta

31 Oktober 2018 - Kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

1 Mac 2019 - Najib gagal menggugurkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan

7 Mei 2019 - Najib sekali lagi gagal merayu di Mahkamah Rayuan untuk menggugurkan Sri Ram

28 Ogos 2019 - Perbicaraan kes bermula

2 April 2020 - Perbicaraan ditangguhkan kerana pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

4 Mei 2020 - Perbicaraan dijadualkan bersambung 13 Mei 2020 dengan mematuhi garis panduan mahkamah terbuka susulan COVID-19.

5 Oktober 2020 - Perbicaraan dijadualkan disambung pada 19 Oktober selepas Najib selesai menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu selepas pulang dari Sabah untuk berkempen pilihan raya.

5 Januari 2021 - Perbicaraan bersambung selepas hampir empat bulan ditangguhkan.

14 Disember 2021 - Perbicaraan ditangguhkan kerana status MySejahtera Najib masih mengklasifikasikannya sebagai individu dalam perintah pengawasan dan pemerhatian

25 Ogos 2022 - Najib hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi buat kali pertama selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 tahun penjara bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd

29 Januari 2023 - Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun.

18 Ogos 2023 - Mahkamah Tinggi tolak permohonan Najib untuk menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kerana hubungan hakim itu dengan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan.

30 Mei 2024 - Pendakwaan menutup kesnya selepas enam tahun, 235 hari perbicaraan dan 50 saksi dipanggil.

20 Ogos 2024 - Najib tarik balik rayuan untuk menggugurkan Sequerah daripada mendengar kesnya.

3 Okt 2024 - Sequerah tetapkan 30 Oktober untuk keputusan sama ada Najib perlu membela diri atau dibebaskan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/skandal-1mdb-tuduhan-terhadap-najib-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hakim Najib Tak Buat Sebarang Laporan Terhadap Jho Low Selepas Skandal Meletus

Hakim Najib Tak Buat Sebarang Laporan Terhadap Jho Low Selepas Skandal Meletus

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 145 hits
Ho Kit YenHakim Collin Lawrence Sequerah berkata Najib Razak juga tidak pernah bangkit apa jua persoalan berkait kemasukan dana ke akaun AmBank Keterangan pegawai penyiasat menunjukkan Najib Razak tidak membuat sebarang aduan ke atas Jho Lo...
Terbaru Bukti Najib Razak Bukan Dalang Kepada Penyelewengan 1mdb

Terbaru Bukti Najib Razak Bukan Dalang Kepada Penyelewengan 1mdb

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 226 hits
KENYATAAN DATO SRI NAJIB RAZAK1 Sepanjang saya menjalani hukuman penjara selama 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan terkini yang signifikan berkaitan dengan 1MDB saya terpanggil untuk membuat kenyataan berikut 2 Pertama sekali setiap...
Malaysia S Jailed Ex Pm Najib Apologises For Mishandling Of 1mdb Scandal

Malaysia S Jailed Ex Pm Najib Apologises For Mishandling Of 1mdb Scandal

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 324 hits
Jailed former Malaysia Prime Minister Najib Razak on Wednesday issued a rare apology for his mishandling of the but maintained he had no knowledge of illegal transfers from the now defunct state fund 1Malaysia Development Berhad a sovereign...
Pejuang Challenges Najib To Name Those Involved In 1mdb Cover Up

Pejuang Challenges Najib To Name Those Involved In 1mdb Cover Up

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 226 hits
Pejuang information chief Rafique Rashid said former prime minister Najib Razak having expressed regret over the 1MDB scandal must now be transparent about the key players who helped conceal the multi billion ringgit scandal PETALING JAYA P...
Seleweng Rm2 3b Dana 1mdb Mahkamah Tinggi Arah Najib Bela Diri Untuk 25 Pertuduhan

Seleweng Rm2 3b Dana 1mdb Mahkamah Tinggi Arah Najib Bela Diri Untuk 25 Pertuduhan

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 166 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah diarahkan untuk membela diri terhadap empat tuduhan menyalahgunakan kedudukan berhubung dana 1Malaysia Development Berhad serta 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2 3 bilion Hakim...
I Accept Najib S 1mdb Apology Says Anwar

I Accept Najib S 1mdb Apology Says Anwar

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 303 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim has appeared to welcome the apology issued by former prime minister Najib Razak over the 1MDB scandal I accept it he told reporters here after Friday prayers when asked to comment on the apology issued by Najib ...
Saya Tak Pernah Campur Tangan Dalam Siasatan 1mdb Src Najib

Saya Tak Pernah Campur Tangan Dalam Siasatan 1mdb Src Najib

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 237 hits
Datuk Seri Najib Razak mengulangi kenyataan beliau tidak pernah mencampuri siasatan berhubung skandal kewangan global membabitkan 1Malaysia Development Bhd dan bekas anak syarikatnya SRC International Bhd Bekas perdana menteri itu menyataka...
Hiburan Saya Tak Ganggu Siasatan Datuk Seri Najib Tun Razak Nafi Dakwaan Ganggu Siasatan 1mdb Dan Src

Hiburan Saya Tak Ganggu Siasatan Datuk Seri Najib Tun Razak Nafi Dakwaan Ganggu Siasatan 1mdb Dan Src

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 289 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memberi keterangan di hadapan Mahkamah Tinggi berkata beliau tidak menggangu siasatan pasukan petugas khas 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd kerana beliau send...
Tony Pua Trolls Najib Over 1mdb Apology

Tony Pua Trolls Najib Over 1mdb Apology

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 438 hits
Former DAP member of Parliament Tony Pua has taken a jab at former prime minister Datuk Seri Najib Razak s apology over the 1Malaysia Development Bhd scandal In a Facebook post Pua took aim at Najib for sacking his former deputy prime minis...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi