Bela Diri Atau Bebas Kes 1mdb


sinarharian.com.my
NOOR AZLIDA ALIMIN
29 Oktober 2024 08:00am

KUALA LUMPUR - Selepas enam tahun didakwa, nasib Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada diperintah bela diri atau dibebaskan daripada empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan hampir RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram babit wang sama, akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) dijadualkan membaca keputusan itu pada jam 9 pagi.

Jika mahkamah mendapati pihak Timbalan Pendakwa Raya berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan, maka bekas Perdana Menteri itu, diperintah membela diri.

Najib, 71, akan dilepaskan dan dibebaskan serta-merta sekiranya keputusan tidak memihak kepada pendakwaan, kerana gagal membuktikan kes prima facie.

Mengikut pertuduhan pindaan Najib, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan hampir RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan hampir RM2.3 bilion dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi 21 pertuduhan pengubahan haram, antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Seminggu sebelum mahkamah memutuskan keputusan berkenaan, Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia, menerusi kenyataan yang dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis berhubung salah laku dalam 1MDB.

Pada 30 Mei lalu, prosiding kes pendakwaan berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB, di Mahkamah Tinggi akhirnya tamat, selepas 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Presiden UMNO itu.

Antara saksi itu ialah bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh; bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Saksi pendakwaan ke-50, bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan yang sebelum ini melarikan diri ke luar negara dan kemudian menyerah diri kepada pihak berkuasa pada 7 Julai 2023 lalu, merupakan saksi terakhir dipanggil.

Prosiding di peringkat pendakwaan terbabit, bermula pada 28 Ogos 2019 dan ia berlangsung selama 235 hari.

Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan Kamal Bahrin Omar.

Sementara pembelaan bagi pihak bekas Ahli Parlimen Pekan ini, dibarisi peguam-peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Alaistair Brandah Norman dan Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin.

Najib ada dua lagi kes lain

Selain kes 1MDB, Najib masih berdepan dua lagi kes mahkamah iaitu pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion membabitkan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram (AMLA) dana SRC International sebanyak RM27 juta.

Kedua-duanya masih di peringkat pengurusan kes iaitu IPIC di hadapan Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin manakala kes SRC di hadapan Hakim, K Muniandy.

24 Oktober 2018 (kes pecah amanah jenayah)

Najib dan Mohd Irwan Serigar, 69, mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC.

Mereka dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Jun lalu, memberi masa dua minggu kepada pihak pendakwaan untuk melengkapkan dokumen kes pecah amanah (CBT) dana kerajaan sebanyak RM6.6 bilion sebagai bayaran ke Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) kepada pihak Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Hakim Muniandy menjadualkan semula perbicaraan kes SRC yang membabitkan penyelewengan RM27 juta itu ke 21 hingga 25 April dan 19 hingga 23 Mei, tahun depan.

3 Februari 2019 (pengubahan wang haram)

Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang mana beliau didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Najib didakwa melakukan kesalahan terbabit di AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan dibuat menurut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen namun kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 susulan permohonan pihak pendakwaan.

Prosiding perbicaraan yang sepatutnya bermula 22 Julai lalu, ditangguhkan ke tarikh lain dan hasil carian di sistem kehakiman, sebutan kes itu ditetapkan pada 25 November ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/bela-diri-atau-bebas-kes-1mdb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Src Dan 1mdb Demi Keadilan Atau Demi Dendam

Kes Src Dan 1mdb Demi Keadilan Atau Demi Dendam

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 200 hits
Kes SRC Dan 1MDB Demi Keadilan Atau Demi Dendam Sikap sesetengah pihak yang secara berterusan mempersoalkan permohonan maaf DS Najib menimbulkan persoalan yang besar Mereka bukan setakat mempersoalkan permohonan maaf DS Najib tetapi juga me...
Seleweng Rm2 3b Dana 1mdb Mahkamah Tinggi Arah Najib Bela Diri Untuk 25 Pertuduhan

Seleweng Rm2 3b Dana 1mdb Mahkamah Tinggi Arah Najib Bela Diri Untuk 25 Pertuduhan

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 166 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah diarahkan untuk membela diri terhadap empat tuduhan menyalahgunakan kedudukan berhubung dana 1Malaysia Development Berhad serta 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2 3 bilion Hakim...
Anggap Kes 1mdb Sebagai Titik Hitam Dalam Kerjaya Ini Respon Peguam Najib Razak

Anggap Kes 1mdb Sebagai Titik Hitam Dalam Kerjaya Ini Respon Peguam Najib Razak

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 159 hits
Muhammad Shafee Abdullah menganggap kes 1MDB sebagai titik hitam pertama dalam kerjaya guamannya yang cemerlang Walaupun beliau dan anak guamnya bekas Perdana Menteri Najib Razak akur dan menghormati penghakiman tersebut Shafee meluahkan ra...
Bela Diri Bsrmakna Ada Peluang Untuk Membuktikan Tidak Bersalah

Bela Diri Bsrmakna Ada Peluang Untuk Membuktikan Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 121 hits
dalam perbicaraan kes 1MDB Aku harap semua pihak berpuas hati kecuali walajib sebab dorang memang Semenjak permohonan maaf dari Najib DS Anwar pun jadi terus menjadi meramalkan Najib akan bebas Termasuk juga Menciptakan naratif kononnya per...
Dah Dibebaskan Netizen Minta Abah Hayat Diam Dakwa Bangga Kes Kerat 8

Dah Dibebaskan Netizen Minta Abah Hayat Diam Dakwa Bangga Kes Kerat 8

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 316 hits
Netizen minta Abah Hayat diam daripada bermain media sosial selain mendakwa bekas banduan itu bangga dan belum insaf daripada melakukan kesalahan jenayah meskipun sudah dibebaskan pada 3 Oktober lalu Baru baru ini tular di media sosial apab...
Lima Ditahan Berkait Kes Culik Lelaki China

Lima Ditahan Berkait Kes Culik Lelaki China

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 173 hits
BernamaKLANG Polis menahan lima lelaki termasuk seorang warga tempatan dipercayai terlibat kes penculikan seorang warganegara asing di sekitar Sepang baru baru ini Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata kejadian awal pagi 18 Okt ber...
Latheefa Koya Gesa Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Kes Serangan Di Kaitkan Kerabat

Latheefa Koya Gesa Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Kes Serangan Di Kaitkan Kerabat

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR Dengan dua individu masih menunggu keadilan berhubung dakwaan serangan kerabat raja peguam Latheefa Koya menggesa kerajaan membentuk Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat kedua dua kes berkenaan RCI adalah perlu kerana or...
Cik Epal Dedah Pernah Cuba Untuk Rujuk Namun Hati Tertutup Lepas Kes Di Milan

Cik Epal Dedah Pernah Cuba Untuk Rujuk Namun Hati Tertutup Lepas Kes Di Milan

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 100 hits
Pempengaruh Cik Epal dedah pernah cuba untuk rujuk dengan menurunkan egonya sendiri meminta maaf berulang kali kepada bekas suami namun menerima jawapan yang cukup menyakitkan hati Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Cik Epal di ruangan Ins...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti