Skandal 1mdb Siapa Dedah Dulu


Semua watak dalam penulisan ini saya kenal. Ada yang saya sifatkan sebagai kenalan dan ada merupakan kawan. Dan mereka pula berkawan antara satu sama lain bertahun lamanya. Oleh itu apa yang terjadi ini amat menyedihkan.
September lalu Leslie Lopez, wartawan Malaysia yang pernah bekerja untuk banyak media antarabangsa menerbitkan bukunya berjudul ‘The Siege Within’ mengenai skandal 1MDB. Hanya dengan membaca prolognya sudah cukup untuk meyakinkan saya ‘this is going to be a good read’. Memang pun. Buku ini duduk di atas senarai ‘best seller’ sekurang-kurangnya dua kedai buku terkemuka untuk beberapa minggu.
Buku ini bukan sahaja mendedahkan penipuan dan penyelewengan wang terbesar yang dilakukan ke atas negara ia juga mengisahkan kombinasi permainan politik dan kewangan berlaku sekian lama yang membolehkan skandal 1MDB terjadi.
Lopez mengambil masa empat tahun mencari maklumat, berjumpa sumber serta meneliti dokumen bertimbun-timbun sebelum memulakan penulisan. “Semasa menulis pun ada informasi yang saya bongkar,” katanya. Ada tokoh terkenal yang namanya disebut dalam buku ini. Beberapa kali dengan jelas. Yakni selain Najib Razak dan Jho Low.
Pada 1 Okt lalu The Edge melancarkan buku sempena ulang tahunnya yang ke-30. Buku bertajuk ‘Behind the Stories’. The Edge, penerbitan terunggul mengenai kewangan dan perniagaan terkenal dengan siri laporannya mengenai 1MDB yang tidak menyenangkan kerajaan waktu itu. Sehingga Najib Razak menggantung pengeluarannya. Dalam erti kata lain keluar arahan henti operasi.
Maka tentulah bab yang menjadi daya penarik dalam buku ‘Behind the Stories’ ialah Chapter 8 berjudul ‘1MDB, The Edge and I: Beyond Reporting News’ ditulis oleh Tong Kooi Ong, pemilik The Edge Media Group.
Tidak kurang menarik ialah tulisan Tong di luar buku yakni di akhbar mingguan The Edge Malaysia keluaran 14 Okt lalu. Ia merupakan surat terbuka beliau kepada Lopez diberi tajuk ‘A rebuttal to Leslie Lopez’s allegation of a political conspiracy and his claim that he wrote the first major news expose on 1MDB’.
Mengambil kira konteks artikel ini saya tumpukan perhatian kepada bahagian kedua tajuk surat terbuka itu. Tong menolak dakwaan Lopez dalam buku ‘The Siege Within’ bahawa artikel ditulis Lopez pada Julai 2013 adalah ‘pendedahan besar’ pertama mengenai skandal 1MDB.
Kata Tong The Edge Weekly pada 1 April 2013 menyiarkan cerita muka depan mengenai skandal itu semasa ‘semua media arus perdana memberikan imej baik kepada 1MDB dan Jho Low sendiri’.
Kesimpulannya apa yang Tong kata ialah The Edge mendahului Lopez mendedahkan skandal 1MDB.
Muncul wartawan veteran P Gunasegaram dengan penulisannya dalam portal berita bisnes Kinibiz. Kata Gunasegaram ‘of course both of them (Lopez dan Tong) can’t be right but it turns out in this case both of them are wrong’.
Menurutnya, pembaca yang beri tumpuan penuh atau ‘attentive’ akan tahu yang pertama buat pendedahan skandal 1MDB ialah Kinibiz yang waktu itu baru ditubuhkan dan Malaysiakini yang menyiarkan laporan Kinibiz.
Kata Gunasegaram, Kinibiz dan sekali gus Malaysiakini menyiarkan siri lapan laporan bermula 26 Mac 2013 dengan judul ‘1MDB a giant Ponzi scheme or strategic investment fund?’. Gunasegaram ialah pengasas Kinibiz.
Waktu menjadi tetamu rancangan ‘The Breakfast Grille’ siaran radio BFM 24 Okt lalu Lopez ditanya akan penafian Tong terhadap penulisannya berhubung pertama kali pendedahan 1MDB dibuat.
Lopez jelas tidak berminat dibawa ke dalam kontroversi itu kecuali berkata: “Saya tidak bersaing dengan sesiapa yang tulis dahulu. Yang penting cerita 1MDB disiar dan ia mencetuskan perubahan politik di negara ini”.
Benar yang penting pendedahan walau siapa pun yang tulis terdahulu. Dan bagi saya semua yang terbabit dengan penulisan skandal IMDB, termasuk Lopez, Tong, Gunasegaram juga Ho Kay Tat, ketua pegawai eksekutif The Edge yang bertungkus-lumus membongkar dan mendedahkan skandal itu layak diberi pujian. Penat-lelah mereka dihargai. Tidak lupa sumbangan ‘runners’ yang membolehkan cerita ditulis. Oh jangan lupa juga Sarawak Report dan editornya Clare Rewcastle Brown. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/a_34.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal 1mdb Tuduhan Terhadap Najib Tak Cacat Hakim

Skandal 1mdb Tuduhan Terhadap Najib Tak Cacat Hakim

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 151 hits
bharian com myOleh Oktober 30 2024 10 07amNajib Razak diiringi pegawai Penjara ketika hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Foto NSTP Hairul Anuar RahimKUALA LUMPUR Empat...
Skandal 1mdb Komunikasi Antara Saksi Dan Individu Gagal Dikesan Boleh Diterima Mahkamah

Skandal 1mdb Komunikasi Antara Saksi Dan Individu Gagal Dikesan Boleh Diterima Mahkamah

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 205 hits
bharian com myOleh Oktober 30 2024 10 42amKompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta Foto NSTP Mohamad Shahril Badri SaaliKUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi mendapati komunikasi lisan di antara saksi utama dan individu yang sehingga kini gagal dik...
Kau Bukan Tak Tahu Betapa Susahnya Aku Cari Duit Azza Elite Dedah Pekerja Curi Duit Hasil Meniaga

Kau Bukan Tak Tahu Betapa Susahnya Aku Cari Duit Azza Elite Dedah Pekerja Curi Duit Hasil Meniaga

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 85 hits
Pelakon penyanyi dan usahawan Azza Elite mendedahkan wajah bekas pekerjanya yang telah mencuri duit hasil perniagaannya Menerusi hantaran yang dibuat di akaun Instagramnya dia tidak mahu mendedahkan bekas pekerjanya itu tapi telah digesa da...
Tukar Qr Sendiri Azza Elite Dedah Wajah Pekerja Songlap Duit Hasil Jualan Kek Cokelat

Tukar Qr Sendiri Azza Elite Dedah Wajah Pekerja Songlap Duit Hasil Jualan Kek Cokelat

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 171 hits
Pelakon Azza Elite dedah wajah bekas pekerja songlap duit hasil perniagaannya menjual kek Menyingkap kapsyen hantaran Instagram selebriti tersebut tidak mahu mendedahkan muka bekas pekerja yang telah mencuri duitnya teapi telah digesa dan d...
Kapasiti Penjara Terlebih 13000 Banduan Dedah Timbalan Perdana Menteri

Kapasiti Penjara Terlebih 13000 Banduan Dedah Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 102 hits
Sekitar 87 000 banduan kini ditempatkan di penjara di seluruh negara melebihi kapasiti maksimum 74 000 tahanan lapor Astro Awani Untuk mengatasi masalah ini beliau menyatakan bahawa usaha rentas agensi dan kementerian perlu dilaksanakan Ins...
Bekas Bintang Liverpool Chelsea Dedah Bezanya Klopp Berbanding Slot Sukan

Bekas Bintang Liverpool Chelsea Dedah Bezanya Klopp Berbanding Slot Sukan

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 138 hits
BEKAS penyerang Liverpool dan Chelsea Daniel Sturridge mendedahkan perbezaan yang diambil Arne Slot dan Jurgen Klopp Berikutan kemenangan The Reds menewaskan Chelsea 2 1 pada Ahad di Anfield pada Ahad Liverpool yang mengutip 21 mata kembali...
Khairul Aming Dedah Kos Percutian Tahunan Syarikat Banyak Majikan Tak Mampu Tiru

Khairul Aming Dedah Kos Percutian Tahunan Syarikat Banyak Majikan Tak Mampu Tiru

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 138 hits
Khairul Aming pemengaruh media sosial terkenal dengan produk Sambal Nyet baru baru ini berkongsi tentang kos besar yang diperuntukkan untuk membawa staf kilang Sambal Nyet bercuti setiap tahun Dalam satu video pendek yang dimuat naik di Fac...
Fattah Amin Bakal Dedah Wajah Sebenar Pak Mat Esok

Fattah Amin Bakal Dedah Wajah Sebenar Pak Mat Esok

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 187 hits
Pelakon terkenal Fattah Amin luah syukur live di Tiktok sebelum ini menjadi fenomena dan bercadang untuk mendedahkan identiti sebenar Pak Mat Western pada Jumaat ini Muat naik video dengan tonton hampir 1 Juta menerusi akaun Instagram milli...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan