Warga Emas Didakwa Mabuk Cuba Langgar Anggota Polis


BALIK PULAU, 2 Jun – Seorang warga emas yang cuba melanggar anggota polis sedang bertugas dalam satu sekatan jalan raya minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan, termasuk memandu secara melulu dan berada di bawah pengaruh alkohol.
Lim Seong Joo, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Azzuin Abd Moati.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa dengan sengaja tidak memberhentikan kereta untuk diperiksa oleh dua anggota polis iaitu Lans Koperal Mohd Shafizan Abd Samad dan Lans Koperal Muhamad Azaman Mat Saad yang sedang menjalankan tugas dalam Ops Mabuk.
Lim didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengeluarkan perkataan ‘polis bodoh’ terhadap ASP Abdul Halim Harun, yang bertujuan mengaibkan pegawai polis itu, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan ketiga, warga emas itu didakwa memandu secara berbahaya mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM15,000 bagi sabitan pertama manakala bagi sabitan kedua dan seterusnya, berdepan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda RM20,000.
Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di Solok Bayan Indah, Queensbay Bayan Lepas dekat sini pada 10.30 malam 30 Mei lepas.
Lim turut berdepan pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol di Jalan Persiaran Bayan Indah, dekat sini pada 11.45 malam 30 Mei lepas mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM6,000.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rais Imran Hamid menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan lesen memandunya digantung.
Peguam Datin A. Punithawathi yang mewakili Lim pula memohon jaminan terhadap anak guamnya dikurangkan atas alasan tertuduh dan isterinya sudah bersara.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan serta memerintahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah manakala lesen memandu Lim digantung sehingga kes selesai dan menetapkan 13 Julai ini untuk pengurusan kes.
 
Sumber: Bernama
The post Warga Emas Didakwa Mabuk, Cuba Langgar Anggota Polis appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/02/warga-emas-didakwa-mabuk-cuba-langgar-anggota-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemandu Mabuk Nyaris Rempuh Anggota Polis Bertindak Agresif Ketika Ditahan

Pemandu Mabuk Nyaris Rempuh Anggota Polis Bertindak Agresif Ketika Ditahan

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 416 hits
BAYAN LEPAS Beberapa anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya berhampiran Queensbay di sini nyaris dirempuh kenderaan yang dipandu lelaki dipercayai mabuk malam tadi Malah suspek berusia 64 itu turut bertindak agresif ketika ditaha...
Didakwa Bunuh Floyd Anggota Polis Ditahan

Didakwa Bunuh Floyd Anggota Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 440 hits
Didakwa Bunuh Floyd Anggota Polis Ditahan Seorang anggota polis Minneapolis terbabit insiden kematian lelaki Afrika Amerika tidak bersenjata George Floyd ditahan semalam dan didakwa atas pertuduhan membunuh Didakwa Bunuh Floyd Anggota Polis...
8 Individu Didakwa Mengugut Amp Menendang Warga Emas Yang Menyerang Rider Food Panda

8 Individu Didakwa Mengugut Amp Menendang Warga Emas Yang Menyerang Rider Food Panda

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 531 hits
Lapan individu dijangka akan didakwa atas tuduhan mengugut dan menendang lelaki yang didakwa menyerang wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan baru baru ini nbsp Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata piha...
Anggota Polis Trafik Lepaskan Dua Das Tembakan Cuba Tahan Suspek Di Jalan Genting Klang

Anggota Polis Trafik Lepaskan Dua Das Tembakan Cuba Tahan Suspek Di Jalan Genting Klang

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR 20 Mei Kejadian seorang anggota trafik mengejar kereta jenis Nissan Teana dan melepaskan dua das tembakan ke arah tayar hadapan kanan kenderaan itu seperti yang dilihat dalam klip video berdurasi 43 saat yang tular di media sos...
Pemandu Mabuk Mengaku Tidak Bersalah Selepas Menumbuk Anggota Polis

Pemandu Mabuk Mengaku Tidak Bersalah Selepas Menumbuk Anggota Polis

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 578 hits
Sudahlah tumbuk polis baling kerusi memandu pula dalam keadaan mabuk menyebabkan seorang pengurus kelab malam menghadapi empat pertuduhan atas kesalahan berkenaan Lelaki berumur 38 tahun berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah...
Mabuk Peraih Ikan Didakwa Bunuh Irwan Herman

Mabuk Peraih Ikan Didakwa Bunuh Irwan Herman

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 425 hits
KUANTAN 1 Jun Seorang peraih ikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh Irwan Herman Kamarudin yang maut selepas keretanya dirempuh sebuah kereta dipandu melawan arus di Jalan Pintasan Kuantan minggu lepas ...
Senarai Tuntutan Yang Boleh Anda Claim Jika Menjadi Mangsa Langgar Sampai Mati Kerana Mabuk

Senarai Tuntutan Yang Boleh Anda Claim Jika Menjadi Mangsa Langgar Sampai Mati Kerana Mabuk

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 414 hits
Cukup ramai dah yang ulas tentang kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati ni Jadi aku tak nak ulas tentang hukuman dan pendapat aku tentang undang undang pemandu mabuk yang bunuh orang ni Cuma aku tertarik dengan beberapa komen mengatak...
Polis Tahan Pemandu Disyaki Mabuk

Polis Tahan Pemandu Disyaki Mabuk

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 398 hits
Polis tahan pemandu disyaki mabukHULU SELANGOR Polis menahan seorang lelaki yang memandu secara melulu dipercayai dalam keadaan mabuk di kawasan tapak penjaja di Bukit Sentosa di sini hari ini Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ...
Kapolsek Diduga Mabuk Tabrak Rumah Warga Balita Dan Nenek Tewas

Kapolsek Diduga Mabuk Tabrak Rumah Warga Balita Dan Nenek Tewas

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 385 hits
Bocah tiga tahun bernama Putri Mahfuan dan neneknya Yasringah berusia 54 tahun meninggal dunia di rumah yang terletak di Desa Bangunrejo Pamotan Rembang Jawa Tengah Mereka tertabrak mobil seorang kapolsek yang diduga mabuk Peristiwa nahas t...
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Agy S Fun Filled Aidilfitri Celebrations Are A Family Affair

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Belon Di Jalan Tar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Juadah Hari Raya Sa

Kakitangan Jai Pahang Membuat Fitnah Harap Ambil Tindakan