Ambil Balik Duit Diseleweng Kita Bukan Nak Hukum Orang Mati Kata Anwar


Perdana menteri berkata masih ada pihak termasuk pembangkang yang pertahan individu kaut kekayaan melalui cara meragukan.Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas pembangkang yang menggunakan ruang Parlimen untuk mempertahankan individu ‘memunggah kekayaan berbilion ringgit’. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Fokus utama kerajaan bukan menghukum individu meninggal dunia sebaliknya memulihkan semula dana awam yang diseleweng
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata masih ada pihak termasuk pembangkang yang mempertahankan individu mengaut kekayaan berbilion ringgit melalui cara meragukan.
Katanya, perkara itu berbeza ketika beliau menjawat jawatan ketua pembangkang yang tegas menentang rasuah.
“Sekarang isu rasuah ni, maka bila kita ambil tindakan pun, (pembangkang kata) mana boleh, kasihan dia sudah tua…sudah ataupun sudah tidak ada dah (meninggal dunia).
“Kita bukan nak hukum orang mati, kita nak ambil balik duit yang dia ambil itu dengan cara tidak sah, tetapi kita (pembangkang) boleh senang saja, tidak ada apa-apa, tidak ada kesan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya.
Anwar turut membidas pembangkang yang menggunakan ruang Parlimen untuk mempertahankan individu ‘memunggah kekayaan berbilion ringgit’.
“(Tapi dia) berniaga apa? Tidak tahu, tapi berapa kekayaan dia, RM4 bilion. Berniaga apa, tidak tahu dia beli sahamnya berapa.
“Bila dia meninggal berapa dana dia? RM2 bilion, ini sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya tanpa menamakan mana-mana pihak.
Namun, ia dipercayai merujuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keluarga bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.
Sementara itu, Anwar menolak gesaan Dr Mahathir Mohamad yang mahu kerajaan membuat pendakwaan dan membuktikan kesalahannya di mahkamah dalam isu Batu Puteh.
Ketika ditanya selepas program hari ni, Anwar memberikan jawapan ringkas ‘biarlah dia’.
Dalam catatan X semalam, Mahathir secara sinis menegaskan beliau tidak memerlukan sebarang imuniti termasuk faktor usia jika kerajaan menuduhnya bersalah.
Kenyataan itu dimuat naik Mahathir selepas kerajaan memutuskan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya atas faktor usia sudah lanjut.
Bagaimanapun, peguam Mahathir, Zainur Zakaria dan Rafique Rashid Ali membidas keputusan itu sambil berkata bekas perdana menteri dirampas haknya untuk membela kebenaran. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/07/a_205.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Ismanira Luah Bukan Untuk Anak Tapi Diri Sendiri

Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Ismanira Luah Bukan Untuk Anak Tapi Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 286 hits
Kematian adik Zayn Rayyan Abdul Matin yang cukup tragis masih meninggalkan kesan mendalam dalam hati rakyat Malaysia Kini si ibu Ismanira Abdul Manaf pula terpaksa melalui detik sukar apabila menjadi saksi pembelaan dalam prosiding kes peng...
Lepas Anwar Tumbang 26 Nanti Ini Lah Sosok Nak Ganti

Lepas Anwar Tumbang 26 Nanti Ini Lah Sosok Nak Ganti

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 238 hits
Pheonix Setelah Pmx diturunkan 26hb ni inilah sosok yang akan diangkat menjadi PM ke 11
Amir Raja Lawak Tuntut Bayaran Tertunggak Rm18 000 Saya Nak Pakai Duit Itu

Amir Raja Lawak Tuntut Bayaran Tertunggak Rm18 000 Saya Nak Pakai Duit Itu

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 287 hits
Enggan untuk berdiam diri lagi Amir Raja Lawak tuntut bayaran tertunggak berjumlah RM18 000 daripada stesen televisyen terkenal Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Amir di laman Facebook dia berkata jumlah sebenar yang perlu dibayar ada...
Fahmi Anwar Masih Pm Nak Jatuhkan Bawa Usul Undi Tak Percaya

Fahmi Anwar Masih Pm Nak Jatuhkan Bawa Usul Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 164 hits
AYER KEROH Perhimpunan pembangkang yang dihadiri kira kira 18 000 peserta di Kuala Lumpur semalam tidak menjejaskan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menegaskan bahawa perhimpun...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk

Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Masjid Jamek Ar Rahimah

Lily By Alan Walker A Reminder Of Fear And Curiosity

Rinduuu Blogging