Sudah 6 Minggu Saya Membayar Lebih Dari Harga Pasaran Khairy J




Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia Baharu sebab akhirnya (selain daripada pemansuhan GST) mereka dapat tunaikan salah satu janji besar pilihanraya iaitu menstabilkan harga minyak.  Seperti yang kita maklum harga RON95 kekal pada harga RM2.20 seliter dari Mei sehingga akhir tahun ini. Syukur dapat Kerajaan yang mengutamakan rakyat. Ini mestilah sebab Kerajaan Pakatan Harapan ini menyediakan subsidi yang besar untuk memastikan harga minyak tidak naik, bukan seperti zaman Barisan Nasional!

Tetapi, betul juga cakap “lunch buddy” saya, Saudara Rafizi Ramli: bukan ke harga minyak dunia dah turun? Beliau ada buat kiraan sendiri. Saya pun cuba buat kiraan saya ikut harga mingguan untuk mengesahkan kiraan Rafizi.

Rupa-rupanya, sudah 6 Minggu Kerajaan Pakatan Harapan kenakan cukai ke atas jualan petrol. Apa maksud saya? Maksud saya sudah 6 minggu rakyat membayar LEBIH dari harga pasaran. Bukan setakat tidak dapat subsidi, 6 minggu rakyat bayar ‘cukai’ kepada Kerajaan setiap kali isi minyak (rujuk infografik di bawah).

Tetapi rakyat tak boleh mengomel sebab ingat, janji pilihanraya bukan TURUN harga minyak tapi MENSTABILKAN harga minyak. Jadi walaupun harga minyak di pasaran dunia sudah turun Kerajaan tak perlu turunkan harga petrol di Malaysia sebab janji nak stabilkan sahaja! Kan dah kena.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu, kerajaan Pakatan Harapan telah memutuskan untuk mengembalikan penentuan harga runcit petrol bermula ‪1 Januari 2019‬ mengikut sistem Automatic Pricing Mechanism (APM) berdasarkan apungan harga semasa seperti mana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Saya pernah menulis tentang mekanisme penentuan APM bagi harga petrol sebelum ini yang mana penentuannya adalah menerusi indeks Mean of Platts Singapore (MOPS). Boleh rujuk pautan di bawah untuk penulisan saya sebelum ini:
‪https://www.facebook.com/Khairykj/posts/997572466926021‬

Ramai akan bertanya kenapa perlu dirujuk pada Singapura? Realitinya, indeks MOPS adalah standard yang digunakan oleh banyak negara ASEAN dalam penentuan harga jualan petrol di negara masing-masing. Malah Australia juga menggunakan rujukan MOPS ini.

Walaupun kerajaan belum menjelaskan sama ada penentuan harga jualan petrol akan dilaksanakan secara bulanan atau mingguan, saya merasakan mekanisme penentuan secara mingguan adalah lebih baik dan telus memandangkan keadaan turun naik harga minyak dunia yang tidak menentu sepanjang masa. Saudara Rafizi pun setuju dengan kaedah mingguan ini.

Berbalik kepada isu asal, harga terkini RON95 mengikut APM bagi setiap liter adalah lebih rendah daripada harga jualan yang ditetapkan kerajaan iaitu RM2.20. Kadar harga di bawah RM2.20 ini juga bukanlah baru berlaku beberapa hari yang lepas, sebaliknya sudah berlarutan sejak 8 November yang lalu, lebih daripada sebulan. Dengan kata lain, lebih sebulan jugalah kerajaan telah mengutip keuntungan atau mengenakan cukai ke atas setiap liter jualan petrol. Boleh rujuk harga MOPS RON95 di sini:
‪https://www.cmegroup.com/trading/energy/refined-products/singapore-mogas-95-unleaded-platts-swap-futures_quotes_globex.html‬

Jika disemak, harga jualan petrol RON95 bagi minggu ini adalah sekitar RM1.94. Manakala bagi tempoh 5 minggu sebelum ini, harga jualan RON95 sepatutnya adalah antara RM1.95 sehingga RM2.18 sahaja. Namun, kerajaan masih tetap membuat keputusan untuk mengekalkan harga jualan RON95 pada kadar RM2.20 walaupun berlaku penurunan harga yang agak ketara bagi tempoh tersebut.

Sementara menunggu pengumuman harga runcit baharu petrol ‪pada 1 Januari 2019‬, saya berharap Kementerian Kewangan (MOF) atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dapat menjelaskan kepada rakyat Malaysia berapakah jumlah keuntungan hasil jualan petrol yang telah dikutip oleh kerajaan dari tempoh tersebut sehinggalah sekarang disebabkan oleh perbezaan harga ini.

Memandangkan kerajaan Pakatan Harapan sering melaungkan ketelusan sebagai agenda pentabdbiran mereka, saya juga mengharapkan agar mekanisme baharu APM yang akan diperkenalkan bermula Januari depan didedahkan kepada rakyat agar lebih mudah untuk rakyat membuat semakan terhadap harga jualan petrol pada masa hadapan. Dan saya mahu Kerajaan mengumumkan sama ada ditentukan harga siling sebelum subsidi diberi atau tidak.

Tetapi apa yang pasti, keputusan kerajaan Pakatan Harapan untuk mengembalikan sistem APM mengikut harga apungan semasa menjadi bukti jelas bahawa kaedah yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini adalah tepat dan sangat sesuai dilaksanakan.

Khairy J

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/sudah-6-minggu-saya-membayar-lebih-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Oneplus 6t Edisi Mclaren Tertiris Berharga Lebih Dari Rm3300

Harga Oneplus 6t Edisi Mclaren Tertiris Berharga Lebih Dari Rm3300

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 287 hits
Seperti yang semua tahu OnePlus akan melancarkan OnePlus 6T edisi McLaren pada minggu ini Disebabkan ia adalah edisi khas jadi harganya pasti akan lebih mahal dari variasi OnePlus 6T yang sedia ada Terkini harga OnePlus 6T edisi McLaren ter...
Lebih 6 Minggu Kutip Cukai Petrol Lepas Itu Umum Bantuan Sekolah Dan Bantuan Untuk Peneroka

Lebih 6 Minggu Kutip Cukai Petrol Lepas Itu Umum Bantuan Sekolah Dan Bantuan Untuk Peneroka

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 351 hits
Nampak tak permainan Kerajaan PH Bagai air terjun bertingkat kencing kerajaan curahkan kepada rakyat Malaysia Kegagalan melaksanakan manifesto diletakkan atas batu jembala rakyat Boleh pula sesuka hati mengenakan cukai petrol kepada rakyat ...
Aktiviti Hujung Minggu Di Kampung Lebih Dekat Dengan Alam

Aktiviti Hujung Minggu Di Kampung Lebih Dekat Dengan Alam

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 345 hits
Cuti persekolahan hujung tahun bagi sesi 2018 hampir tiba ke The post appeared first on
Harga Barang Makanan Akan Lebih Mahal Tahun Depan Kata Aktivis Pengguna

Harga Barang Makanan Akan Lebih Mahal Tahun Depan Kata Aktivis Pengguna

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 346 hits
December 23 2018 8 06 AMHarga barang keperluan yang mahal kekal sebagai isu utama dalam kalangan pengguna PETALING JAYA Pengguna perlu membayar lebih banyak untuk barang makanan tahun depan berikutan ekonomi yang lembab disebabkan kelemahan...
Laptop Gaming Nipis Dan Berkuasa Asus Rog Zephyrus S Kini Di Pasaran Malaysia Pada Harga Rm7999

Laptop Gaming Nipis Dan Berkuasa Asus Rog Zephyrus S Kini Di Pasaran Malaysia Pada Harga Rm7999

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 259 hits
Generasi ketiga laptop gaming nipis dan berkuasa daripada ASUS iaitu ASUS ROG Zephyrus S GX531 yang diperkenalkan di acara IFA Berlin beberapa bulan lalu kini akhirnya tiba di pasaran Malaysia Laptop tersebut yang hadir dengan paparan bersa...
Nike Akan Mula Jual Kasut Dengan Harga Lebih Murah Menjelang Tahun 2019

Nike Akan Mula Jual Kasut Dengan Harga Lebih Murah Menjelang Tahun 2019

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 321 hits
Nike nampaknya akan memfokuskan pada kasut yang akan dijual dengan harga yang sederhana menjelang tahun 2019 Ketua Pegawai Eksekutif Mark Parker berkata Nike sebelum ini telah menewaskan jangkaan untuk suku kedua termasuk jualan yang mening...
Harga Minyak Akan Diselaraskan Setiap Minggu Mulai Januari 2019

Harga Minyak Akan Diselaraskan Setiap Minggu Mulai Januari 2019

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 509 hits
Harga Minyak Akan Diselaraskan Setiap Minggu Mulai Januari 2019 Kerajaan dalam satu kenyataan media hari ini memutuskan untuk menyeleraskan harga runcit petrol RON95 dan diesel setiap minggu susulan penurunan harga minyak mentah global Menu...
Xiaomi Mi Mix 3 Memasuki Pasaran Malaysia Pada Bulan Januari Pada Harga Bawah Rm2500

Xiaomi Mi Mix 3 Memasuki Pasaran Malaysia Pada Bulan Januari Pada Harga Bawah Rm2500

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 266 hits
Xiaomi Mi MIX 3 dilancarkan Oktober yang lalu dengan rekaan tubuh melungsur untuk menggunakan kamera hadapan Kepada pengguna di Malaysia yang menantikan kemunculannya Xiaomi telah memuat naik imej acah yang memberikan petanda Mi MIX 3 akan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization