12 Julai 2020 Selamat Tinggal Abah Buat Selama Lamanya


12 JULAI 2020 : ABAH MENINGGALKAN KAMI SEKELUARGA SELAMA-LAMANYA - Assalamualaikum wbt. It's hard for me to write this entry. Aku kumpul sepenuh kekuatan untuk abadikan kisah pemergian Abah di dalam entri ini.  Alhamdulillah, aku makin kuat dan semakin immune hidup tanpa Abah disisi


Bila aku post Abah meninggal dunia, ramai kawan-kawan yang Whatsapp. Boleh kata, siapa saja yang kenal Abah, akan tanya macam mana Abah boleh meninggal, sedangkan kami sekeluarga waima Abah pun, tak pernah bagitahu yang Abah sakit

YES, ABAH MEMANG TAK SAKIT
Atau, mungkin Abah sengaja tak mahu kami tahu, dia sakit

Aku selalu perasan, Abah sakit dada. Tapi bila sapu minyak angin, sakit dada Abah hilang. Cuma seminggu sebelum Abah pulang ke rahmatullah, Abah banyak kali mengadu dia penat


11 Julai 2020 (Sabtu) : Abah , Mama dan Aboy balik ke kampung kami di Trong, Perak. Niat asalnya ingin menziarah Maktok dekat sana, sebab Maktok sakit. Maktok merupakan adik kepada arwah Opah aku

Semuanya baik-baik saja. Tiada tanpa apapun. Abah siap buat video Mama petik belimbing buluh yang merimbun dekat kampung sana

Pada hari kejadian juga, aku sempat buat video sedikit motivasi untuk orang-orang yang tengah down. Tiada apa yang aneh pada hari itu


12 Julai 2020 (Ahad) : Aku begitu excited untuk hadir ke seminar Mary Kay. Seminar bermula jam 11:00 pagi. Aku target pukul 10:00 pagi dah keluar rumah

Sementara itu, Aboy sempat send gambar dia, Abah dan Mama dalam whatsapp group.  Namun langsung tiada senyuman dia wajah Abah :(
Entah kenapa,  semasa bersiap ke seminar, tiba-tiba semuanya jadi kelam kabut. Semuanya serba tak kena. Tapi aku langsung tak fikir apa-apa yang buruk. Jam tunjuk pukul 10:25 pagi ketika itu. Masa tu aku dah mula bersiap nak keluar rumah

Telefon aku berbunyi, aku tak sempat nak jawab. Tiba-tiba telefon Is pula berdering dan aku perasan, Aboy yang call. Suara Aboy agak kuat, dia cakap Abah dah nazak sebab kena heart-attacked

Guess what? Aku ingat Aboy drama lebih. Aku sound Aboy, siap cakap, Abah just kena heart-attack, insyaAllah Abah akan okay

Hati aku berbelah bahagi sama-ada nak teruskan pergi ke seminar ataupun balik ke Taiping ada disisi Abah. Tiba-tiba Adib call, cakap dia nak balik Taiping juga. Aku terus decide nak follow. Dengan hanya bawa diri sendiri tanpa kain baju, aku dengan Is terus bergerak menghala ke Taiping


Dalam perjalanan, tiba-tiba aku dapat Whatsapp. Kakngah Farah bagitahu yang Abah sudah tiada T_T ! Aku umpama fantasi dan realiti masa tu. Antara nak percaya dengan tidak. Tak... tak mungkin Abah dah tak ada. Abah masih ada

Beberapa minit kemudian, baru aku sedar akan ketiadaan Abah di dunia ini lagi. Aku meraung sekuat hati. Aku peluk Is sekuat hati. Badan aku menggigil. Aku rasa lemah sangat-sangat

Aku cuba call Mama. Suara Mama tenang sangat masa tu. Mama cakap pada aku, jangan menangis, jangan meraung. Kesian pada Abah

Tapi aku tak mampu
SUMPAH BERAT SANGAT KEHILANGAN YANG ALLAH BAGI KALI INI

1 jam sebelum Abah pergi, Abah sempat mencipta secebis memori. Seperti tahu dia akan pergi :( Allahuakbar !!!
Mama suruh aku berpatah balik rumah. Mama cakap, dia akan bawa Abah ke Rawang sebab itulah yang keluar dari mulut Abah --- "Nak balik Rawang"...

Adib call aku. Kami berdua tak mampu menahan sebak dan sedih. Berita pemergian Abah betul-betul menghiris jiwa kami adik-beradik. Kosong

Aliah dari Rembau, bergegas balik ke rumah. Aliah call aku, suara tenang. Namun dia juga menyimpan pelbagai rasa. Baru saja Abah hantar balik Rembau tempoh hari


Jenazah Abah dimandikan dan dikafankan di Hospital Taiping dan disembahyangkan di Surau Ar-Radhiyah, Rawang. Semasa jenazah Abah sampai depan mata aku, kaki aku rasa tak mampu jejak bumi. Aku rasa terlalu lemah. Aku menangis beria-ria. Beratnya Ya Allah...............

Selepas disembahyangkan, kami diberi peluang untuk menatap wajah Abah untuk kali terakhir. Aku peluk cium jasad Abah, Aku bisik pada Abah.... "Abah... Abah rehatlah. I will always miss you Abah..."
Terus aku teringat moment-moment indah dengan Abah, yang ketika itu meriba aku di hospital, yang bergurau berpelukan dengan aku 100 hari sebelum dia pergi. Sungguh. kehilangan Abah sangat berat untuk aku terima

Tapi aku bersyukur, urusan Abah dari awal hingga akhir, semuanya dipermudahkan. Paling aku tak sangka, Abah yang nampak low profile, selepas pemergiannya, ramai bercerita kebaikan Abah. Allahuakbar... Ya Allah... moga ALLAH TAALA tenangkan Abah di alam kubur sana


Abah... Rehatlah.
Abah sudah berpenat-penat di dunia ini,sudah menahan sekelompok rasa yang tidak melepas pergi

Abah.. Tenanglah.
Kami disini tetap merindui,Abah sentiasa di hati kami,TAK MUNGKIN AKAN ADA PENGGANTI

Perginya Abah, umpama perginya separuh jiwa kami

Kami sayang Abah
Kami rindu Abah

Tenanglah Abah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,Ampunilah dosa-dosa Abah kami
Terimalah segala amal ibadah Abah kami,Sayangilah Abah kami sepertimana Abah menyayangi kami,Tempatkanlah Abah kami bersama orang-orang beriman dan beramal soleh

****************Sekelip mata, kami empat beradik bergelar anak yatim :)

Sebulan sebelum Abah pergi, kami sempat menyambut harijadi Abah yang ke-57 tahun. Abah nampak happy bila kami hadiahkan Smartphone padanya. Walaupun awalnya kami risau Abah marah, sebab Abah selalu tak bagi kami membazir

SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH ITU MAHA HEBAT.INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN.

Selamat tinggal, Abah :')~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- Auni Muthal'lib -....


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aunitalib.com/2020/07/12-julai-2020-selamat-tinggal-abah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan Bulan Julai 2020 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Dan Rujukan Mudah Lulus

Jadual Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan Bulan Julai 2020 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Dan Rujukan Mudah Lulus

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 454 hits
Ujian Psikometrik untuk beberapa jawatan dalam kerajaan akan diadakan untuk bulan Julai 2020 oleh Suruhanaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA
Intipati Perutusan Khas Yab Perdana Menteri 20 Julai 2020

Intipati Perutusan Khas Yab Perdana Menteri 20 Julai 2020

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 447 hits
Intipati Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 20 Julai 2020 Berikut dikongsikan Teks Ucapan YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Perdana Malaysia
Pelan Perdagangan Gbpusd Untuk 17 Julai 2020

Pelan Perdagangan Gbpusd Untuk 17 Julai 2020

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 219 hits
Tinjauan teknikal GBPUSD telah bergerak secara mendatar untuk 2 sesi perdagangan terakhir antara tahap 1 2500 dan 1 2650 masing masing Mata wang tunggal dilihat akan diperdagangkan sekitar tahap 1 2560 pada tahap ini secara bertulis dan dij...
Pelan Perdagangan Eur Usd Untuk 16 Julai 2020

Pelan Perdagangan Eur Usd Untuk 16 Julai 2020

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 269 hits
Tinjauan teknikal Pasangan EUR USD berjaya keluar dari tahap rintangan yang ditentukan sekitar tahap 1 1420 Pasangan mata wang tunggal dilihat diperdagangkan sekitar tahap 1 1403 pada tahap ini secara bertulis dan boleh bersedia untuk penur...
Catatan Harian 16 Julai 2020

Catatan Harian 16 Julai 2020

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 286 hits
Perkara yang dididik oleh guru Akademi Bekerja dari Rumah ialah buat catatan harian anda dan postkan di entri blog setiap hari Sudah 5 tahun berlalu sejak saya sertai ABDR rindu pada guru dan rakan Rindu aktif berblogging dan berceloteh seo...
Analisis Dan Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 20 Julai 2020

Analisis Dan Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 20 Julai 2020

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 292 hits
Salam sejahtera pedagang yang dikasihi Pada perdagangan minggu lalu pound Britain diniagakan rendah berbanding Dolar AS sebanyak 0 35 Kesan negatif utama terhadap dinamika penurunan mata wang Britain disebabkan oleh ketakutan peserta pasara...
Pelan Perdagangan Eur Usd Untuk 21 Julai 2020

Pelan Perdagangan Eur Usd Untuk 21 Julai 2020

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 221 hits
Tinjauan teknikal EUR USD diperdagangkan berhampiran tahap rintangan utama pada tahap 1 1500 dan pergerakan kenaikan harga mungkin cenderung untuk menembusi tahap yang lebih tinggi Setelah rintangan dikeluarkan pada 1 1500 kita boleh menjan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof