Suatu Khidmat Atau Khianat Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi Negara




Mohd Amin Mohd Taff








Sejak kebelakangan ini, ramai papakar yang memberikan pelbagai idea, kritikan, dan hujah tentang pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara. Ada yang hujahnya relevan, ada juga yang “ke laut Atlantik.” Pening kepala saya melihatnya.
Daripada terus pening dan letih mendengar bebelan tanpa usaha, izinkan saya kongsikan pengalaman peribadi saya tentang pendidikan tinggi negara. Sekali lagi diingatkan, pandangan peribadi ya...... 


Kali ini, kita guna format Soalan Lazim (FAQ) supaya Pak Karim penjual air tebu tepi UMK pun boleh faham.


Jika ada soalan lain yang tiada dalam senarai, sila tinggalkan di ruangan komen. Saya akan cuba dapatkan info.
________________________________________
Soalan-soalan Lazim (FAQ)


1. Kenapa ramai sangat bercakap tentang pelajar antarabangsa di Malaysia?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia semakin menjadi tumpuan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran. Ada rakyat Malaysia yang berbangga dengan inisiatif ini, tetapi ada juga yang bimbang kehadiran mereka akan mengambil tempat dan peluang pekerjaan pelajar tempatan.


2. Betul ke pelajar antarabangsa ambil tempat pelajar tempatan?
Tidak betul sama sekali. Tempat pelajar tempatan tidak pernah diambil oleh pelajar antarabangsa. Malah, kuota kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sentiasa ditingkatkan setiap tahun. Kami di universiti berusaha keras untuk memastikan lebih ramai anak-anak Malaysia tercinta dapat masuk universiti.


3. Berapa ramai pelajar antarabangsa di IPTA Malaysia?
Bilangan pelajar antarabangsa di IPTA sangat rendah. Ia hanya 2.74% berbanding pelajar tempatan (97.26%) untuk program prasiswazah.
Sekali lagi ditegaskan, kehadiran mereka sama sekali tidak mengambil kuota pelajar tempatan. Malah, yuran mereka jauh lebih tinggi daripada yuran pelajar tempatan.


4. Bukankah kehadiran mereka merugikan duit pembayar cukai?
Tidak sama sekali. Kehadiran pelajar antarabangsa tidak pernah menggunakan cukai yang kita bayar. Yuran mereka jauh lebih tinggi (3 hingga 4 kali ganda) daripada yuran pelajar tempatan. Malah, sebahagian dana daripada yuran mereka digunakan untuk memodenkan IPTA di Malaysia.
Sebagai contoh di UPSI, asrama baharu, perpustakaan digital, dan arena boling yang digunakan oleh orang kampung, termasuk Mak Bibah penjual pisang goreng di Pekan Behrang, sebahagian dananya datang daripada yuran pelajar antarabangsa.
Korang tahu tak yang yuran pelajar tempatan di IPTA Malaysia jauh lebih murah daripada yuran tabika.













5. Penting sangat ke kehadiran pelajar antarabangsa?
Kita sanggup bayar puluhan juta ringgit untuk mempromosi dan menjenamakan negara kita di peringkat antarabangsa. Jadi, kenapa kita nak mengeluh jika pelajar antarabangsa ini kelak menjadi ejen promosi Malaysia ke seluruh dunia?
Ramai di antara mereka yang kini menjadi menteri, pengarah, atau memegang pelbagai jawatan penting di negara masing-masing selepas belajar di Malaysia. Hasilnya, Malaysia mendapat pelbagai impak positif dari segi ekonomi, jenama, dan pembangunan. Ekonomi negara maju, kita semua sejahtera, insya-Allah.


6. Kenapa ramai sangat pelajar antarabangsa datang ke Malaysia?
Ini soalan yang bagus. Tahukah anda, pendidikan tinggi di Malaysia berkualiti dan bertaraf antarabangsa? Universiti Malaya (UM) berada di tangga ke-58 universiti terbaik di dunia, manakala 4 lagi universiti awam berada dalam kelompok 200 terbaik dunia. Ini belum lagi termasuk universiti terkemuka dunia yang membuka cawangan di Malaysia seperti Monash University, University of Southampton, dan University of Nottingham.
Sebab itulah pelajar antarabangsa berbondong-bondong datang ke Malaysia. Berbanggalah kita sebagai rakyat Malaysia! Selain itu, kemudahan moden, keselamatan, kos hidup, dan budaya unik rakyat Malaysia yang berbilang kaum juga menjadi daya tarikan utama.


7. Bukankah pelajar antarabangsa ini membawa impak negatif?
Mungkin ya, dan mungkin juga tidak.
Selain impak ekonomi yang bernilai berbilion ringgit, kehadiran mereka juga memberikan:
• Peningkatan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dalam bidang pendidikan tinggi.
• Mobiliti silang budaya, di mana kita dapat mengenal kepelbagaian budaya dunia.
• Peluang kepada rakyat Malaysia untuk meningkatkan kemahiran bahasa antarabangsa.
• Pengurangan kos untuk kempen "Tahun Melawat Malaysia" kerana pelancong sudah berada dalam negara kita.
• Peningkatan permintaan dalam bidang sosioekonomi (pelancongan, pengangkutan, penginapan, dan lain-lain).
Mungkin ada sedikit impak negatif dari segi budaya, tetapi percayalah, kami di universiti sentiasa berada dalam pemantauan Bahagian Inspektorat KPT, Education Malaysia Global Services, dan Jabatan Imigresen Malaysia. Mana-mana universiti yang pelajarnya bermasalah akan dikenakan denda yang besar, ada yang digantung lesen, malah boleh masuk lokap.














8. Tak risau ke pelajar antarabangsa ambil peluang pekerjaan tempatan?
Bro, Malaysia adalah negara yang mempunyai dasar yang sangat ketat terhadap warga asing. Ada yang sudah 50 tahun tinggal di Malaysia pun belum tentu dapat kerakyatan. Berbeza dengan di Amerika Syarikat, sesiapa yang lahir di sana terus dapat kerakyatan. Cubalah tanya Trump kalau tak percaya.
Semua majikan, termasuk universiti, terikat dengan Seksyen 60 (K) Akta Kerja 1955 yang mewajibkan mereka mendapatkan kelulusan awal daripada KESUMA sebelum menggajikan pekerja asing. Salah satu syaratnya ialah pekerjaan profesional asing hanya boleh ditawarkan jika tiada rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran tersebut. Ada calon staf saya, bekas atlet Olimpik dari Maldives, sudah dua tahun menunggu pas kerja di Malaysia, tetapi masih belum dapat. Begitulah ketatnya tapisan KESUMA dan Jabatan Imigresen.
Jadi, insya-Allah, Kerajaan akan sentiasa prihatin terhadap peluang pekerjaan untuk rakyatnya. Percayalah, saya sendiri pun ada anak-anak yang akan mencari kerja tidak lama lagi.


9. Kenapa ramai pelajar dari China datang ke Malaysia? Tak risau ke dengan fahaman komunis?
Kawan-kawan, China hari ini sudah berbeza. Mereka berada di serata ceruk dunia. Bukan sahaja pelajar, malah syarikat, kereta, Shopee, dan Lazada juga bersepah di Malaysia. Sudah bertahun kita membeli dari Shopee dan Lazada, kereta jenama China penuh di jalan raya, syarikat China melabur di seluruh negara, tetapi sampai hari ini kita masih beriman dan menjadi mukmin sejati.
Jati diri orang Malaysia sangat hebat. Bayangkan, lebih 500 tahun kita dijajah dan dijarah oleh Portugis, Belanda, Inggeris, dan Jepun, tetapi iman kita tetap utuh. Tidak ada pun yang beramai-ramai masuk agama atau fahaman lain. Insya-Allah, kita sebagai orang Malaysia kuat dengan pegangan budaya dan agama. Walau datanglah seisi dunia sekalipun, iman dan identiti kita akan tetap kukuh. Betul tak?


10. Pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara, khidmat atau khianat?
Ini soalan yang sukar diterangkan, tetapi saya akan cuba.
Saya masih ingat sekitar tahun 70-an hingga 80-an, untuk melanjutkan pelajaran ke universiti memang sangat susah. Ketika itu, hanya ada 4 universiti tempatan dan tiada universiti swasta. Akibatnya, puluhan ribu anak Malaysia dihantar belajar ke luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, dan Indonesia.


Ketika itu, Malaysia terkenal sebagai pengeksport pelajar. Ratusan juta ringgit (jika tidak berbilion) mengalir keluar ke kantung negara-negara maju ini.


Namun, dek kebijaksanaan pemimpin negara dan universiti, usaha jangka panjang dilaksanakan untuk meningkatkan bilangan dan kualiti IPTA di Malaysia. Rancangan Malaysia, Pelan Pendidikan Tinggi Negara, dan banyak lagi menjadi pemangkin kepada pemodenan dan peningkatan kualiti pendidikan tinggi negara.
Ranking dunia yang meningkat, kemudahan bertaraf antarabangsa, dan budaya ilmu rakyat Malaysia telah berjaya mengubah sebuah negara kecil daripada pengeksport kepada pengimport pelajar antarabangsa.


Ia adalah satu proses yang meletihkan dan memakan masa yang sangat panjang, namun berkat doa segenap rakyat Malaysia, Pendidikan Tinggi Malaysia kini dikenali di seluruh dunia.
Percayalah, kami golongan akademia di Universiti Awam Malaysia sentiasa prihatin terhadap kebajikan anak bangsa kami. Kami akan tunaikan amanah besar ini dengan penuh istiqomah. Berikanlah kepercayaan, sokongan, dan doa kalian agar pendidikan tinggi negara terus memberikan manfaat sejati kepada kita semua, insya-Allah.


Kembara ilmu ini baharu sahaja bermula,
Manakan mungkin tiada cacat celanya,
Namun yang penting semangat berani mengusaha,
Agar Malaysia tercinta terus harum subur namanya.


(ini hanyalah pendapat peribadi saya yang telah lebih 32 tahun bergelumang dalam dunia pendidikan di Malaysia)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/08/suatu-khidmat-atau-khianat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Pendidikan Digesa Penuhi Tuntutan Atau Letak Jawatan

Menteri Pendidikan Digesa Penuhi Tuntutan Atau Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 604 hits
Chia Wan RouPUTRAJAYA Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek digesa memenuhi enam tuntutan berkaitan keselamatan murid dalam tempoh 30 hari atau meletakkan jawatan serta merta jika gagal berbuat demikian Perkara itu dinyatakan hampir 20 peserta ...
Tamatnya Era Duit Kopi Di Pintu Masuk Negara Dengan Penubuhan Akps

Tamatnya Era Duit Kopi Di Pintu Masuk Negara Dengan Penubuhan Akps

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1513 hits
Tamatnya era duit kopi di pintu masuk negara dengan penubuhan AKPSHarapandailyAugust 23 2025OLEH LONG NIZUANBila Sempadan Kita Mula Jaga Kita Dulu jika anda tiba di lapangan terbang Malaysia dan melihat pegawai imigresen memproses pelawat d...
Kota Ini Tak Sama Tanpamu Satukan Tiga Negara

Kota Ini Tak Sama Tanpamu Satukan Tiga Negara

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 285 hits
KUALA LUMPUR 23 Ogos Tiga bintang muda Asia Tenggara Nadhif Basalamah Aisha Retno dan Aziz Harun bergabung tenaga dalam single terbaru berjudul Kota Ini Tak Sama Tanpamu yang kini boleh didengarkan di semua platform digital Dicipta bersama ...
Ketua Hakim Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Melaka

Ketua Hakim Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Melaka

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 589 hits
Ketua Hakim Negara Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Melaka MELAKA 24 Ogos Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendahului senarai penerima darjah bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke...
Dakwaan 10 000 Pelajar Bangladesh Dibenar Bekerja Di Negara Ini Tidak Benar Zambry

Dakwaan 10 000 Pelajar Bangladesh Dibenar Bekerja Di Negara Ini Tidak Benar Zambry

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 528 hits
Dakwaan 10 000 Pelajar Bangladesh Dibenar Bekerja Di Negara Ini Tidak Benar Zambry PUTRAJAYA 23 Ogos Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan dakwaan kononnya 10 000 pelajar Bangladesh di Malaysia akan diberikan Gr...
Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan Polis Temukan Dadah Dalam Kereta

Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan Polis Temukan Dadah Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1424 hits
Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan Polis Temukan Dadah Dalam Kereta KUALA LUMPUR 24 Ogos Seorang anak lelaki bekas pemimpin negara telah ditahan selepas polis menemukan dadah dalam kereta miliknya di Lebuhraya Sprint berhampiran Plaza Tol D...
Falun Gong Exhibits Allegedly Seized By China Police Near Tugu Negara

Falun Gong Exhibits Allegedly Seized By China Police Near Tugu Negara

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 534 hits
Woman lodges police report over incident claims it violates her rights to free speech and expression A Falun Gong practitioner claims several men who claimed they were policemen from China took her Falun Gong exhibits near Tugu Negara last ...
Malaysia Negara Kedua Terbaik Di Asia Bagi Work Life Balance

Malaysia Negara Kedua Terbaik Di Asia Bagi Work Life Balance

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 862 hits
Malaysia Negara Kedua Terbaik Di Asia Bagi Work Life Balance Sejak beberapa tahun kebelakangan ini orang ramai mula mencari pekerjaan yang mementingkan keseimbangan hidup dan kerja Walaupun ia sepatutnya sudah menjadi satu kebiasaan namun t...
Ucapan Hari Lahir Ayah Mertua Yang Ke 66

Sembang Pengalaman Di Jalan Kimanis Menuju Ke Kota Kinabalu Sabah

Wedding Of The Year Kisah Cinta Amira Othman Amp Fattah Amin

Cuti Sekolah Bertukar Tragedi Murid Tahun Enam Maut Dibaham Buaya

Remember When Muhyiddin Gave Umno Rm10m For Sabah Polls

Dasar Kecuali Bayaran Balik Pinjaman Kekal Kuat Kuasa Jelas Ptptn

Ultimate Gravy Recipe No Beef

Foto Sekitar Majlis Perkahwinan Fattah Amin Amp Amira Othman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Ppim Adakan Kunjungan Ke Ibu Pejabat Dermags International 18 09 2025

Rezeki Mak Dah Sampai

Kenapa Rindu Tercipta

Roti Jala Jelita Jadi Kanvas Seni Di Rasa Layan Curry Fiesta 2025

Ai Team Sementara Batch 1 2025

Myniise Panduan Pendaftaran Cara Guna Fungsi