Najib Soal Teresa Projek Jerantut Tak Boleh Tapi Ipoh Barat Boleh


MALAYSIAKINI
Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan beberapa inisiatif di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Ipoh yang diumumkan ketika MP Ipoh Barat, M Kulasegaran memegang jawatan menteri sumber manusia.
Ini selepas bekas menteri industri utama Teresa Kok mempersoalkan projek Pusat Teknologi Getah bernilai RM100 juta di Jerantut, yang diumumkan hanya sebulan setelah MP Jerantut Ahmad Nazlan Idris dilantik sebagai pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Pada hantaran di Facebook hari ini, Najib menunjukkan rancangan untuk membina pusat rehabilitasi bernilai RM500 juta yang bakal menjadi paling besar di Asia Tenggara, serta Kaunter Perkhidmatan Rakyat yang dilancarkan sebagai projek perintis di sebuah pasar di kawasan Ipoh Barat .
"Memandangkan menteri sumber manusia DAP kerajaan PH dahulu juga ahli parlimen Ipoh Barat, adakah ini juga contoh lantikan politik yang umumkan projek-projek membazir berunsur politik untuk kawasan parlimen sendiri seperti diselar Teresa Kok hari ini?
"Adakah projek-projek di Ipoh Barat oleh ahli parlimen Ipoh Barat dibenarkan tapi projek di Jerantut oleh Ahli Parlimen Jerantut tidak dibenarkan? Apa pandangan Teresa," katanya
Kaunter Khidmat Rakyat membantu golongan berpendapatan rendah B40 dengan menyediakan perkhidmatan kaunter sementara Perkeso, Jabatan Tenaga Kerja, serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di pasar awam.
Ia dilancarkan sebagai projek perintis di Pasar Kampung Tawas di Ipoh pada 7 Julai 2018 dan akan diperluas ke seluruh negara.
Sementara itu, pusat rehabilitasi itu pula diumumkan oleh menteri kewangan ketika itu, Lim Guan Eng sebagai sebahagian belanjawan 2020 dan akan melengkapkan pusat sedia ada di Melaka dalam membantu pekerja kembali bekerja selepas terlibat kemalangan.
Pusat itu dicadangkan untuk dibina di Ipoh, tetapi tidak jelas sama ada ia akan berada di Ipoh Barat yang kawasan parlimennya diwakili Kulasegaran atau di kawasan lain.
Artikel berita yang dikongsi oleh Najib memetik Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mempersoalkan lokasi pusat itu tetapi tidak menyebut secara khusus sama ada ia akan berada di Ipoh Barat.
Kenyataan MTUC pada laporan FMT bertarikh 21 Oktober tahun lalu berbunyi: “Justeru, MTUC menggesa kerajaan untuk menimbang semula penggunaan dana Perkeso bagi membiayai projek Pusat Rehabilitasi di Ipoh kerana ia berisiko menjejaskan kewangan Perkeso.”
MTUC pada laporan itu dipetik "mempersoalkan sama ada projek itu ada kaitan dengan Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran selaku ahli Parlimen Ipoh Barat."
Dua hari sebelum kenyataan MTUC, exco sumber manusia Perak ketika itu, A Sivanesan berkata pusat itu dijangka dibina di kawasan seluas 40.4 hektar di Lembah Kinta serta berhampiran susur keluar Lebuhraya Utara Selatan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan.
“Beberapa lokasi sudah dikenal pasti dan ia berada dalam peringkat akhir, cuma tinggal kerja tender sahaja,” katanya kepada Bernama.
Awal hari ini, Kok menyoal Nazlan yang dikatakan 'terburu-buru' mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk projek RTC di Jerantut.
MP Seputeh itu juga menyoal keperluan projek itu dibina pada masa sekarang, memandangkan terdapat beberapa pusat teknologi dan penyelidikan getah yang beroperasi sepenuhnya dan masih memiliki kelebihan kapasiti.
Mengenai perkara itu, Najib berkata projek itu bukan sahaja merangkumi pusat teknologi, tetapi juga pusat pelancongan yang dikenali sebagai Bandar Taman Negara dan ladang getah seluas 2,000 ekar (809 hektar).
"Saya tak mahu bincang jika projek pembangunan itu baik atau tak baik walaupun Jerantut itu memang tempat perladangan getah.
"Kita tunggu Lembaga Getah dan pengerusinya jelaskan lebih lanjut tentang projek tersebut dan bagaimana ianya akan menjana peluang pekerjaan baru dan merancakkan ekonomi tempatan pada masa krisis Covid ini," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/najib-soal-teresa-projek-jerantut-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
What About Ipoh Barat Najib Asks Teresa On Constituency Favouritism

What About Ipoh Barat Najib Asks Teresa On Constituency Favouritism

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 279 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak has questioned several initiatives under Social Security Organisation in Ipoh that were announced when Ipoh Barat MP M Kulasegaran held the post of human resources minister This came after former prim...
Rehab Centre Not In Ipoh Barat Kula Tells Najib

Rehab Centre Not In Ipoh Barat Kula Tells Najib

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 304 hits
Following insinuations of constituency favouritism Ipoh Barat MP M Kulasegaran has highlighted a geographical error in former prime minister Najib Razak s criticism Yesterday Najib why an RM500 million rehabilitation centre project had been...
Mahthir Suap Projek Kepada Anak Beranak Ini Semua Kebetulan Sahaja Kata Najib

Mahthir Suap Projek Kepada Anak Beranak Ini Semua Kebetulan Sahaja Kata Najib

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 406 hits
Ini semua kebetulan sahaja ZAMAN PM 4 Awal tahun 2001 Anak tertentu umum bersara dari dunia korporat kerana tak mahu ada tuduhan nepostime terhadap ayahnya Akhir tahun 2001 Tubuhkan syarikat Kencana secara senyap dengan modal RM30 juta wala...
Kalau Anak Tiri Najib Boleh Dibebaskan Kenapa Tidak Shahril Samad

Kalau Anak Tiri Najib Boleh Dibebaskan Kenapa Tidak Shahril Samad

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 328 hits
Melakukan representasi kepada Peguam Negara terhadap sesuatu tuduhan merupakan sebahagian proses biasa setelah segala dokumen kes diserahkan olih pihak pendakwaraya kepada peguambela tertuduh Peguambela saya akan meniliti semua bahan bukti ...
Suara Teresa Dan Najib Bagaikan Suara Gagak

Suara Teresa Dan Najib Bagaikan Suara Gagak

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 408 hits
SESUDAH SUBUHPENGUNGKITAN oleh Teresa Kok berhubung pengumuman Pengerusi Lembaga Getah yang baru Ahmad Nazlan Idris yang juga ahli Parlimen Jerantut mengenai projek pusat teknologi getah bernilai RM100 juta di Jerantut hanya sia sia sahaja ...
Tidak Amal Penjarakan Sosial Najib Sindir Teresa Kok

Tidak Amal Penjarakan Sosial Najib Sindir Teresa Kok

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 310 hits
Tindakan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim mengambil foto bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa wakil rakyat lain ditegur Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak Najib mengkritik tindakan Teresa yang d...
Dukacita Tak Dapat Adakan Rumah Terbuka Tapi Kesihatan Perlu Diutamakan Najib

Dukacita Tak Dapat Adakan Rumah Terbuka Tapi Kesihatan Perlu Diutamakan Najib

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 396 hits
Dari Laman Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak Tahun ini saya berasa amat dukacita kerana kita tidak dapat mengadakan rumah terbuka dan menyambut hari raya bersama Terutamanya dengan penduduk di kawasan Parlimen saya di Pekan dan rakyat Mal...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator