Subsidi Bersasar Ron95 Sst Kunci Tingkat Bantuan Rakyat Kata Ahli Ekonomi


 Subsidi bersasar RON95 bantu kurangkan pembaziran manakala cukai jualan dan perkhidmatan tingkat hasil tanpa jejas rakyat.
Kerajaan membayangkan antara 85% hingga 95% rakyat akan terus menerima subsidi RON95 selepas September.PETALING JAYA: Subsidi bersasar RON95 dan kutipan tinggi menerusi peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) membolehkan kerajaan menyalurkan lebih banyak bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), menurut ahli ekonomi
Merujuk pengumuman bantuan RM100 SARA kepada rakyat berusia 18 tahun ke atas selain penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, Mohamad Idham Md Razak berkata keupayaan membiayai inisiatif itu dibuat kerajaan tanpa menyebabkan defisit fiskal lebih besar.
Ahli akademik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menjelaskan, subsidi bersasar RON95 dijangka dilaksanakan selepas perinciannya September depan boleh mengelakkan kebocoran kepada golongan tidak layak seperti warga asing serta isi rumah berpendapatan tinggi.
Katanya, penjimatan itu boleh dialihkan untuk mengekalkan harga bagi golongan layak atau meningkatkan bantuan SARA dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tanpa membebankan perbelanjaan kerajaan.
“SST yang skop produk dan perkhidmatan diperluaskan pada 1 Julai lalu turut bantu tingkat hasil kerajaan, kutipan itu boleh membiayai subsidi minyak dan bantuan tunai tanpa defisit fiskal besar,” katanya kepada FMT.
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam pengumuman khas berkata 22 juta rakyat dewasa akan mendapat bantuan SARA RM100 sekali beri melalui MyKad yang diberikan sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos.
Beliau yang juga menteri kewangan turut mengumumkan, harga petrol RON95 turun kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 ketika ini, menerusi subsidi bersasar yang perinciannya bakal diumumkan menjelang akhir September ini.
Mulai 1 Julai lalu, kerajaan meluaskan skop SST terhadap barangan dan perkhidmatan dalam kategori bukan keperluan manakala barangan asas dikecualikan cukai.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat, Afzanizam Abdul Rashid, pula berkata pembaziran dengan menanggung subsidi bahan bakar golongan berpendapatan tinggi boleh diatasi penyelarasan harga RON95.
Memetik kajian Bank Dunia yang menunjukkan 53% daripada subsidi bahan api di Malaysia dinikmati kelompok itu, Afzanizam berkata dana berkenaan sepatutnya boleh disalurkan untuk insentif memberi pulangan jangka panjang dan kesejahteraan rakyat.
Menurutnya, tambahan kepada usaha peningkatan hasil menerusi SST turut meningkatkan keupayaan dan membuka ruang perbelanjaan kepada sektor memberi manfaat jangka panjang seperti pendidikan selain pembangunan.
“Jadi, konsolidasi fiskal ini membuka banyak ruang dasar untuk perkara lebih bermanfaat lagi mengelakkan pembaziran. Peluasan dasar fiskal ini bererti penjimatan yang boleh disalurkan ke tempat lain lebih baik lagi,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/07/subsidi-bersasar-ron95-sst-kunci.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Rakyat Malaysia Tembusi Gaza Selepas Enam Bulan Sekatan

Bantuan Rakyat Malaysia Tembusi Gaza Selepas Enam Bulan Sekatan

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 357 hits
Bantuan Rakyat Malaysia Tembusi Gaza Selepas Enam Bulan Sekatan KUALA LUMPUR Sebanyak 2 400 tan bantuan kemanusiaan sumbangan rakyat Malaysia berjaya menembusi Gaza awal pagi semalam melalui pintu masuk Jambatan Raja Hussein di Jordan Pengh...
87 Peratus Pelaburan Diluluskan Sudah Berjalan Siapa Kata Lawatan Pmx Tak Ada Hasil

87 Peratus Pelaburan Diluluskan Sudah Berjalan Siapa Kata Lawatan Pmx Tak Ada Hasil

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 205 hits
SITI NUR ZAWANIJuly 22 2025Setiap kali Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi ke luar negara pasti akan ada suara suara sumbang mempersoalkan hasilnya Kata mereka pelaburan diumumkan itu sekadar angka manis yang e...
Kes Teoh Boleh Dibuka Semula Jika Ada Petunjuk Baharu Kata Azalina

Kes Teoh Boleh Dibuka Semula Jika Ada Petunjuk Baharu Kata Azalina

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 284 hits
Menteri undang undang itu berkata perkara ini boleh dilakukan walaupun kes tersebut diklasifikasikan NFA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said berkata kes jenayah tidak terikat dengan had masa dan boleh disemak semula PETAL...
Mb Kedah Sanusi Nor Kata Dia Belum Sedia Jadi Naib Presiden Pas

Mb Kedah Sanusi Nor Kata Dia Belum Sedia Jadi Naib Presiden Pas

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 230 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Menteri Besar Kedah Sanusi Nor belum bersedia menyandang jawatan naib presiden PAS selepas mendapat sokongan terbuka pimpinan tertinggi Katanya beliau tiada masalah kekal pemimpin barisan kedua jika ada calon lain...
Kata Kata Yang Susah Dipercayai

Kata Kata Yang Susah Dipercayai

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 184 hits
Assalamualaikum Pernah tak dengar ayat yang bila orang cakap kita hanya mampu senyum sambil dalam hati kita akan berkata Ye lah tu Dalam hidup ada beberapa jenis kata kata klasik yang makin lama makin susah nak dipercayai Nak tahu apa dia B...
Ambil Balik Duit Diseleweng Kita Bukan Nak Hukum Orang Mati Kata Anwar

Ambil Balik Duit Diseleweng Kita Bukan Nak Hukum Orang Mati Kata Anwar

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 241 hits
Perdana menteri berkata masih ada pihak termasuk pembangkang yang pertahan individu kaut kekayaan melalui cara meragukan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas pembangkang yang menggunakan ruang Parlimen untuk mempertahankan individu memung...
The Lantis Bila Chord

Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

The Complete Guide What To Expect From Malaysia S New School Curriculum 2027

Laptop Terbaik Untuk Blogger Content Creator 2025 Pilihan Profesional

Penyondol Tu Cuba Plan Dengan Bekas Suami Untuk Buat Saya Nusyuz Tular Video Viral Wanita Terjah Hari Nikah Bekas Suami

2 Tahun Tak Nampak Bayang Akhirnya Muncul Semula Di Penghujung Tahun 2025

Gambar Hari Ini Walaun Jangan Koyak Sebab Kamu Buat Lebih Lagi

Genap Dua Tahun Menyusun Atur Telur Ayam Jom Meneka Dalam Kesamaran Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecantikan Patung Keanggunan Seni Halus Dari Abad Ke 16 Hingga Ke 19

Penghargaan Fam Kepada Pihak Terlibat Dalam Membangunkan Bolasepak Malaysia

Ditegur Menteri Agama Universal Music Turunkan Muzik Video Dolla Jaga Sensitiviti

Sistem Ng Mers 999 Perkasa Infrastruktur Kecemasan Digital Malaysia

Suami Isteri Maut Bayi 6 Bulan Cedera Nahas Di Kota Tinggi

Polis Tahan Lelaki Disyaki Liwat Campak Kucing