Pendarahan Teruk Hingga Hilang 5 Liter Darah Selepas Bersalin Caeser Ibu Ini Reda Rahim Terpaksa Dibuang


Pendarahan yang eruk sehingga kehilangan 5 liter darah selepas pembedahan caeseran, ibu ini berkongsi cerita kisah kelahiran bayi keempatnya yang membawa kepada hysterectomy iaitu pembedahan pembuangan rahim bagi menghentikan pendarahan.
Pengorbanan seorang ibu, mana mungkin akan terbalas. Melalui proses kehamilan dan melahirkan dan kemudiannya mengalami pendarahan teruk sehingga rahim terpaksa dibuang. Perkongsian ibu ini menjentik perasaan, betapa besarnya pengorbanan ibu, sanggup bergadai nyawa demi melahirkan si kecil yang dikandung. Selepas kelahiran, bertarung pula dengan pendarahan yang hebat, ibarat nyawa di hujung tanduk.
Gambar hiasan. Kelahiran anak keempat Puan  Zuliana Z Abidin wajar dijadikan panduan dan teladan. Melahirkan pada minggu ke-34 menerusi pembedahan caesarean langsung tidak dijangka. Sementelah, tarikh jangkaan bersalin masih lambat lagi, tidak disangka-sangka dia bersalin di Selayang walau pun sebenarnya merancang bersalin di Kuantan.
Episod kelahiran kali ini tidak seperti yang sebelum-sebelum ini. Zuliana perlu dibedah dan ekoran daripada itu terjadi pendarahan yang hebat. Bagi menghentikan pendarahan dan menyelamatkan nyawa si ibu, rahim Zuliana terpaksa dibuang. Ikuti coretan Zuliana yang telah dikongsikan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan sanak saudara…
Hampir 36 hari perkara ni berlalu.. Zulie mengambil sedikit masa utk menceritakan apa yg berlaku… Tulisan Zulie sgt panjang.. Terima kasih jika sudi luangkan masa utk membaca coretan ini.
Bukan berniat nak meraih simpati. Sekadar bercerita krn ramai rakan2 yg prihatin dan bertanya apa yg telah berlaku baru-baru ini.Catatan Zulie di sini juga sekadar sebagai renungan dikemudian hari, moga menjadi bacaan anak-anak.
SUDAH MEMILIH TARIKH 16 OKTOBER 2018
Al kisahnya, due kelahiran baby sepatutnya 26 Oktober 2018. Jadi disebabkan ini adalah kelahiran czer yang ke empat, maka tarikh 16 Oktober 2018 telah dipilih utk melahirkan di KMC dibawah Dr Suhaiza.. Sengaja pilih tarikh 16 Oktober 2018  kerana sama tarikh lahir dengan Abg Khairy anak sulung kami.

KE KUALA LUMPUR  PADA 29 SEPTEMBER
Pada 29 September 2018, suami bawa kami sekeluarga bercuti ke Kuala Lumpur sempena menyambut “Merdeka” kakak, Khayra Umairah Khairul Azhar yang selesai UPSR dan trip terakhir sebelum mommy bersalin.
 Plan asal, kami nak stay di KL hingga 2 Oktober 2018. Konon nak food hunting & last shopping untuk persiapan baby. Sabtu pagi sebelum berangkat ke KL, mommy tergerak hati mengambil buku pink & campakkan ke dlm bag pakaian.. Hmmm. Gerak hati.
 30 September 2018, tengah hari tu suami rupanya berpakat dengan sahabat-sahabat rapat Zulie untuk membuat kejutan Majlis Baby Shower. Masa tu memang seronok tak ingat. Memang tak terasa sakit langsung pun sehari dua tu. Malamnya sebab kepenatan serta kekenyangan, Zulie hanya menjamah seketul macaron.
 KONTRAKSI SEPERTI SENGGUGUT
1 Oktober 2018, kami bermalam di rumah kami di Gombak. Dalam pukul 3 pagi Zulie terjaga daripada tidur disebabkan sakit teramat dibahagian pinggang beserta sakit dibawah abdomen. Sakit seperti period pain. Masa tu dah terfikir, takkan dah contractions. Sebab sebelum tak rasa apa-apa kesakitan pun. Tapi kekerapan sakit tu, semakin lama semakin kerap. Zulie bangun pergi ke bilik air. Kemudian mundar-mandir di dalam bilik.
Akhirnya dalam pukul 4 lebih hampir ke pukul 5, Zulie buat keputusan mengejutkan suami. Beritahu dia yang Zulie sakit contractions dan mengajak dia pulang ke Kuantan dengan segera. Suami macam tak percaya yang Zulie dah contractions. Dia ambil masa juga nak buat keputusan sebab dia fikir itu hanya false contractions.
DOKTOR SARAN KE HOSPITAL DAHULU SEBELUM BERTOLAK PULANG KE KUANTAN
Tapi disebabkan kekerapan sakit tu makin lama makin kuat, suami telefon Dr Suhaiza untuk pandangan.. Dr Suhaiza mencadangkan kami ke hospital untuk pemeriksaan sebelum buat keputusan pulang ke Kuantan.
Maka dalam keadaan kelam kabut, kami suami isteri bersiap nak ke hosp Selayang.. Dukung si Khayla yg sdg tidur, bawa bersama. Tinggalkan Khairy & Khayra di rumah Gombak beserta phone suami. Tawakal kepada Allah.
 Dalam perjalanan ke hospital, contractions makin kuat. Sepanjang perjalanan asyik berdoa moga dapat melahirkan baby di Kuantan.
SEDIH SAMBIL MENAHAN SAKIT
Sesampai di hospital Selayang, staff nurse yg bertugas di bawah tolong tolakkan Zulie dengan wheelchair ke kawasan labour room. Di sana staff nurse di kaunter pendaftaran mempersoalkan kenapa datang ke situ.
 Yang paling tak best, seorang daripada mereka, staff nurse yang sangat muda membahasakan Zulie sebab tak bawa kad nikah. Siap gertak tak takut ke kena tangkap khalwat. Rasa macam nak menangis jer.. Dah la sedang menahan sakit. Memang tak nak pun bersalin di situ. Nak balik bersalin di Kuantan. Dah dia bahasa-bahasakan kita pula.
Gambar hiasan. STAFF LABOUR ROOM YANG BAIK
Tapi Alhamdulillah, staff nurse di dalam labour room semua baik-baik termasuk doktor yang bertugas. Bila dah check guna CTG, staff nurse maklumkan, sakit tu memag contractions yang kuat.
DOKTOR BERITAHU BUKAAN 5 CM
Kemudiannya datang pula doktor, dan memeriksa laluan, dah 5cm. Doktor mmg melarang kami pulang ke Kuantan dan bg tau yg Zulie perlu di czer secepat mungkin.
Dalam keadaan kesakitan dan sedih, Zulie minta berbincang dengan suami. Suami memang dah setuju supaya Zulie bersalin di hospital Selayang sahaja sebab keadaan dah suntuk. Masa tu dalam fikiran memang dah fikir macam-macam. Dengan 2 anak di rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Makan minum tak ada di rumah Gombak.
Persiapan barang-barang baby pun tak ada sebab semuanya di Kuantan. Persiapan untuk Zulie juga tak ada. Masa tu memang tak tau nak fikir dah. Tapi sempat juga berpesan pada suami supaya telefon mak suruh maklumkan. Juga suruh suami telefon jiran di rumah Gombak, Cik Nah minta tengok-tengok kan Khairy dan Khayra.

 
DISORONG KE OPERATION THEATRE
Dalam pukul 9 pagi lebih, Zulie di sorong masuk ke OT untuk emergency operation ceaserean. Masa tu memang sedih sangat tengok Khayla & suami. Sempat lagi berpesan sebelum masuk OT supaya telefon mak.
Semasa di dalam OT, doktor-doktor semua dah bersedia. Pertama sekali doktor pakar bius. Beliau yg memula menguruskan Zulie utk bius di spinal. Bayangkan dengan contractions makin kerap, doktor bius nak inject pun, Zulie dah takut sebab doktor tak boleh inject ketika sakit contractions. Within doktor inject tu, contractions datang, mmg tersentak sekejap.. Selesai bius, selps doktor check tahap kekebasan Zulie, maka pakar gynie pun bersedia utk memulakan czer.
BILA LAPISAN KELIMA DIPOTONG, TIBA-TIBA RASA SAKIT
Semasa ni, Zulie takde lah takut sangat, sebab ini adalah pengalaman caeser Zulie yang ke 4.. Tp nervous tu tetap ada. Dapat rasa doktor belah perut Zulie layer demi layer.. Masuk layer ke 5 mcm tu, tetiba Zulie rasa sakit.
 Memang menjerit masa tu. Terkejut sekejap diorg.. Doktor bius tu sangkakan Zulie panic. Lillahitaala, bukan panik. Memang rasa sakit time tu. 2 kali doktor gynae tu cuba belah dan memang Zulie menjerit sakit. Sudahnya doktor bius tambahkan dos.
 Baby pun selamat dilahirkan. Staff nurse yang bertugas terus ambik alih baby. Memang tak dapat tengok baby masa tu. Diorang terus bawa untuk dibersihkan. Dan nampak diorang letakkan baby pada oksigen camber (tak pasti apa nama benda tu). Risau Zulie. Dalam hati terfikir, kenapa dengan baby aku tu. Dah la tak diberi tengok baby. Terus dibawa pergi. Dan sekarang dipakaikan alat oksigen tu. Allahuakhbar.
Gambar hiasan. RASA MAMAI SELEPAS PEMBEDAHAN
Selesai caeser semua, Zulie ditolak ke bahagian recover area sementara menunggu untuk dimasukkan ke wad. Staff nurse pakaikan alat pemanas pada Zulie dan memeriksa keadaan Zulie sama ada kaki dah boleh digerakkan atau belum. Masa tu Zulie agak mamai2 sedikit. Disebabkan dose bius agaknya. Tp dalam hati tetap fikirkan baby. Mana baby?
 Kenapa diorang tak bagi Zulie tengok baby.. Allahuakhbar.. Jangan la ada masalah pada baby.. Lepas tu staff nurse datang bagi tau yang disebabkan baby premie border line, 36weeks, diorang kena pantau baby. Lagi pulak nafas baby agak laju.. Jadi baby kena ke neonatal intensive care unit (NICU). Staff nurse bawa sekejap baby bagi Zulie tengok dan bagi Zulie cium. MasyaAllah, comel nyer anak mommy.
 
EPISOD PENDARAHAN
Tak lama selepas tu, staff nurse dah bersedia nak tolak Zulie ke ward.. Dalam proses bersiap-siap, tetiba staff nurse panik. Dia perasan muka Zulie pucat yang amat. Bila dia selak selimut, nampak darah bertakung dan membuak-buak keluar.
 Terus staff nurse menjerit panggil doktor. Dalam tak berapa saat, katil Zulie penuh dikerumun doktor-doktor dan staff nurse. Semua dah panik. Mereka panggil nama Zulie, sebab masa tu Zulie dah nak collapse. Zulie caakp, Zulie mengantuk nak tidur. Lagi lah diorang panic. Terus diorg semua tepuk-tepuk pipi Zulie sebab risau Zulie koma. Masa tu Zulie agak blur.. Nampak diorg masukkan darah.
 Urut-urut perut Zulie. Bertungkus lumus diorang.. Dalam masa yang sama Zulie nampak darah Zulie memercik terkena langsir screen, meja di katil. Kedengaran diorang cakap “Patient lost 5liter of blood!”
 Kemudian Zulie didatangi Dr Norliza. Beliau mengambil alih mengurut perut Zulie dan terdengar beliau berkata, “Eh, I rasa rahim dia contractions, kenapa still bleed..”

PERLU DIBEDAH SEMULA
Kemudiannya beliau maklumkan yang Zulie terpaksa dimasukkan semula ke OT untuk hentikan pendarahan. Tapi kalau tak berjaya, rahim Zulie terpaksa dibuang. Memang blur sungguh Zulie masa tu. Bila diorg suruh Zulie tandatangan pun, rasa mcm mimpi. Tak tau apa yg Zulie tanda.
 Masa tu Zulie memang dah lemah-selemahnya.. Terfikir adakah tadi pertemuan terakhir Zulie dgn baby? Adakah hari ni hari terakhir bersama suami dan anak2? 
Allahuakhbar!!!
 Zulie disorong bt kali kedua ke dlm OT padi hari yang sama.. Dalam keadaan yang lemah selemahnya. Doktor maklum yang Zulie akan di bius sepenuhnya.. Tak diketahui berapa lama Zulie di bedah.. Yang Zulie ingat-ingat lupa, ada suara yang bagi tau Zulie dah dibawa ke ICU. Operation selesai. Suara suami kedengaran sayup-sayup. Lepas tu memang Zulie gone, tidur.
WAYAR BERSELIRAT
Keesokkannya, baru Zulie sedar. Masa tu mmg tak boleh bercakap sebab intubated.. Dipasang tiub dalam mulut. Wayar berselirat ditangan, hidung, leher. Tak usah cerita.. Memang numb giler Zulie masa tu.
DIMAKLUMKAN RAHIM TERPAKSA DIBUANG
Datang doktor yg bertugas, kemudian memaklumkan yang rahim Zulie terpaksa dibuang kerana mereka tak berjaya hentikan pendarahan dan 5 pint darah telah dimasukkan ke badan Zulie.
 Masa tu Zulie hanya terkebil2 mendengar. Tak boleh nak digest. Bila suami datang, dengan bahasa isyarat, Zulie tanya tentang baby. Alhamdulillah suami bagi tau baby ok. Suami juga maklum yang anak2 dijaga Cik Nah jiran sebelah rumah..Mak abah juga dalam perjalanan datang ke KL dari Kelantan.
 Seminggu ditahan di Hospital Selayang. 2 hari di ICU, 2 hari di Isolation Room, 3 hari di ward biasa. Baby juga di tahan di NICU hampir seminggu sebab jaundice. Akhirnya kami discharged.

DOKTOR TERANGKAN
Hari terakhir di ward, Dr Norliza datang melawat. Beliau ada datang consult dan memberi maklumat tentang apa yang Zulie lalui. Pelikkan? Rahim Zulie sihat. Parut lama daripada caeser yang dahulu pun ok. Rahim contraction selepas bersalin. Tapi berlaku pendarahan.
 Beliau infrom yang Zulie tak perlukan pil hormon sebab tiup fallopio Zulie masih ada.. Tapi peluang menopause awal tetap ada.. Average wanita asia menopause diusia 52 thn ke atas.
 EMOSI TERGANGGU
Jujur Zulie kata, maklumat ini banyak mengganggu emosi Zulie hinggakan ada masanya Zulie akan menangis kesedihan. Emosi sangat terganggu. Memang tak boleh tinggal keseorangan.. Sure menangis bila teringat apa yg Dr Norliza bagitahu.
 Balik ke Kuantan, baby kena jaundis sekali lagi hingga ke paras 400 lebih. 5 hari di tahan di NICU. Masa ni mmg Zulie down sedown nye.. Bengkak-bengkak mata menangis… Sesungguhnya kelahiran kali ini penuh cabaran. Allah Maha Mengetahui, Maha Penyayang. Zulie memang bersangka baik kepada Allah.
Semasa bayi admitted di NICU pada hari ke 12 kelahiran disebabkan jaundis tinggi melebihi 400. RASA SEPERTI MATI HIDUP SEMULA
Dukacita dan bersedih itu sebahagian daripada perasaan Zulie sebagai manusia biasa. Tp Alhamdulillah Zulie dikelilingi ahli keluarga & sahabat-sahabat baik yang sangat baik. Mereka lah yang memberi moral support kepada Zulie. Tak putus-putus bertanya khabar. Tak putus-putis memberi kata-kata semangat.
 Kalian mmg hantaran istimewa daripada Allah buat Zulie. Sayang mak abah Khadijah Omar & Zainal Abidin Abd Rahman. I love you Khairul A Jaafar. Love you to adinda Wanie Zainal… Thanks a lot pd makcik Nah Rosnah Saleh yang banyak memberi bantuan sepanjang kami di Gombak. And much love to all my supportive friends yang always keep in touch with me sepanjang proses ini. You know who you are my kesayangan semua.
 Hanya Allah yg membalas jasa-jasa kalian kepada Zulie. Zulie bagai mati hidup semula. Tanpa doa & kasih sayang kalian, tak tau lah mcm mana keadaan Zulie. Juga terima kasih kpd semua staff di Hospital Selayang yang banyak membantu kami. 
 P/s: Pada tarikh yang sama Zulie bersalin, kes yg sama berlaku pd seorang ibu di HTAA. Bleeding 5liter darah di recover area.. Dan meninggal ketika dlm OT. Innalillahiwainnailahirojiun.  It’s hit me bad…
Sumber: Zuliana Z Abidin
 
The post Pendarahan Teruk Hingga Hilang 5 Liter Darah Selepas Bersalin Caeser, Ibu Ini Reda Rahim Terpaksa Dibuang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/pendarahan-teruk-hingga-hilang-5-liter-darah-selepas-bersalin-caeser-ibu-ini-reda-rahim-terpaksa-dibuang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukaan 4cm Ada Tanda Darah Untungnya Doktor Tetap Jaga Solat Ibu Bersalin Ini

Bukaan 4cm Ada Tanda Darah Untungnya Doktor Tetap Jaga Solat Ibu Bersalin Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 574 hits
Ibu bakal bersalin ini sudah menunjukkan tanda tanda melahirkan bayi dalam kandungan Sudah ada tanda darah dan bukaan 4cm Doktor perlu bantu ibu ini pecahkan air ketuban untuk melancarkan proses kelahiran Tiba tiba doktor teringat sesuatu B...
Tumpah Darah Selepas Caesarean Boleh Terjadi Jika Ibu Mempunyai Hb Yang Rendah Ketahui 7 Lagi Keadaan Yang Berisiko

Tumpah Darah Selepas Caesarean Boleh Terjadi Jika Ibu Mempunyai Hb Yang Rendah Ketahui 7 Lagi Keadaan Yang Berisiko

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 363 hits
Kelahiran terutama secara pembedahan mempunyai risiko yang tinggi untuk terjadinya pendarahan Dr Mastura Mohd Mokhtar Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Selangor akan mengupas mengenai komplikasi ini Tumpah darah merupakan salah satu kompl...
Jangan Pandang Ringan Masalah Tumpah Darah Ibu Boleh Undang Maut Ketika Bersalin

Jangan Pandang Ringan Masalah Tumpah Darah Ibu Boleh Undang Maut Ketika Bersalin

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 544 hits
Kita selalu mendengar istilah tumpah darah selepas bersalin tanpa mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku Masalah tumpah darah sebenarnya satu dari penyebab utama kematian ibu di Malaysia dan juga di negara yang sedang membangun Jadi jang...
Tengok Isteri Lemah Keluar Banyak Darah Masa Bersalin Kuatnya Kamu Suami Belum Tentu Mampu

Tengok Isteri Lemah Keluar Banyak Darah Masa Bersalin Kuatnya Kamu Suami Belum Tentu Mampu

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 517 hits
Pengalaman bersalin bagi setiap wanita lain lain Ada yang mudah ada yang perlu melalui sakit yang lama dan bagi sesetengah kes kena czer Ibaratnya kita tak boleh nak jangka kesakitannya cuma hanya perlu sentiasa bersedia dan mendapat sokong...
Tragis Budak Lelaki Meninggal Dalam Pesawat Di Pangkuan Ibu Selepas Buat Umrah

Tragis Budak Lelaki Meninggal Dalam Pesawat Di Pangkuan Ibu Selepas Buat Umrah

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 358 hits
Tragis budak lelaki meninggal dalam pesawat di pangkuan ibu selepas buat umrah SEORANG budak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia dalam penerbangan selepas mengikut ahli keluarganya menunaikan umrah di Makkah Yahya Puthiyapurayil dise...
Maut Selepas Empat Hari Bersalin Bila Disiasat Rupa Rupanya Suami Lakukan Sesuatu

Maut Selepas Empat Hari Bersalin Bila Disiasat Rupa Rupanya Suami Lakukan Sesuatu

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 899 hits
Maut Selepas Empat Hari Bersalin Bila Disiasat Rupa rupanya Suami Lakukan SESUATU Maut Selepas Empat Hari Bersalin Bila Disiasat Rupa rupanya Suami Lakukan SESUATU
Sakit Ketika Kencing Masalah Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Anda Abaikan

Sakit Ketika Kencing Masalah Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Anda Abaikan

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 627 hits
Jika anda mengalami sakit ketika kencing anda mungkin menghidap kencing kotor Masalah kencing kotor sering dikaitkan dengan ibu hamil Namun sebenarnya wanita juga lebih mudah diserang kencing kotor atau urinary tract infection selepas melah...
Edi Rejang Akhirnya Memohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia Dan Promoter Perempuan Tersebut Selepas Dibuang Kerja

Edi Rejang Akhirnya Memohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia Dan Promoter Perempuan Tersebut Selepas Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 849 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya yang dikenali sebagai Edi Rejang ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal atas ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord