Bayaran Bsh Fasa 3 Mulai 24 Julai 2020
Bayaran BSH Fasa 3 Mulai 24 Julai 2020 | Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 mulai dibayar pada 24 Julai 2020 ini. Bayaran tersebut adalah secara berperingkat. Maklumlah sorang dah dapat bayaran, ingatkan semua dapat sama. Bayaran dilakukan secara berperingkat.
Bagi pemohon yang layak tapi tidak mempunyai akaun bank, seperti biasa boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh akhir tuntutan adalah pada 31 Disember 2020.
Selepas tarikh tersebut, tuntutan kemungkinan dah ditutup.
Bayaran kali ini dibayar dengan jumlah seperti berikut :
Kategori Isi Rumah Begaji Kurang Dari RM2000
-Isi rumah berpendapatan bawah RM2,000, mereka akan menerima RM600 manakala bujang akan menerima RM400.
- kadar tambahan sebanyak RM120 akan diberikan bagi setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, terhad kepada empat orang dan bayaran akan dibuat secara sekali gus pada pembayaran Fasa 3 ini.
Contoh, Encik Ahmad bergaji kurang daripada RM2000 dan beliau mempunyai 4 orang anak di bawah umur 18 tahun.
Encik Ahmad akan dapat jumlah bayaran seperti berikut :
Dibayar RM600 RM120 X 4 orang anak = RM480Jumlah keseluruhan yang diterima oleh Encik Ahmad adalah RM1080. Jumlah bayaran diterima untuk BSH Fasa 3
Di samping itu, isi rumah berpendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000 pula akan menerima RM350.
Manakala isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 pula menerima RM100.
Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran akan dibuat secara sekali gus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.
Jumlah yang akan diterima adalah seperti berikut:-
Kategori gaji bawah RM2000
Fasa 1 = RM300
Fasa 2 = RM200
Fasa 3 = RM600 + RM480 (4 orang anak 18 tahun ke bawah)
Jumlah semua = RM1580
Untuk semakan kelulusan atau pengkreditan boleh layari https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2020/07/bayaran-bsh-fasa-3-mulai-24-julai-2020.html