Suasana Di Kota Kinabalu Sekitar Julai 2020


I Love KK - foto:@siringkaki5
Suasana Di Kota Kinabalu Sabah Pada Julai 2020 - Kali ni saya nak bercerita pasal suasana persekitaran tempat-tempat menarik di Sabah di sekitar Kota Kinabalu selama kita berada dalam tempoh PKP hingga membawa ke PKPP. Sepanjang tempoh itu iaitu mulai 18 Mac 2020 kala PKP di perkuatkuasakan saya masih menetap di pusat bandar Kota Kinabalu sahaja. Belum bergerak ke tempat lain di sekitar negeri Sabah ni.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan mulai 18 Mac 2020 tu seluruh pusat bandar Kota Kinabalu jadi 'lumpuh'. Langsung tiada orang berjalan-jalan. Tiada pelancong asing. Tiada pelancong tempatan. Kedai-kedai banyak tutup.

Pusat-pusat pelancongan dan ejen-ejen pelancongan pun banyak yang tutup. Saya sendiri yang bekerja dalam bidang pelancongan turut terasa kesannya. Ada beberapa syarikat pelancongan terpaksa menutup operasi dan terpaksa gulung tikar sebab tiada income langsung untuk membayar kos-kos sedia ada.

Kawan-kawan saya yang bekerja di syarikat pelancongan lain terpaksa jadi driver Grab, buat Food Panda, buat Grab Food delivery, buat online shop dan apply kerja baru sebab sudah dibuang kerja. Hidup perlu diteruskan.

Beberapa hari sebelum PKP di kuatkuasakan majikan di tempat saya bekerja sudah arahkan saya untuk ambil cuti tanpa gaji (CTG) kerana majikan sudah tidak mampu membayar gaji. Ini kerana syarikat tempat saya bekerja langsung tidak mempunyai pelanggan mulai awal Mac 2020. Untung yang ada hanya cukup untuk membayar sewa kedai, bayar Unifi dan bayar segala bil-bil asas seperti bil elektrik.

Kalau dulu sekitar 2017 gaji sebulan tak lari dari RM3,000 hingga RM4,000 ke atas. Setiap hari ada saja pelancong Korea Selatan dan pelancong China yang datang. Kawan-kawan saya yang bekerja sebagai tourist guide juga yang bekerja sebagai scuba diving instructor mendapat gaji yang tinggi dalam angka 4 ribu hingga 6 ribu sebulan kerana menerima jumlah pelancong yang ramai dalam kumpulan yang di bawa oleh mereka.

Kerja pelancongan ni memang besar gaji tapi kena sedia korbankan personal life - ini kerana anda akan turun bekerja setiap hari dan akan bekerja tiap-tiap hari selama 3 hingga 6 bulan tanpa cuti walau sehari.

Buat anda yang baru masuk ke blog ni, saya Shukry Abdullah. Sayalah orang yang menulis artikel-artikel di blog Tempat Menarik Di Sabah ni.

Sekarang saya bekerja sebagai seorang Webmaster di sebuah syarikat pelancongan di Kota Kinabalu. Saya bukan tour guide ya. Tugas hakiki saya adalah untuk memasarkan pakej-pakej pelancongan secara online. Saya tulis blog ni bukan sebab nak promote pakej pelancongan di tempat saya bekerja tapi sebab MINAT dan PASSION menulis mengenai tempat-tempat menarik di Sabah.

Bila tiba hari bekerja saya lebih banyak duduk di dalam office untuk buat kerja. Tugas hakiki saya adalah handle online booking dari website syarikat, maintain kandungan website syarikat dan buat pemasaran media sosial untuk promote pakej-pakej pelancongan di sekitar Kota Kinabalu dan di Semporna.

Blog ni saya dah tak ingat bila saya buka. Yang saya ingat masa tu saya bukak blog ni sebab minat nak menatip artikel blog mengenai tempat-tempat menarik di Sabah khsusnya di sekitar Kota Kinabablu, di sekitar Kundasang, di sekitar Semporna juga di sekitar daerah-daerah lain misalnya Sandakan, Kota Belud, Tenom dan Tambunan.

Kalau tengok di susunan artikel blog ni, artikel pertama saya adalah pada 29 September 2017. Masa tu hati terdetik nak bukak satu blog Tempat Menarik Di Sabah sebab menyedari kurangnya info-info pelancongan terkini mengenai tempat-tempat menarik di Sabah.

Jarang sebuah blog pelancongan di negeri Sabah yang ditulis oleh orang Sabah sendiri. Beberapa artikel lain yang ada di internet sekarang ni kebanyakannya di tulis oleh pelancong yang datang dari Semenanjung Malaysia juga dari negara Brunei Darussalam.

Menyedari hakikat itu saya rasa terpanggil untuk buat satu blog khusus untuk bercerita mengenai tempat-tempat menarik di Sabah.

Kebetulan saya juga bekerja full time di sebuah syarikat pelancongan tempatan di Kota Kinabalu. Saya MINAT bercakap dan bercerita mengenai tempat-tempat menarik di Sabah ni khususnya tempat-tempa yang saya dah pergi secara peribadi.

So tak adalah menulis dari sekadar teori saja, kan?

Saya kurang fasih menaip artikel di dalam Bahasa Inggeris tapi saya amat fasih menulis blog dalam Bahasa Melayu. Sebab itulah saya tulis blog ni dalam Bahasa Melayu sahaja supaya lebih mudah untuk saya sampaikan info.

Suasana Di Sabah Ketika PKPP Julai 2020
Orait jom kita masuk ke topik utama.

Pada saat artikel ni saya taip, beberapa syarikat pelancongan tempatan dah pun memulakan operasi mereka secara berperingkat. Syarikat pelancongan di tempat saya bekerja pun dah mula beroperasi seperti biasa - namun buat masa ini setiap pengunjung perlu patuh SOP (Standard Operation Procedure) dan setiap orang perlu di ambil suhu badan ketika sebelum memulakan aktiviti juga selepas selesai menjalankan aktiviti.

Jarak pun kena di jaga. Syarikat tempat saya bakerja ni adalah sebuah pusat penyelaman skuba (scuba diving center) di bawah lesen PADI. Setakat ni operasi harian lebih banyak di sertai oleh pelancong tempatan. Kalau kat sini lebih dikenali sebagai local tourists.

Kebanyakan pelancong tempatan datang dari Semenanjung Malaysia. Kebanyakannya dari negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Dari perbualan saya bersama mereka, nyatalah mereka datang ke sini selepas ada peluang setelah perancangan asal nak datang sekitar bulan Mac jadi tertangguh gara-gara PKP.

Jesselton Point - foto: @chiri_photos
Beberapa hari lalu saya juga ada ke Jesselton Point. Ni adalah kawasan jeti utama di pusat bandar Kota Kinabalu khusus untuk pelancong. Dari apa yang saya lihat kaunter tiket ke pulau-pulau di sekitar Kota Kinabalu seperti ke pulau Sapi, pulau Manukan, pulau Mamutik dah pun di buka untuk pengunjung.

Jesselton Point. foto: @mrswarqy84

Maknanya sesiapapun dah boleh ke pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu sekarang ni. Tapi ada had. Dalam satu bot cuma boleh muat dalam 10 hingga 12 orang sahaja.

Dari apa yang saya nampak trip ke pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu hanya rancak di awal pagi sahaja. Bot yang parking di kawasan jeti Jesselton Point pun masih amat sedikit lagi buat masa ni. Kedai-kedai cenderamata dan gerai-gerai makanan di Jesselton Point masih belum di buka kesemuanya.

Ketika saya ke jeti Jesselton Point dalam awal bulan Julai 2020, saya dapat lihat beberapa pelancong tempatan membeli tiket masuk untuk ke pulau Sapi. Kebanyakan pengunjung yang datang adalah family.

Ada beberapa anak-anak kecil. Nampaknya mereka mahu bercuti di Kota Kinabalu sebelum persekolahan di buka semula. Kebetulan tambang kapal terbang Air Asia pun murah. Hotel pun banyak murah.

Inilah kali pertama jeti Jesselton Point sunyi dari pelancong. Biasanya tiap pagi apabila saya ke Jesselton Point setiap jam 9 pagi untuk berjumpa dengan rakan-rakan sekerja kawasan jeti Jesselton Point akan sentiasa sesak dengan ramai orang.

Kat situlah boleh nampak awek-awek Korea yang cantik-cantik dan slim-slim, juga nampak oppa Korea yang tinggi dan hensem-hensem belaka. Sekarang dalam bulan Julai 2020 semua tu dah tak ada. Semoga situasi ni kembali seperti dulu. Kota Kinabalu yang dahulunya destinasi popular di kalangan pelancong Korea Selatan kini jadi sunyi sepi.

Tambang bot ke pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu pun dah jadi murah berbanding tambang bot biasa. Sebabnya memang dah tak ramai orang yang nak ke pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu sekarang ni. Kalau ada pun dalam bilangan yang sedikit sahaja.

Masuk ke jam 10 pagi suasana jeti Jesselton Point dah mulai lengang. Dah tak ramai pengunjung. Suasana hanya akan kembali rancak apabila feri dari Labuan mulai sampai. Time tu lah baru nampak ada ramai orang di sekitar jeti Jesselton Point dalam 20-30 orang.

Shopping Mall Sekitar Kota Kinabalu Dah Dibuka Sepenuhnya
Beberapa hari lepas saya sempat berjalan-jalan ke beberapa shopping mall di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Pertama sekali saya ke Imago. Suasana di sekitar bahagian dalam Imago shopping mall pun dah start ramai macam biasa.

Syaratnya apabila nak masuk ke Imago ni kenalah check suhu badan terlebih dahulu. Kalau suhu 37.5 dah ke atas confirm pihak security akan tahan dan tak bagi masuk. Selepas Imago, saya ke Center Point Sabah. Hanya ada 4 pintu di buka untuk masuk ke Center Point Sabah.

suasana di basement floor Imago - lengang! foto: @sfazly

Macam di Imago juga. Apabila nak masuk ke Center Point Sabah ni kenalah check suhu badan terlebih dahulu. Setiap kedai dalam bangunan shopping mall tu kena tulis nama dan check suhu badan.

Selepas Center Point, saya jalan-jalan pula ke KK Plaza, Karamunsing Complex, 1Borneo Hypermall dan Suria Sabah shopping mall. Masa tu pengunjung tak ramai sebab saya masuk pada hari bekerja.

Laluan masuk ke Center Point Sabah. foto:@siringkaki5

Dari pemerhatian umum saya boleh katakan bahawa suasana di shopping mall sekitar Kota Kinabalu dah kembali normal. Setiap pengunjung wajib pakai face mask apabila berada di dalam shopping mall. Ada anggota keselamatan membuat rondaan kerap di setiap tingkat dalam shopping mall bagi memastikan pengunjung patuh pada arahan memakai penutup muka.

Food court di kesemua shopping mall di sekitar Kota Kinabalu pun dah di buka sepenuhnya. Cuma kalau untuk 1 meja tu tak boleh duduk 4 orang. Hanya 2 orang dibenarkan untuk 1 meja. Kalau untuk meja bulat pula, kena duduk berjarak. Tak boleh duduk rapat.

Disebabkan hal tu ada beberapa pengunjung food court terpaksa berdiri menunggu orang lain habis makan baru boleh duduk. Terpaksalah tunggu ada meja kosong baru boleh duduk dan pesan makanan. Itulah yang terjadi sekarang ni.

Saya akan bercakap lagi di artikel lain ya.. Jumpa di sana.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bki12.blogspot.com/2020/07/kota-kinabalu-pkpp.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogTempatMenarikDiSabah+%28Tempat+Menarik+Di+Sabah%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Emas Akan Melakukan Anjakan Semula Sebelum Mereka Meneruskan Pergerakan Menaik Pada 23 Julai 2020

Emas Akan Melakukan Anjakan Semula Sebelum Mereka Meneruskan Pergerakan Menaik Pada 23 Julai 2020

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 257 hits
Sebelum emas meneruskan pergerakan ke arah atas ia akan turun sekitar tahap 1861 01 dan 1854 83 Pasangan tersebut mungkin mencapai tahap 1871 58 sebagai sasaran pertama dan tahap 1919 90 sebagai sasaran kedua Senario ini akan menjadi kenyat...
Analisis Harian Instaforex 9 Julai 2020

Analisis Harian Instaforex 9 Julai 2020

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 234 hits
Hari ini kita memerhatikan pasangan mata wang GBP JPY dan melihat bagaimana kita akan memainkan lantunan Kami menggunakan anjakan semula lanjutan sokongan rintangan momentum dan garis aliran Fibonacci untuk mengenal pasti peluang perdaganga...
12 Julai 2020 Selamat Tinggal Abah Buat Selama Lamanya

12 Julai 2020 Selamat Tinggal Abah Buat Selama Lamanya

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 446 hits
12 JULAI 2020 ABAH MENINGGALKAN KAMI SEKELUARGA SELAMA LAMANYA Assalamualaikum wbt It s hard for me to write this entry Aku kumpul sepenuh kekuatan untuk abadikan kisah pemergian Abah di dalam entri ini Alhamdulillah aku makin kuat dan sema...
Analisis Dan Cadangan Perdagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Gbp Pada 24 Julai 2020

Analisis Dan Cadangan Perdagangan Untuk Pasangan Mata Wang Eur Gbp Pada 24 Julai 2020

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 336 hits
Selamat sejahtera para pedagang yang dikasihi Kami sudah lama tidak mempertimbangkan kadar persilangan pasangan mata wang EUR GBP dan hari ini kami akan memperhatikan alat ini Pada dasarnya analisis pasangan EUR GBP akan bersifat teknikal t...
Tarikh Duit Bsh Fasa 3 Masuk Akaun Bank Umi 23 Julai 2020

Tarikh Duit Bsh Fasa 3 Masuk Akaun Bank Umi 23 Julai 2020

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 883 hits
Tarikh duit BSH FASA 3 masuk akaun bank umi 23 Julai 2020 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Lamo dah tak dengar pasal BSH ni kan Gara gara Bantuan Prihation Nasional 2020 terus tenggelam pasal BSH Sekarang ni bila orang tengah ter...
Eur Gbp Berpotensi Kembali Ke Tahap 0 9010 Analisis Untuk 09 2020 Julai

Eur Gbp Berpotensi Kembali Ke Tahap 0 9010 Analisis Untuk 09 2020 Julai

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 254 hits
Setelah membuat Divergence antara harga dengan Stochastic Oscillator pada Carta 4 Jam pasangan kini mempunyai pergerakan yang berpotensi untuk kembali ke arah atas pada tahap 0 9010 sebagai sasaran utama dan 0 9028 sebagai sasaran kedua sel...
Bayaran Bsh Fasa 3 Mulai 24 Julai 2020

Bayaran Bsh Fasa 3 Mulai 24 Julai 2020

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 531 hits
Bayaran BSH Fasa 3 Mulai 24 Julai 2020 Bayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3 mulai dibayar pada 24 Julai 2020 ini Bayaran tersebut adalah secara berperingkat Maklumlah sorang dah dapat bayaran ingatkan semua dapat sama Bayaran dilakukan secara ...
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1