Subhanallah Penyakit Depresi Hilang Selepas Sedekah Kisah Lelaki Ini Menjadi Pedoman



Umumnya ramai yang mengetahui amalan sedekah merupakan amalan mulia yang sangat dituntut dalam Islam.
Kita seringkali mendengar kisah-kisah daripada mereka yang bersedekah mendapat keajaiban selepas melakukan amalan tersebut.
Hal ini kerana manfaat dan keajaiban sedekah telah disebut dalam riwayat-riwayat termasuklah dapat memurahkan rezeki, menolak bala, memanjangkan umur dan menyembuhkan penyakit.
Disini saya ingin berkongsi tentang kisah seorang lelaki dimana beliau mempunyai tekanan dan depresi dalam kehidupannya akhirnya sembuh disebabkan amalan sedekah.
Lelaki ini seorang yang sangat menitikberatkan soal masa depan. Amat jarang sekali seorang kanak-kanak yang baru bersekolah rendah memikir soal kehidupan masa akan datang lebih-lebih lagi telah berfikir tentang masa depan dirinya.
Kerisauannya berkenaan kerjaya apakah yang bakal dia perolehi, rumah, kereta, mahupun teman hidup mendorong beliau lebih rajin belajar dan sangat bermotivasi tinggi.
Seawal usia 11 tahun, beliau telah tahu hala tuju hidupnya dan jarang sekali menghabiskan masa dengan rakan-rakan kerana difikirkan ia membuang masa.
Lantaran itu, masanya dihabiskan mengadap buku mengulangkaji pelajaran. Saat mengulangkaji pelajaran kadang-
kadang beliau dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dan kadang-kadang tidak. Ini kerana , beliau sering kali mengelamun terbawa-bawa suara hati yang diajak “berdialog”. Suara monolog dalaman itulah yang selalu mendorong membuat apa-apa keputusan dan memberi kata-kata semangat dan kadang kala memperlekehkan diri beliau sendiri.
Namun semua itu bagaikan satu kata-kata keramat dan sebagai satu cabaran dalam dirinya. Oleh kerana semangat yang begitu hebat mencapai kejayaan, setiap peperiksaan yang dilalui dengan keputusan yang baik sama ada UPSR, PMR mahu pun SPM.
Akhirnya lelaki ini berjaya bergelar graduan dan selepas tamat universiti cita-citanya semakin tinggi mengunung untuk mendapat kerjaya yang terbaik.
Sebagaimana graduan lain, beliau juga menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil. Pelbagai jawatan kosong telah dimohon tetapi tiada jawapan.
Akhirnya beliau diterima sebagai jawatan pembantu jualan dengan menerima gaji sebanyak RM1000 sebulan.
Selepas beberapa tahun bekerja, beliau ditawarkan tugas sebagai kerani di syarikat swasta di Kuala Lumpur. Namun,
pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung kos hidup yang tinggi kerana bayaran sewa rumah, kereta , memberi wang kepada ibu bapa apatah lagi niat untuk menamatkan zaman bujangnya. Tugasan kerja semakin bertambah dan kedudukan kewangan semakin tidak mencukupi.
Hidupnya makin tertekan dengan memikir nasib hidupnya dan impian masa kecilnya kelihatan semakin terkubur. Tambahan pula kawan-kawannya yang sudah menjawat jawatan tetap dengan gaji yang lumayan dan beliau rasa semakin tercabar. Terbayang-bayang dalam imaginasi dirinya diperlekehkan oleh kawan-kawannya dalam keadaan dirinya sekarang. Rasa ego dalam diri semakin bertambah dan dia nekad mengasingkan diri daripada rakan-rakannya. Ini adalah bayangan dan perasaan dalam dirinya sendiri.
Akhirnya, pada suatu hari beliau terbaca kisah sedekah dan manfaatnya di internet. Kemudian beliau membeli sebuah buku tentang keajaiban sedekah. Oleh kerana tekanan emosi yang dialami dirasakan begitu menghimpit dirinya, dia ingin mencuba amalan tersebut setelah terbaca kisah – kisah daripada mereka yang bersedekah yang memperoleh keajaiban daripada amalan tersebut.
Pada satu ketika, beliau benar-benar buntu dan tertekan lantaran masalah kerja dan gaji dan tidak ingin lagi hidup kerana merasakan hidupnya langsung tidak berguna. Beliau merasakan hidupnya sudah tidak berguna apatah lagi untuk menghulurkan wang kepada ibunya malah beliau terpaksa meminjam wang dan berhutang.
Keinginan untuk sembuh daripada pelbagai tekanan emosi yang tidak terungkap melebihi daripada keinginan untuk memiliki kerjaya yang hebat seperti kawan-kawannya.
Ini kerana,semakin beliau ingin mengejar harta dunia, pangkat dan kedudukan beliau semakin tertekan dan kejayaan semakin menjauh. Sebaliknya, penyakit depresi semakin bertambah menghimpit dirinya.
Dengan itu, beliau segera teringat dengan kisah ajaibnya sedekah dan dengan kadar segera beliau bersedekah RM10 ke
dalam tabung masjid dengan niat agar disembuhkan daripada tekanan hidup dan dilepaskan kesempitan.
Secara tiba-tiba, tidak sampai lima minit bersedekah bagaikan satu bebanan tekanan perasaan yang amat berat tiba-tiba diangkat dan hilang serta diganti dengan perasaan yang tenang dan sukar digambarkan. Perasaan redha dan mensyukuri nikmat kurniaan Allah yang selama ini telah mengantikan perasaan yang selalu tidak bersyukur dengan apa yang ada dan sering mengejar kebendaan.
Saat itulah beliau mula percaya keajaiban sedekah itu benar-benar wujud.
Beliau bersedekah setiap hari dengan niat agar diberi ketenangan jiwa dan dimurahkan rezeki. Ternyata rezekinya
semakin bertambah dan berkat selepas amalan tersebut.
Walaupun bergaji kecil beliau merasakan cukup dan sentiasa bersyukur dan tidak merasakan tertekan lagi . Beliau tetap bersedekah sekadar kemampuannya.
Akhirnya penyakit tekanan dan depresi hilang hanya kerana amalan sedekah.
Beliau tidak lagi diganggu oleh suara-suara dalaman yang sentiasa menekan beliau untuk mengejar dan merebut harta benda dan pangkat bahkan ketenangan itu lebih berharga daripada seisi dunia.
Kebanyakan masyarakat hari ini semakin terhimpit dengan masalah depresi dan tekanan yang menjurus ke arah tindakan luar kawalan sehingga sanggup membunuh dan meragut nyawa sendiri. Pelbagai ujian dan cabaran kehidupan membawa kepada tekanan.
Ternyata amalan sedekah lelaki itu menyelamatkan jiwa yang menderita kerana dek mengejar harta dunia dan tidak
mensyukuri nikmat kurniaan Allah dan selalu mempertikai dan membandingkan apa yang ada pada diri berbanding orang lain.
Semoga kisah ini menjadi teladan buat semua.
The post Subhanallah! Penyakit Depresi Hilang Selepas Sedekah, Kisah Lelaki Ini Menjadi Pedoman appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/penyakit-depresi-hilang-selepas-sedekah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Menjadi Ubat 99 Penyakit Inilah Kedahsyatan Dzikir Laa Haula Wala Quwwata Illa Billah Rileks Media

