Subsidi Ph Hilang Sokongan Rakyat Utusan Malaysia 16 10 2023


 

PETALING JAYA: Cadangan pengurangan pelbagai subsidi yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu berkemungkinan boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan dan gabungan Pakatan Harapan (PH).
Hal ini kerana rakyat mele­takkan harapan yang tinggi bahawa kerajaan akan mengekalkan subsidi yang dinikmati ketika ini berikutan ekonomi negara dan global yang masih belum pulih sepenuhnyapascapandemik Covid-19 yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr. Lee Nan Sang melihat Belanjawan 2024 sedikit banyak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap PH apabila pengurangan subsidi mula berkuat kuasa.
DIHARAPKAN“Memandangkan keadaan beban saraan hidup yang semakin berat, rakyat berharap Belanjawan 2024 dapat membantu mereka tetapi apa yang dibentangkan bukan sesuatu yang diharapkan,” katanya.
Jelasnya, majoriti rakyat kecewa dengan apa yang dibentangkan kerana bukan sahaja banyak subsidi akan dikurangkan tetapi juga pelaksanaan atau penambahan beberapa cukai seperti peningkatan cukai perkhidmatan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, PH perlu berusaha lebih kuat untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat dan menunjukkan beberapa tindakan dalam Belanjawan 2024 sebagai sesuatu yang perlu diambil demi kesejahteraan negara.
Beliau berkata, jika PH gagal memberikan rasional terhadap pengurangan subsidi dan meya­kinkan mereka, parti pembangkang dikhuatiri akan menggunakan ‘peluang’ itu untuk meraih sokongan rakyat.
“Imej parti tersebut mungkin akan tercalar kerana banyak isu berlaku seperti kenaikan harga barang keperluan asas seperti beras dan ayam serta telur tidak lama lagi apabila harga dua bahan makanan itu diapungkan.
“Saya yakin, sebelum pembentangan Belanjawan 2024, rakyat mengharapkan sesuatu tetapi lain pula jadinya,” kata­nya.
TEPATNamun, kata Nadzim, langkah kerajaan meningkatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), peningkatan harga lantai belian padi dan beberapa perkara lagi dalam Belanjawan 2024 adalah satu tindakan tepat dan perlu ‘dimanfaatkan’ dengan sebaik mungkin.
Bagaimanapun, Pensyarah Kanan Politik Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr. Firdausi Suffian yakin pengurangan subsidi tidak akan menjejaskan kerajaan kerana rasionalisasi subsidi itu diimbangi dengan peningkatan dalam aspek lain yang membolehkan kebajikan rakyat terus terbela.
Katanya, dalam usaha mengurangkan kebergantungan ke­pada subsidi perlu diperjelaskan kepada rakyat manakala gaji progresif perlu disegerakan bagi membolehkan rakyat menjalani kehidupan dengan lebih selesa.
“Saya tidak nampak imej kerajaan akan terjejas kerana apabila subsidi dikurangkan, beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memastikan STR dinaikkan kepada RM3,700. Tapi, kalau subsidi dikurangkan dan STR kekal seperti sekarang, itu berbahaya kepada imej kerajaan,” katanya.
Secara keseluruhan, katanya, belanjawan itu menunjukkan dasar fiskal yang berkembang, berasaskan reformasi kerana diperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal, bersifat inklusif dalam memperkasakan rakyat dan mempunyai faktor penarik (wow factor) melalui pengumuman insentif penjawat awam sebanyak RM2,000.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
SUBSIDI: PH HILANG SOKONGAN RAKYAT?
https://www.utusan.com.my/berita/2023/10/subsidi-ph-hilang-sokongan-rakyat/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/10/subsidi-ph-hilang-sokongan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Judi Dalam Talian Memudaratkan Ketenteraman Awam Utusan Malaysia 16 10 2023

Judi Dalam Talian Memudaratkan Ketenteraman Awam Utusan Malaysia 16 10 2023

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 354 hits
KOMITMEN Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain untuk melumpuhkan kegiatan haram menunjukkan Polis Diraja Malaysia serius untuk memelihara ketenteraman awam di negara kita Ini adalah kerana judi haram khususnya yang beroperasi dalam ta...
Pm Nyatakan Sokongan Jitu Malaysia Bantu Rakyat Palestin Menerusi Perbualan Telefon Dengan Ketua Hamas

Pm Nyatakan Sokongan Jitu Malaysia Bantu Rakyat Palestin Menerusi Perbualan Telefon Dengan Ketua Hamas

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 240 hits
1 Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Ibrahim ketika perbualan menerusi telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin 2 Dipetik dari laman Facebook Perdana M...
Rakyat Tiada Tempat Bergantung Jika Pdrm Terlibat Rasuah Ppim Malaysia Gazette 10 10 2023

Rakyat Tiada Tempat Bergantung Jika Pdrm Terlibat Rasuah Ppim Malaysia Gazette 10 10 2023

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersedia untuk menyalurkan maklumat kepada Polis Diraja Malaysia dalam usaha untuk menghapiskan rasuah dalam pasukan keselamatan ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata persatuan itu menyok...
Senarai Lokasi Dan Jadual Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan Negeri

Senarai Lokasi Dan Jadual Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan Negeri

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 277 hits
Hari Sukan Negara Malaysia disambut pada bulan Oktober iaitu pada minggu kedua Tahun 2023 tarikh Hari Sukan Negara Malaysia 2023 pada 14 Oktober 2023 hari Sabtu SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2023 HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAANSambutan ...
Jadual Keputusan Pestabola Merdeka 2023 Malaysia India Tajikistan

Jadual Keputusan Pestabola Merdeka 2023 Malaysia India Tajikistan

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 416 hits
Pasti ramai yang tidak sabar untuk merasai kehangatan sebuah kejohanan yang penuh dengan sejarah sejak mula merdeka lagi sehingga kini iaitu menerusi Pestabola Merdeka 2023 Selepas 10 tahun yang mana kali terakhir diadakan pada tahun 2013 P...
Maggi Menghargai Air Tangan Rakyat Malaysia

Maggi Menghargai Air Tangan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 263 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan hadir dalam majlis Perasmian Sambutan MAGGI Sah Malaysia yang dianjurkan oleh MAGGI bagi menzahirkan citarasa Malaysia sebenar menerusi AIR TANGAN rakyat Malaysia Seramai empat penggemar makanan dengan...
Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Lempeng By Pak Zain Sarapan Pagi Ini

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tebar Roti Canai Demi Anak Anak Tular Video Pasangan Mangsa Tragedi Sungai Korok

Cara Lulus Temuduga Spa Tanpa Kabel Teknik Psikologi Yang Panel Cari

Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville