Kisah Sedih Di Sebalik Watak Kassim Selamat


Kisah Sedih Di Sebalik Watak Kassim Selamat Dalam Filem Ibu Mertua Ku Lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Yang Ramai Orang Tak Tahu
Rasanya tak perlu di perkenalkan lagi siapa Tan Sri P. Ramlee
Seniman agung tanah air yang pernah mewarnai arena seni tidak kira dalam dunia perfileman atau muzik satu ketika dahulu
Malah sehingga kini, filem filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih terus di tayangkan di siaran siaran RTM dan setiap kali filem beliau di tayangkan, ianya tetap memberi kesan kepada penonton pelbagai generasi walaupun sudah berpuluh kali menonton filem yang sama terutama filem filem lucu beliau

Bercerita mengenai filem lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, tentu anda pernah menonton filem beliau bertajuk "Ibu Mertua Ku". Filem yang cukup menyentuh hati dan rasanya inilah filem arahan dan lakonan Allahyarham yang cukup membuatkan hati admin tersentuh(Berayaq juga la mata ni.. huhu)
Sinopsis filem Ibu Mertua Ku
Nyonya Mansoor ialah seorang janda kaya yang mementingkan harta, pangkat, dan kedudukan seseorang. Anak gadisnya, Sabariah mencintai seorang peniup saksofon yang bernama Kassim Selamat. Mereka berdua berhubungan melalui telefon dan perjumpaan yang dilakukan secara rahsia. Apabila Nyonya Mansoor mengetahui perkara ini, dia berasa marah kerana Sabariah telah ditunangkan dengan Doktor Ismadi sejak sekian lama dan Kassim Selamat tidak sama taraf kedudukan dengan keluarganya. Oleh sebab Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat, dia menentang keputusan ibunya. Kassim Selamat dan Sabariah berpindah ke Pulau Pinang untuk memulakan hidup baharu. Kehidupan mereka tidak stabil kerana Sabariah tidak membenarkan Kassim Selamat bekerja di Night Club

Apabila Sabariah mengandung, Nyonya Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk membawa Sabariah pulang kerana Kassim Selamat kini bekerja sebagai seorang buruh kasar. Setelah Sabariah melahirkan anak, Nyonya Mansoor menghantar satu telegram palsu kepada Kassim Selamat menyatakan bahawa Sabariah telah meninggal dunia. Oleh sebab terlalu sedih, Kassim Selamat menangis sehingga matanya buta. Dia diselamatkan oleh seorang perempuan ketika dia sedang merayau-rayau. Di rumah perempuan tersebut, Mamak Maidin telah membantu Kassim Selamat untuk menjadi pemuzik lagi dan mereka telah mengadakan pertunjukan di merata tempat

Sementara itu, Nyonya Mansoor memberitahu Sabariah bahawa Kassim Selamat meninggal dunia. Akhirnya, Sabariah bersetuju dinikahkan dengan Dokktor Ismadi. Semasa Kassim Selamat mengadakan pertunjukan di Singapura, Sabariah bertemu dengan Kassim Selamat dan meminta pertolongan suaminya, Doktor Ismadi untuk memulihkan penglihatan Kassim Selamat. Doktor Ismadi bersetuju dengan permintaan isterinya. Pembedahan itu amat berjaya. Kassim Selamat merayu Nyonya Mansoor supaya membawanya mengunjungi kubur Sabariah. Apabila Kassim Selamat mengetahui bahawa Sabariah masih hidup dan mengkahwini dengan Doktor Ismadi, dia berasa teramat marah. Pada masa ini, Nyonya Mansoor berasa bersalah dan dia meminta maaf Kassim Selamat. Akhirnya, Kassim Selamat membutakan matanya dengan menggunakan garpu

****************************

Rupanya ada kisah sedih di sebalik watak Kassim Selamat yang menjadi buta kerana terlalu sedih akan kehilangan isterinya yang tercinta yang ramai tidak tahu iaitu kisah tentang bapa kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sendiri, Teuku Nyak Putih Teuku Karim



Menurut kisah yang di kongsi Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik di Facebook, bapa P. Ramlee sering bersedih dan menangis selepas anaknya itu meninggalkan Pulau Pinang dan pergi ke Singapura pada tahun 1948

Walaupun Teuku Nyak Puteh Nyak Karim merestui hasrat P. Ramlee yang mahu mengejar cita citanya untuk menjadi ahli seni, jiwa seorang bapa tetap merindui anaknya sehinggakan matanya menjadi buta akibat terlalu banyak menangis

Lebih menyedihkan, bapanya itu pernah meminta rakannya membawanya ke pawagam untuk menonton filem lakonan anaknyabiarpun hanya mampu mendengar suara

