Harga Barang Makanan Akan Lebih Mahal Tahun Depan Kata Aktivis Pengguna


Minderjeet Kaur
-December 23, 2018 8:06 AM

Harga barang keperluan yang mahal kekal sebagai isu utama dalam kalangan pengguna.
PETALING JAYA: Pengguna perlu membayar lebih banyak untuk barang makanan tahun depan berikutan ekonomi yang lembab disebabkan kelemahan ringgit, kata seorang aktivis pengguna.

Jacob George, yang mengetuai Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) berkata, Putrajaya boleh mengurangkan kesannya ke atas pengguna dengan meningkatkan tindakan terhadap aktiviti sorok, penyeludup dan pihak yang terlibat dalam manipulasi harga.

Beliau berkata, harga barang tidak akan turun.

“Ia merupakan trend sejagat apabila berlaku peningkatan kos barangan dan perkhidmatan.

“Tahun depan akan menjadi tahun mencabar kepada pengguna Malaysia,” katanya kepada FMT

Jacob George.George, seorang aktivis pengguna selama lebih 40 tahun berkata, kerajaan tidak akan dapat mengawal harga sepenuhnya, tetapi boleh memastikan “tangan-tangan gelap” tidak memanipulasi pasaran.

“Perancangan strategik perlu bagi menghentikan penyeludupan dan penyorokan barang makanan serta pemantauan harga,” katanya.

Beliau berkata, kegembiraan atas kemenangan pilihan raya umum lepas kini bertukar menjadi kemarahan berhubung “pelbagai isu”, termasuk harga barang.

Katanya, adalah tidak realistik untuk menjangka harga turun kerana tidak terdapat apa-apa dalam sistem pasaran yang akan membolehkannya berlaku.

“Jika anda lihat corak pengagihan makanan dan keseluruhan rangkaian dari ladang ke meja makan, ia sangat rumit dan tidak mengalami apa-apa perubahan.”

Beliau berkata, Putrajaya harus menjelaskan kepada rakyat bahawa makanan dan perkhidmatan yang murah tidak ada. Sebaliknya kata George, kerajaan perlu menjamin harga barang adalah munasabah dan adil.

Ketua perangkawan kerajaan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin baru-baru ini berkata, indeks harga pengguna Malaysia (CPI) meningkat 0.2% pada Nov 2018 berbanding tahun lepas.

Beliau berkata, peningkatan indeks umum itu adalah disebabkan harga lebih tinggi bagi perumahan, bekalan air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2%), pendidikan (+1.4%), restoran dan hotel (+1.2%), makanan dan minuman bukan alkohol (+1.1%) dan minimum berakohol dan tembakau (1%).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/harga-barang-makanan-akan-lebih-mahal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Telur Turun 2 Sen Belum Puaskan Hati Pengguna Kata Fomca

Harga Telur Turun 2 Sen Belum Puaskan Hati Pengguna Kata Fomca

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 379 hits
PETALING JAYA Gabungan Persatuan persatuan Pengguna Malaysia berkata langkah kerajaan menurunkan harga telur ayam setiap gred sebanyak 2 sen susulan lonjakan 10 sen baru baru ini belum memuaskan hati pengguna Timbalan Presiden Fomca Mohd Yu...
Rakyat Mula Sedar Gst Bukan Punca Utama Harga Barang Naik Kata Najib

Rakyat Mula Sedar Gst Bukan Punca Utama Harga Barang Naik Kata Najib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 366 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat mula sedar pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan bukan faktor utama kenaikan harga barang Ini kerana katanya sudah 6 bulan GST dimansuhkan dan digantikan cukai jualan dan perkhidmata...
Nike Akan Mula Jual Kasut Dengan Harga Lebih Murah Menjelang Tahun 2019

Nike Akan Mula Jual Kasut Dengan Harga Lebih Murah Menjelang Tahun 2019

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 405 hits
Nike nampaknya akan memfokuskan pada kasut yang akan dijual dengan harga yang sederhana menjelang tahun 2019 Ketua Pegawai Eksekutif Mark Parker berkata Nike sebelum ini telah menewaskan jangkaan untuk suku kedua termasuk jualan yang mening...
Isu Harga Makanan Mahal Ini Penjelasan Dari Kfc Yang Ramai Tidak Tahu

Isu Harga Makanan Mahal Ini Penjelasan Dari Kfc Yang Ramai Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 3356 hits
Syarikat makanan segera Kentucky Fried Chicken menjelaskan bahawa bermula Disember 2018 harga makanan yang disenaraikan adalah termasuk 6 peratus cukai jualan dan perkhidmatan KFC dalam kenyataannya berkata terdapat beberapa pelarasan kecil...
Kos Kami Tidak Sedikit Kata Persatuan Penternak Berhubung Harga Telur Ayam Mahal

Kos Kami Tidak Sedikit Kata Persatuan Penternak Berhubung Harga Telur Ayam Mahal

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 622 hits
Persekutuan penternak berkata anggotanya bersikap telus dan tidak menyembunyikan apa apa PETALING JAYA Persatuan terbesar mewakili industri ternakan mengalu alukan siasatan berhubung dakwaan tentang kewujudan kartel di sebalik kekurangan be...
Swasta Diharapkan Lebih Berperan Di Pembangunan Indonesia Tahun Depan

Swasta Diharapkan Lebih Berperan Di Pembangunan Indonesia Tahun Depan

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 379 hits
Anggota Dewan Pertimbangan Presiden Suharso Monoarfa mengatakan pada 2019 pemerintah akan terus mendorong peran swasta yang lebih besar dalam perekonomian Menurut dia pada tahun ini sektor swasta belum terlalu menggeliat jika dibandingkan d...
Import Makanan Ayam Antara Punca Harga Telur Naik Kata Menteri

Import Makanan Ayam Antara Punca Harga Telur Naik Kata Menteri

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 404 hits
Import makanan ayam antara punca harga telur naik kata menteri Dikemas kini 30 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 16 De
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu