Subhanallah Keluarga Ini Berkayuh Basikal Ke Mekah Turut Serta Anak 6 Tahun


Setelah dua ari berehat melepaskan lelah, sebuah keluarga lima beranak yang berasal dari Jakarta, Indonesia, hari ini meneruskan kembara berbasikal ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.
Muchlis Abdullah, 47, berkata beliau dan keluarga bakal menyusuri lapan hingga 10 negara dan dijangka tiba di Jeddah pada Januari atau Mac tahun depan.
Saya menjangkakan kami tiba di Jeddah dalam masa lima hingga tujuh bulan lagi,” kata Muchlis kepada Bernama ketika ditemui di perkarangan Masjid Papan, Permatang Pauh di sini, Selasa.
Kembara yang dinamakan ‘Ziarah Qudsiyah Tanah Suci 2018′ keluarga itu bermula pada 11 Julai dengan Muchlis dan anak sulung mereka, Mirza Hakim, 15, bertolak dari Jakarta manakala isterinya Julianti Husin, 47, dan dua lagi anak mereka, Ahmad Zaki Hafiz, 11, dan Oliva Yumna, 6, bertolak dari Medan.
Keluarga itu tiba di Malaysia pada 30 Julai dengan memasuki Melaka menggunakan perkhidmatan feri sebelum menyambung perjalanan berbasikal ke utara tanah air melalui Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang, Muchlis dan keluarga menginap di sebuah hotel di Permatang Pauh selama dua hari atas sumbangan dan bantuan penduduk setempat.
Keluarga itu meneruskan perjalanan pada pukul 8.57 pagi ini selepas bacaan doa dan upacara pelepasan oleh Imam Masjid Papan, Wahab Yahaya, 76. Destinasi persinggahan rehat seterusnya ialah di Gurun, Kedah.
Selepas Malaysia, antara negara yang bakal dilalui keluarga itu ialah Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Afghanistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan akhir sekali, Arab Saudi.
Menurut Muchlis, persiapan dan perancangan kembara itu dilakukan sejak dua tahun lepas iaitu merancang perjalanan serta persiapan mental, emosi dan fizikal.
Beliau berkata mereka bagaimanapun akan mempertimbangkan kemungkinan menggunakan kenderaan awam seperti kereta api dan pesawat sekiranya terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan terutama di destinasi yang mengalami pergolakan.

“Kami sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sambutan yang hangat, tidak putus-putus bantu saya dan keluarga… tidak boleh diucapkan dengan kata-kata, hanya Allah yang dapat balas kebaikan semua,” katanya.
Sementara itu Rusnah Baba, 65, dan suami Mohd Damanhuri Abd Talib, 65, penduduk tempatan yang banyak membantu keluarga itu, berkata mereka dihubungi oleh Muchlis untuk mendapatkan bantuan kerana sebelum ini mereka pernah membantu pasangan suami isteri dari Indonesia yang mengembara ke Tanah Suci menggunakan basikal.
“Memang ramai beri bantuan dan nak tolong mereka…contohnya ada pemilik restoran di Kulim hubungi mak cik, minta bawakan mereka ke sana sebab beliau nak beri mereka makan dan bantuan kewangan. Ada juga sebuah kumpulan motosikal berkuasa tinggi kumpulkan duit dan beri bantuan kepada mereka,” kata Rusnah.
Sumber: Bernama via kehidupansatupersinggahan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/keluarga-berbasikal-ke-mekah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak 3 Tahun Suka Mengamuk Ibu Bapa Dah Boleh Hukum Sebelum Hukum Lakukan Ini

Anak 3 Tahun Suka Mengamuk Ibu Bapa Dah Boleh Hukum Sebelum Hukum Lakukan Ini

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 453 hits
Macam mana nak atasi anak yang berumur 3 tahun ni Dia suka memberontak mengamuk baling barang jika tak dapat apa yang dia mahu Sebagai ibu bapa tentu sekali kita akan jadi stress dengan perangai dia yang makin hari makin teruk takde perubah...
8 Tahun Lagi Kita Takkan Nampak Anak Anak Melompat Berlari Bagai Peluk Dan Ciumlah Mereka Sebelum Terlewat

8 Tahun Lagi Kita Takkan Nampak Anak Anak Melompat Berlari Bagai Peluk Dan Ciumlah Mereka Sebelum Terlewat

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 403 hits
8 tahun lagi kita takkan nampak anak anak melompat berlari bagai peluk dan ciumlah mereka sebelum terlewat Dunia kanak kanak adalah bermain dan meneroka alam mereka Jika ada halangan yang cuba menghalang perbuatan mereka sudah pasti mereka ...
Janji Dr Maszlee Tahun Ini Sekolah Jadi Taman Permainan Terbaik Buat Anak Anak

Janji Dr Maszlee Tahun Ini Sekolah Jadi Taman Permainan Terbaik Buat Anak Anak

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 356 hits
Sesi persekolahan yang dah bermula sejak awal tahun lalu memberi sedikit kelegaan kepada ibu bapa yang mempunyai anak anak tahap satu kerana dah tak perlu memikirkan untuk berdepan dengan peperiksaan Tapi adakah ibu bapa tahu sebab disebali...
Anak Tk Ditemukan Meninggal Di Kolam Keluarga

Anak Tk Ditemukan Meninggal Di Kolam Keluarga

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 256 hits
Anak TK Ditemukan Meninggal di Kolam Keluarga Pada saat dilakukan pencarian sekitar pukul 16 00 Wib korban ditemukan di dalam kolam resapan air sedalam 1 5 meter milik orangtuanya
Punya Anak Seperti Dapat Lesen Jadi Seperti Kanak Kanak Kembali Manisnya Dirasa Ibu Ini Setelah 11 Tahun Menanti

Punya Anak Seperti Dapat Lesen Jadi Seperti Kanak Kanak Kembali Manisnya Dirasa Ibu Ini Setelah 11 Tahun Menanti

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 538 hits
Benar bila ada anak kecil ibu bapa juga seperti menjadi anak anak kembali Kemanisan menjadi ibu akhirnya menjadi milik wanita ini yang sudi berkongsi kisahnya dengan Pa Ma 11 tahun bukanlah tempoh yang singkat Dan hanya setelah 11 tahun ber...
Lapan Tahun Akhirnya Dapat Anak Kembar Empat Kali Buat Rawatan Iui Tiga Kali Ivf

Lapan Tahun Akhirnya Dapat Anak Kembar Empat Kali Buat Rawatan Iui Tiga Kali Ivf

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 523 hits
Cahaya mata merupakan penyeri hidup setiap yang berkahwin pasti inginkan cahaya mata Penantian selama 8 tahun sepasang suami isteri untuk mendapatkan anak sebagai penyeri rumahtangga akhirnya menjadi reality dengan kelahiran cahaya mata per...
Anak Billionaire Rusia Kahwin Diusia 18 Tahun Perkahwinan Cecah Jutaan Ringgit Wedding Dress Saja Sudah Rm800 Ribu

Anak Billionaire Rusia Kahwin Diusia 18 Tahun Perkahwinan Cecah Jutaan Ringgit Wedding Dress Saja Sudah Rm800 Ribu

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 614 hits
Irina Chigirinskaya gadis muda yang baru saja berusia 18 tahun memilih untuk berumah tangga dengan lelaki pilihannya Moris Mirelli yang baru 23 tahun di sebuah kelab golf Agalarov Golf And Country Club yang dimiliki oleh seorang teman Presi...
Cara Bagus Untuk Iq Dan Fizikal Anak Seawal 3 Tahun Mula Ajar Anak Berdikari

Cara Bagus Untuk Iq Dan Fizikal Anak Seawal 3 Tahun Mula Ajar Anak Berdikari

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 323 hits
Berdikari perlu diajar seawal mungkin pada anak Walaupun ramai ibu bapa lambat mengajar anak untuk berdikari atas beberapa sebab seperti kesibukan bekerja atau anak belum mampu untuk membuat semuanya ia bukanlah penghalang Perlu diketahui a...
Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Jjcm Kuching Day 2 Semenggoh Nature Reserve

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Five Benefits Of Orange Juice

Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Advertise Up To 200 Million Emails