Boleh Menjadi Ubat 99 Penyakit Inilah Kedahsyatan Dzikir Laa Haula Wala Quwwata Illa Billah Rileks Media

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 335 hits
Inilah kisah luar biasa terkait dahsyatnya dzikir Laa Haula Wala Quwwata Illa Billah Sahabat Nabi yang bernama Auf bin Malik Al Asyja i pergi menemui Rasulullah Shallalahu alaihi wa sallam dan berkata Ya Rasulullah sesungguhnya anakku Malik...
Punca Letupaan Di City One Megamall Kuching Didedahkan Rakaman Selepas Letupaan Menjadi Tular

Punca Letupaan Di City One Megamall Kuching Didedahkan Rakaman Selepas Letupaan Menjadi Tular

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 601 hits
Punca Letupaan Di City One Megamall Kuching Didedahkan Rakaman Selepas Letupaan Menjadi TularPunca Letupaan Di City One Megamall Kuching Didedahkan Rakaman Selepas Letupaan Menjadi Tular
Pendarahan Teruk Hingga Hilang 5 Liter Darah Selepas Bersalin Caeser Ibu Ini Reda Rahim Terpaksa Dibuang

Pendarahan Teruk Hingga Hilang 5 Liter Darah Selepas Bersalin Caeser Ibu Ini Reda Rahim Terpaksa Dibuang

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 580 hits
Pendarahan yang eruk sehingga kehilangan 5 liter darah selepas pembedahan caeseran ibu ini berkongsi cerita kisah kelahiran bayi keempatnya yang membawa kepada hysterectomy iaitu pembedahan pembuangan rahim bagi menghentikan pendarahan Peng...
Kisah Nyata Sukses Setelah Di Phk Dengan Sedekah

Kisah Nyata Sukses Setelah Di Phk Dengan Sedekah

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 240 hits
Allah selalu memberikan jalan lain bagi orang yang rajin sedekah Salah satu contohnya adalah seperti apa yang dialami Sudibyo Tak lama setelah di PHK di tempat kerjanya Sudibyo bangkit dan sukses menjadi pengusaha dengan omzet ratusan juta ...
Kisah Sedih Di Sebalik Watak Kassim Selamat

Kisah Sedih Di Sebalik Watak Kassim Selamat

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 869 hits
Kisah Sedih Di Sebalik Watak Kassim Selamat Dalam Filem Ibu Mertua Ku Lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee Yang Ramai Orang Tak TahuRasanya tak perlu di perkenalkan lagi siapa Tan Sri P Ramlee Seniman agung tanah air yang pernah mewarnai ar...
Kisah Dato Aliff Dan Si Ryan Dengan Google

Kisah Dato Aliff Dan Si Ryan Dengan Google

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 385 hits
Ramai dikalangan kita kenal dengan datok Aliff Shukri Beliau dikenali dengan produk terlajak larisnya Tapi bukan bab itu saya nak share saya nak share benda lain baru baru ni beliau ada muat naik video kat youtube berkenaan dengan google te...
Biarlah Orang Nak Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free Saya Tak Kisah Ayah

Biarlah Orang Nak Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free Saya Tak Kisah Ayah

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 661 hits
Bila sebut mengenai majlis perkahwinan ramai yang akan terfikir mengenai kenduri dan jamuan secara besar besaran di dewan ataupun di hotel hotel mewah Biarlah Orang Kata Saya Bagi Anak Perempuan Free Saya Tak Kisah AYAH nangtime comItulah s...
Kisah Rebel Hamid Tuah Dan Solidariti Mahasiswa Universiti Malaya

Kisah Rebel Hamid Tuah Dan Solidariti Mahasiswa Universiti Malaya

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 239 hits
Dua minggu selepas kerajaan menangkap rebel Hamid Tuah dan mengusir petani petani peneroka tanah dari kawasan Teluk Gong Klang pada bulan Oktober 1967 mahasiswa Universiti Malaya telah menganjurkan satu perhimpunan solidariti di Sudut Pidat...
Dikatakan Ketiak Kalis Api Neraka Ain Edruce Tidak Kisah Posing Daring Di Instagram

Dikatakan Ketiak Kalis Api Neraka Ain Edruce Tidak Kisah Posing Daring Di Instagram

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 604 hits
Pelakon dan pengacara yang mula menempah nama di industri hiburan Ain Edruce baru baru ini telah memuat naik beberapa foto percutiannya sekitar Bangkok Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah salah sebuah gambarnya ber nbsp posing n...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025