Sudah Mabuk Tumbuk Dan Baling Kerusi Pula Pada Polis




Seorang pengurus kelab malam dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas empat pertuduhan termasuk memandu dalam keadaan mabuk, menumbuk polis serta membaling kerusi terhadap penjawat awam itu.
Leng Kar Loon, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi dan S. Mageswary.
Di hadapan Majistret Puteri Nursheila, bapa kepada dua anak itu didakwa memandu kereta jenis Toyota Avanza di bawah pengaruh alkohol yang mana kandungan alkohol di dalam badannya didapati sebanyak 200 miligram (mg) bagi setiap 100 mililiter darah (ml) berbanding had ditetapkan 80 mg bagi 100 ml darah.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan Bulatan Bilion, Cheras di sini pada 1 pagi, 21 Mei lepas, mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara maksimum 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Inspektor Abdullah Khazali menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, manakala peguam Tan Kian Peng yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum kerana anak guamnya yang berpendapatan RM2,500 sebulan menanggung dua anak berumur 10 dan 20 tahun.
Majistret Puteri Nursheila membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Di hadapan Majistret Mageswary, Leng mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan.
Dia didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap anggota polis trafik, Lans Koperal Mohd Radhie Md Yatim, 37, dengan menumbuknya sehingga menyebabkan kecederaan terhadap penjawat awam mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan kekerasan jenayah terhadap anggota polis sama dalam menjalankan tugas dengan membaling kerusi kepada mangsa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen serupa yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa berkelakuan rusuh dan tidak senonoh terhadap mangsa sama mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah seksyen serupa yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau hukuman penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di Bilik Penguat Kuasa Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S. Lee di sini, pada 1 pagi, 21 Mei lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan, manakala Tan memohon jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 21 Julai untuk sebutan semula kes. – BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/01/sudah-mabuk-tumbuk-dan-baling-kerusi-pula-pada-polis/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sudah-mabuk-tumbuk-dan-baling-kerusi-pula-pada-polis

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Akan Mengadakan Op Mabuk Di Seluruh Negara Untuk Kesan Pemandu Mabuk Bukit Aman

Polis Akan Mengadakan Op Mabuk Di Seluruh Negara Untuk Kesan Pemandu Mabuk Bukit Aman

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 582 hits
Polis akan mengadakan Op Mabuk di seluruh negara bagi mengesan pemandu yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol lapor Bernama melalui ciapan dia laman Twitter Polis akan mengadakan Op Mabuk di seluruh negara untuk kesan pemandu mabuk ...
Polis Tahan Pemandu Disyaki Mabuk

Polis Tahan Pemandu Disyaki Mabuk

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 418 hits
Polis tahan pemandu disyaki mabukHULU SELANGOR Polis menahan seorang lelaki yang memandu secara melulu dipercayai dalam keadaan mabuk di kawasan tapak penjaja di Bukit Sentosa di sini hari ini Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ...
Polis Kena Tumbuk Pembonceng Honda Ex5

Polis Kena Tumbuk Pembonceng Honda Ex5

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 483 hits
Seorang pembonceng motosikal ditahan kerana mengeluarkan kata kata kesat dan menumbuk pegawai polis yang memintanya mengemukakan permit perjalanan rentas negeri di sekatan jalan raya di KM1 Jalan Endau Rompin dekat Mersing kelmarin Ketua Po...
Keluar Kata Kesat Tumbuk Polis Pembonceng Motosikal Ditahan

Keluar Kata Kesat Tumbuk Polis Pembonceng Motosikal Ditahan

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 405 hits
JOHOR BAHRU 14 Syawal 1441H Sabtu Seorang pembonceng motosikal ditahan kerana mengeluarkan kata kata kesat dan menumbuk pegawai polis ketika diminta mengemukakan permit perjalanan rentas negeri di Sekatan Jalan Raya di KM1 Jalan Endau Rompi...
Warga Emas Didakwa Mabuk Cuba Langgar Anggota Polis

Warga Emas Didakwa Mabuk Cuba Langgar Anggota Polis

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 371 hits
BALIK PULAU 2 Jun Seorang warga emas yang cuba melanggar anggota polis sedang bertugas dalam satu sekatan jalan raya minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk memandu secara melulu dan berada ...
Cari Pasal Tumbuk Polis

Cari Pasal Tumbuk Polis

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 461 hits
PEMBONCENG motosikal ditahan kerana mengeluarkan kata kata kesat dan menumbuk pegawai polis ketika diminta mengemukakan permit perjalanan rentas negeri di Sekatan Jalan Raya di Kilometer 1 Jalan Endau Rompin dekat Mersing semalam Ketua Poli...
Pemandu Mabuk Nyaris Rempuh Anggota Polis Bertindak Agresif Ketika Ditahan

Pemandu Mabuk Nyaris Rempuh Anggota Polis Bertindak Agresif Ketika Ditahan

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 436 hits
BAYAN LEPAS Beberapa anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya berhampiran Queensbay di sini nyaris dirempuh kenderaan yang dipandu lelaki dipercayai mabuk malam tadi Malah suspek berusia 64 itu turut bertindak agresif ketika ditaha...
Masalah Pemandu Mabuk Semakin Parah Cadangan Menteri Tidak Praktikal Pas Pula Membisu

Masalah Pemandu Mabuk Semakin Parah Cadangan Menteri Tidak Praktikal Pas Pula Membisu

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 436 hits
Kerajaan digesa untuk lebih bertanggungjawab menyelesaikan isu pemandu mabuk ketika ini yang menyebabkan kecederaan dan kematian membabitkan orang awam tidak bersalah Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional Shazni Munir Ithnin melahirkan keke...
Mabuk Di Kuantan Pula Jangan Tunggul Lama Lama

Mabuk Di Kuantan Pula Jangan Tunggul Lama Lama

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 424 hits
Kejadian berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota CHR yang datang dari arah Semambu itu telah memasuki jalan menghala ke pelabuhan secara melawan arus Foto pembacaLagi Mabuk Punya Hal PN Sila Ambil Perhatian Jangan Tunggul Lama lama KUAN...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord