Masalah Pemandu Mabuk Semakin Parah Cadangan Menteri Tidak Praktikal Pas Pula Membisu


Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONMay 26, 2020 5:50 pm


Kerajaan digesa untuk lebih bertanggungjawab menyelesaikan isu pemandu mabuk ketika ini yang menyebabkan kecederaan dan kematian membabitkan orang awam tidak bersalah.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir Ithnin melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sama sekali dilihat tidak prihatin dalam menangani isu pemandu mabuk.

Dakwanya, kerajaan lebih banyak membisu dan gagal memberikan sebarang penyelesaian praktikal ke atas masalah yang timbul biarpun kes kemalangan disebabkan pemandu di bawah pengaruh alkohol telah meragut banyak nyawa.

Lebih-lebih lagi apabila Pemuda Pas dalam satu rakaman videonya pula dilihat langsung tidak memperjuangkan pengharaman penjualan arak, berbeza tingkahnya seperti semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Pemuda Pas pula kini membuat pusingan U. Dalam satu video yang viral, Naib Pemuda itu menyatakan arak dibenarkan dijual kerana ianya pendapatan negara.

“Tiada lagi suara-suara mahu menghalang arak daripada dijual. Mengapa sikap Pas berubah setelah menjadi kerajaan?

“Apakah setelah dilantik menjadi Menteri MEWA, mendapat (jawatan) GLC, (Timbalan Presiden) Tuan Ibrahim dan Pemuda Pas lupa dengan perjuangan mereka?,” soalnya sambil membangkitkan kenyataan Wee Ka Siong yang pernah mencadangkan agar individu mabuk menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan bersifat kurang bijak dan ala kadar sebagai respon kepada isu yang timbul ketika ini.

Kerana pada hakikatnya Shazni berkata, pemandu E-hailing juga tidak mahu mengambil risiko membawa penumpang mabuk dalam kenderaan mereka.

Sebaliknya, cadangan Menteri Pengangkutan itu dikatakan hanya akan memberi ruang kepada jenayah lain yang akan berlaku.

Sementara itu, Shazni berpendapat, adalah lebih baik agar PN meneruskan usul PH yang mahu meminda undang-undang berkait pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah, supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah.

“Namun, setelah Langkah Sheraton merompak mandat rakyat, pindaan ini tidak dapat dibawa ke Dewan Rakyat seperti dijadualkan.

“Malah dalam persidangan Dewan Rakyat kali ini, usul ini tidak dibawa kerana keengganan kerajaan mengadakan sidang Parlimen lebih lama.

“Inilah kesannya pengkhianatan mandat rakyat yang akhirnya menyaksikan nyawa rakyat terus diancam,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline.

Semalam, seorang kakitangan Alam Flora maut selepas keretanya dirempuh sebuah kereta yang dipandu melawan arus, dipercayai akibat pengaruh alkohol, di Jalan Pintasan Kuantan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata dalam kejadian jam 9.38 malam itu, mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada.

Terdahulu awal bulan Mei ini juga, seorang anggota polis maut dirempuh dan dihempap sebuah pacuan empat roda ketika sedang bertugas dalam sekatan jalan raya Ops Covid-19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Difahamkan mangsa dirempuh pacuan empat roda model Toyota Hilux dipandu seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun dipercayai dalam keadaan mabuk


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/masalah-pemandu-mabuk-semakin-parah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari Isu Adib Hingga Pemandu Mabuk Ulama Pas Perlu Desak Menteri Parti Tangani

Dari Isu Adib Hingga Pemandu Mabuk Ulama Pas Perlu Desak Menteri Parti Tangani

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 311 hits
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Ustaz Zolkharnain Abidin berpendapat sayap ulama Pas perlu berperanan mendesak menteri dari parti itu untuk menyelesaikan pelbagai perkara yang mereka bangkitkan ketika era kerajaan Pakatan Harapan Menurutn...
Pas Gantung Keluaran Jualan Arak Hingga Isu Pemandu Mabuk Selesai

Pas Gantung Keluaran Jualan Arak Hingga Isu Pemandu Mabuk Selesai

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 366 hits
MALAYSIAKINIPAS menggesa agar kerajaan segera menggantung pengeluaran dan penjualan arak sehinggalah isu kemalangan melibatkan pemandu mabuk dapat diselesaikan Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad berkata dalam tempoh penggantungan itu ...
Pemandu Mabuk Pas Cadang Tubuh Jawatankuasa Khas Kabinet

Pemandu Mabuk Pas Cadang Tubuh Jawatankuasa Khas Kabinet

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 336 hits
SHAH ALAM Pas mencadangkan kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya segera menggantung semua pengeluaran perniagaan dan penjualan arak sehingga semua langkah baharu diambil bagi menghalang pemandu memandu dalam keadaan mabuk...
Amzad Sokong Pindaan Hukuman Lebih Tegas Buat Pemandu Mabuk

Amzad Sokong Pindaan Hukuman Lebih Tegas Buat Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 427 hits
Oleh Ahmad Sabri YusofKUALA TERENGGANU 28 Mei Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim bersetuju jika Kerajaan Persekutuan sedia mengkaji serta membuat pindaan peraturan dan undang undang lebih tegas kepada individu y...
Pimpinan Dap Gesa Kerajaan Pn Tegas Tanggani Masaalah Pemandu Mabuk

Pimpinan Dap Gesa Kerajaan Pn Tegas Tanggani Masaalah Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 269 hits
Wakil rakyat dan pemimpin DAP hari ini tampil menggesa kerajaan Perikatan Nasional supaya menunjukkan kesungguhan politik mereka dalam menangani isu pemandu mabuk Dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh 20 pemimpin DAP itu mereka mend...
Lagi Kes Pemandu Mabuk Kali Ini Nyaris Rempuh Sekatan Polis

Lagi Kes Pemandu Mabuk Kali Ini Nyaris Rempuh Sekatan Polis

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 413 hits
Belum reda isu pemandu mabuk di Kuantan Pahang kali ini satu kes lagi membabitkan pemandu mabuk di Alor Setar Kedah Mengikut apa yang dilaporkan oleh Berita Harian pemandu mabuk berkenaan dikatakan hampir merempuh sekatan pemeriksaan polis ...
Balu Arwah Harap Suami Mangsa Terakhir Pemandu Mabuk

Balu Arwah Harap Suami Mangsa Terakhir Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 500 hits
Sayu apabila mendengar harapan dari seorang isteri yang kehilangan suami tersayang akibat dirempuh oleh pemandu mabuk Kejadian yang berlaku pada hari raya kedua itu telah meranapkan hati seorang isteri dan mengharapkan agar hukuman yang set...
Batal Lesen Memandu Pemandu Mabuk Seumur Hidup

Batal Lesen Memandu Pemandu Mabuk Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 451 hits
Enam badan bukan kerajaan Selangor menyarankan kerajaan mengenakan tindakan paling tegas terhadap pemandu mabuk termasuk hilang kelayakan memandu seumur hidup NGO berkenaan ialah Pergerakan Belia 4B Kota Raja 99 Kebajikan Insan Selangor Alu...
Pemimpin Pas Jadi Menteri Besar Kedah Baharu

Pemimpin Pas Jadi Menteri Besar Kedah Baharu

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 385 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah Ke 14 dan majlis pelantikannya akan berlangsung hari ini Beliau adalah Ketua Pembangkang DUN Kedah dan menduduki jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 P...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

Budak Kilat

Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Buat Sarapan Pagi Kenyang Sampai Petang

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bersenam Cegah Hati Berlemak Kenapa Anda Perlu Ambil Berat

Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat

Resepi Apam Balik

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Wajah Lebih Berseri Selepas 15 Hari Menggunakan Eau Thermale Av Ne Vitamin Activ Cg Range

Kenali Hipodontia Kehilangan Gigi Secara Genetik Yang Tidak Disedari