P. Ramlee tidak berkesempatan pulang ke Pulau Pinang kerana terlalu sibuk dengan jadual kerja. Bagaimanapun, dua beranak itu bertemu semula lima tahun kemudian

Itulah kisahnya mengapa P. Ramlee menjadikan watak Kassim Selamat buta di dalam filem "Ibu Mertua Ku". Jika anda masih ingat danperasan, P. Ramlee ada memberi nasihat kepada Chomby supaya jangan terlalu sedih dan sering menagis akan kematian suami kerana ianya hanya akan memudaratkan diri sendiri

*********************************
Begitulah kisah sedih dan kisah sebenar di sebalik watak Kassim Selamat yang buta
Filem filem arahan allahyarham P. Ramlee sering mencerminkan kehidupan sebenar, malah pemikiran Allahyarham di dalam filem filem arahannya melampaui zaman yang mana banyak mesej mesej tersirat yang terdapat di dalam filem beliau menceritakan tentang hari ini

Al-Fatihah untuk Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan bapanya, Teuku Nyak Puteh Teuku Karim


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsikanaje.blogspot.com/2018/12/kisah-sedih-di-sebalik-watak-kassim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Sedih Seorang Ustaz Menguruskan Jenazah Etnik Rohingya

Kisah Sedih Seorang Ustaz Menguruskan Jenazah Etnik Rohingya

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 385 hits
22 Ogos 2018MARI BACA KISAH KESUNYIAN SEORANG SUAMI DI BUMI ASING INI Saudara kita Muslim Rohingya bernama Salleh Ahmad yang baru kematian isterinya di Hospital Serdang yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak SPJ Malaysia baru baru ini Ada kis...
Kisah Di Sebalik Tabir Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman

Kisah Di Sebalik Tabir Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 488 hits
Kisah Di Sebalik Tabir Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman Polis menahan sekurang kurangnya sembilan individu berhampiran kuil Seafield Sri Maha Mariamman di Subang Jaya hari ini selepas enggan mendengar arahan polis untuk bersurai Polis men...
Selamat Tinggal Kepada Watak Captain America

Selamat Tinggal Kepada Watak Captain America

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 320 hits
Siapa yang minat menonton filem filem Marvels mesti Watak Captain America menjadi salah satu watak yang korang suka kan termasuklah nieyl Watak Captaion America yang di pegang oleh Chris Evans Baru baru ini dalam satu post twitter Chris men...
Abu Kassim A G S Office Told Macc Some Things Missing In 1mdb Audit Report

Abu Kassim A G S Office Told Macc Some Things Missing In 1mdb Audit Report

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 276 hits
Former MACC chief Abu Kassim Mohamed PUTRAJAYA Former anti graft chief Abu Kassim Mohamed today revealed the auditor general s office had informed them that some things were not published in the auditor general s report on 1MDB There was an...
Abu Kassim Nafi Beliau Terlibat Meminda Laporan Audit 1mdb

Abu Kassim Nafi Beliau Terlibat Meminda Laporan Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 295 hits
PUTRAJAYA Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini berkata dia tidak terlibat langsung dalam meminda laporan audit 1MDB Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu berkata sebaliknya badan anti rasuah itu cuba mendapatkan ...
Ikon Pencipta Watak Spongebob Stephen Hillenburg Meninggal Dunia

Ikon Pencipta Watak Spongebob Stephen Hillenburg Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 619 hits
Selain mencipta watak yang menjadi kegemaran ramai itu Hillenburg juga mengarahkan filem The SpongeBob SquarePants pada tahun 2004 AP PENCIPTA watak kartun SpongeBob SquarePants Stephen Hillenburg meninggal dunia pada Isnin pada usia 57 tah...
Abu Kassim Auditor General Tried To Brief Macc On Unreported 1mdb Matter

Abu Kassim Auditor General Tried To Brief Macc On Unreported 1mdb Matter

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 295 hits
Former MACC chief Abu Kassim Mohamed said he was neither aware nor did he take part in the alleged tampering of the national audit report on 1MDB in 2016 However he said the auditor general had tried to brief the MACC on something that went...
Tetikus Logitech Kini Ditawarkan Dengan Pilihan Rekaan Watak Adiwira Marvel

Tetikus Logitech Kini Ditawarkan Dengan Pilihan Rekaan Watak Adiwira Marvel

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 487 hits
Watak komik Marvel kini dikenali ramai selepas filem filem mereka hadir ke layar perak sejak sedekad yang lalu Impak siri filem Marvel dapat dilihat pada pelbagai produk berlesen yang telah dihasilkan seperti komputer riba Acer Iron Man Tha...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation