Suara Teresa Dan Najib Bagaikan Suara Gagak


SESUDAH SUBUH
PENGUNGKITAN oleh Teresa Kok berhubung pengumuman Pengerusi Lembaga Getah (LGM) yang baru Ahmad Nazlan Idris yang juga ahli Parlimen Jerantut mengenai projek pusat teknologi getah (RTC) bernilai RM100 juta di Jerantut hanya sia-sia sahaja tidak lebih daripada suara gagak yang sering kita kedengaran. Arkkk....arkkkk... 
Teresa persoal pengumuman projek itu sebagai membawa balik projek ke kawasan sendiri setelah ahli Parlimen itu dilantik menjadi pengerusi LGM. Ahmad Idris baru sahaja dilantik ke jawatan itu yang dikira sebagai ghanimah oleh Muhyiddin Yassin atas keberhasilan menumbangkan kerajaan PN

Kita tahu tujuan Terasa membangkitkan hal itu untuk menimbulkan kemarahan rakyat atas perbuatan itu sebagai menjelekkan. Alasan yang beliau gunakan untuk mempertikaikan projek itu, seolah-olah pengumuman projek itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian mendalam dan ia juga dianggap tidak perlu kerana duit itu lebih baik digunakan untuk tujuan lain yang lebih diperlukan

Persoalan dibangkit ahli parlimen Seputih itu ditempelak oleh bekas perdana menteri yang dalam perbicaraan, Najib Razak yang mempersolkan rancangan untuk membina pusat rehabilitasi bernilai RM500 juta yang bakal menjadi paling terbesar di Asia Tenggara seperti mana diumumkan oleh Menteri Kewangan ketika itu Lim Guan Eng. 
Najib telah memulangkan paku buah keras kepada Teresa Kok, kerana kerajaan PH sebelum ini juga berbuat hal yang sama, apa lagi ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran yang juga menteri dan adalah daripada DAP

Apa yang Najib hendak tonjolkan kalau di zaman kerajaan PH ahli parlimen yang memegang sesuatu jawatan yang boleh membawa apa-apa projek untuk kawasannya, kenapa tidak dengan kerajaan PN. 
Dari sisi lain pertikaian oleh Teresa Kok kemudian dibalas oleh Najib itu semacam berbau perkauman sedikit yang sebenarnya kalau keduanya mengamalkan politik profesional boleh dielakkan

Teguran Tersa Kok itu ada kebenaran jika dilihat daripada semangat pengurusan pentadbiran yang mahukan ketelusan. Manakala begitu juga dengan balasan oleh Najib itu juga tepat, kerana Teresa lupa dan bersikap nampak kuman di seberang laut tetapi tidak nampak gajah di birai mata. Sifat dan perangai begitu adalah budaya orang politik. 
Budaya lama.Sebenarnya perkara itu, membawa projek termasuk projek raksasa ke kawasan diwakili tidak perlu dipersoalkan. Amalan menteri atau mereka berjawatan dalam politik membawa pulang projek ke kawasan masing-masing berlaku sejak lama dahulu lagi dan ia sudah mentradisi. Ia sudah jadi semacam satu kemestian. Mungkin kerana terlalu ingin dilihat sebagai sebuah kerajaan bersih dan telus, ia tidak sempat membudaya dalam kerajaan PH. Mungkin sebab itu jugalah kerajaan PH pendk umur? 
Semua ahli parlimen yang mahu dilihat rakyat sebagai berjasa dan berkhidmat kepada mereka, akan berusaha untuk membawa sebarang projek ke kawasan mereka. Itulah dinamakan ahli parlimen yang aktif dan kreatif serta pandai mengambil kesempatan. Apa lagi kalau mereka kebetulan mempunyai kedudukan dan ada kuasa dalam kerajaan, maka usaha mereka menjadi-jadi

Ahli parlimen yang menjadi menteri kabinet adalah antara wakil rakyat yang banyak menggunakan peluang kedudukan itu untuk membawa projek ke kawasan masing-masing. Di Kelantan cukup kalau saya sebut dua orang menteri yang berbuat demikian. Ahli parlimen Ketereh Annuar Musa dan ahli Parlimen Jeli Mustapa Mohamed. 
Dua kawasan parlimen ini dimegahi di Kelantan sebagai kawasan yang kaya dan melimpah dengan pembangunan bernilaian berbillion. Sebab apa, kerana kedua ahli parlimennya menjadi menteri. Apa yang tidak ada di Ketereh dan di Jeli, semua ada, daripada sekecil-kecil projek hingga ke projek menelan ratusan juta ringgit. Semua diangkut dan dipunggah ke kawasan itu. 
Sehinggakan Kelantan dilihat semaca ada dua buah kawasan parlimen sahaja, sementara kawasan lain terbiar, kering dan kematut setengah ada yang menjadi macam kawasan cawboy

Mengenai ahli parlimen yang jadi menteri ini, ia berlaku di zaman kerajaan UBN lagi. Semua menteri ada projek masing-masing sebagai legasi. Projek juga dijadikan sebagai sumber atau daya tarikan bagi mengekalkan mereka di kawasan berkenaan. Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussein ketika menjadi menteri pertahanan telah membina kem tentera di kawasan masing-masing. Pembinaan kem ini bagi menambahkan undi kepada mereka.  
Hanya Mohamad Sabu sahaja, barang kali terlupa atau tidak terfikir kerana terlalu syok jadi menteri dapat tabik hormat sepanjang masa, untuk membina kem atau apa-apa institusi ketenteraan di kawasannya? Atau mungkin bagi beliau tidak perlu kerana, beliau tidak ada kawasan yang tetap, sering berpindah ke kawasan hampir setiap kali Piraum. 
Bawa projek ke kawasan masing-masing tidak menjadi masalah asalkan ia dapat dimanfaatkan oleh rakyat. Apa yang kita tidak mahu ialah projek yang menggunakan peruntukan ratusan jutaan ringgit itu hanya dijadikan saluran untuk mendapat komisyen, yang kemudian projek itu menjadi projek gajah putih. Barang kali inilah yang dipertikaikan oleh Teresa Kok itu sebab banyak projek raksa yang menjadi gajah putih di zaman kerajaan UBN. 
Sayangnya semasa memerintah dahulu kerajaan PH tidak sempat menyenarai dan mengira berapa banyak peruntukan hangus begitu sahaja lantaran projek-projek gajah putih tersebut. 
Mengenai pertikai Teresa Kok itu kononnya untuk jadi integriti atau mengharap wakil rakyat tidak bermain "ilat" dalam politik menggunakan kedudukan untuk memperluaskan pengaruh dan seterusnya mengukuhkan kedudukan, hanya sia-sia sahaja. 
Ia seperti mahu mengajar ketam agar berjalan lurus, sedang berjalan mengiring itu adalah perjalanan yang benar dan semulajadi bagi sang ketam. [wm.kl.7:35 am 26/05/2020]
Glossori:Ilat = salah, jahat, atau tipu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/05/suara-teresa-dan-najib-bagaikan-suara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
What About Ipoh Barat Najib Asks Teresa On Constituency Favouritism

What About Ipoh Barat Najib Asks Teresa On Constituency Favouritism

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 251 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak has questioned several initiatives under Social Security Organisation in Ipoh that were announced when Ipoh Barat MP M Kulasegaran held the post of human resources minister This came after former prim...
Najib Soal Teresa Projek Jerantut Tak Boleh Tapi Ipoh Barat Boleh

Najib Soal Teresa Projek Jerantut Tak Boleh Tapi Ipoh Barat Boleh

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 363 hits
MALAYSIAKINIBekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan beberapa inisiatif di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial di Ipoh yang diumumkan ketika MP Ipoh Barat M Kulasegaran memegang jawatan menteri sumber manusia Ini selepas bekas menter...
Tidak Amal Penjarakan Sosial Najib Sindir Teresa Kok

Tidak Amal Penjarakan Sosial Najib Sindir Teresa Kok

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 270 hits
Tindakan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim mengambil foto bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa wakil rakyat lain ditegur Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak Najib mengkritik tindakan Teresa yang d...
Dulu Suara Muhyiddin Tular Khianat Najib Atok Tersengih Nampak Gigi Kini Suara Muhyiidin Dikatakan Khianat Atok

Dulu Suara Muhyiddin Tular Khianat Najib Atok Tersengih Nampak Gigi Kini Suara Muhyiidin Dikatakan Khianat Atok

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 325 hits
Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia beberapa jam sebelum berlangsung Langkah Sheraton pada 23 Februari lalu tular lewat malam tadi Menerusi rakaman...
Salahlaku Najib Dan Kepincangan Percaturan Ph

Salahlaku Najib Dan Kepincangan Percaturan Ph

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 163 hits
Hari ini saya mahu mengulas beberapa isu penting politik negara khususnya yang melibatkan mantan Perdana Menteri Najib Razak Anggaplah pandangan saya ini sebagai sambungan kepada pandangan pandangan saya di Malaysiakini sebelum ini Saya ber...
Khidmat Najib Diperlukan Bantu Pulih Ekonomi

Khidmat Najib Diperlukan Bantu Pulih Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 268 hits
SHAH ALAM Khidmat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai pengalaman luas dalam mentadbir negara diperlukan dalam pelan pemulihan ekonomi pasca koronavirus Pengerusi Aktivis Gerakan Tuntut Malaysia A zlan Abu Bakar b...
Tun M Jelaskan Usul Undi Tak Percaya Kerana Muhyiddin Kerjasama Dengan Najib

Tun M Jelaskan Usul Undi Tak Percaya Kerana Muhyiddin Kerjasama Dengan Najib

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 290 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya foto HAZROL ZAINAL PUTRAJAYA Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri adalah kerana Tan Sri Muhyiddin Y...
Pm Muhyiddin Yassin Tidak Terlibat Urusan Pembebasan Anak Tiri Najib

Pm Muhyiddin Yassin Tidak Terlibat Urusan Pembebasan Anak Tiri Najib

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 291 hits
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak terlibat dalam persetujuan melepas dan membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz daripada tuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1MDB Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenya...
Tak Amalkan Penjarakan Sosial Dengan Warga Emas Di Dewan Rakyat Komen Najib

Tak Amalkan Penjarakan Sosial Dengan Warga Emas Di Dewan Rakyat Komen Najib

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 345 hits
Pada zaman Covid ini kita sering disuruh patuh SOP pakai mask dan amalkan penjarakan sosial terutamanya dengan kumpulan warga emas yang paling berisiko tinggi Lalu Teresa Kok pun buat posting kata mereka patuh SOP pakai mask dan amalkan pen...
Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge

Perunding Berdaftar Harta Pusaka Islam Hans Legacy Sdn Bhd

A Triple Somersault Wearing A Sarong In C Wealth Games 2026

Ains Nilam Kpm Advance Integrated Nilam System

Indonesia Perkenal Insentif Tingkat Jualan Kereta Elektrik

Penurunan Wall Street Didorong Oleh Sektor Teknologi Dan Kadar Fed

Rawatan Urutan Badan Chiropractic Dan Acupressure Dari Tukang Urut Skudai

Naik Lrt Mrt Kl Central Ke Star Hill Pavilion 2024



Beli Dulu Fikir Kemudian Shopee Perkenal Ciri Baru Sempena Raya 15 Hari Pemulangan Percuma Tanpa Soal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2 Astro Ria

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 Mesti Tonton

5 Budaya Barat Yang Dah Jadi Ikutan Pasangan Melayu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Syurga Slot Akasia TV3


Kuih Sagu Merah Tanpa Kukus Yang Terpaling Sedap

Egoisme Dalam Beribadah Sekelumit Kisah Dari Tanah Suci

Pakej Berpantang Suraya Mothercare Di Oversea Rasai Pengalaman Terbaik Berpantang Tradisional Meskipun Di Luar Negara

Pertubuhan Generasi Digital Malaysia Menandatangani Mou Bersama Empat Rakan Sekutu Bangunkan Industri Digital

Siapkan Anak Ke Sekolah Okey Ke

Smiles Reimagined A Day In The Life Of Calgary S Premier Denture Centre