Salahlaku Najib Dan Kepincangan Percaturan Ph



Hari ini saya mahu mengulas beberapa isu penting politik negara khususnya yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Najib Razak. Anggaplah pandangan saya ini sebagai sambungan kepada pandangan-pandangan saya di Malaysiakini sebelum ini.

Saya bersetuju dengan kenyataan Najib bahawa jika Pakatan Harapan (PH) meneruskan pelbagai projek mega seperti Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Massa (MRT) dan RTS iaitu keretapi berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura, Lebuhraya Pan Borneo dan sebagainya mungkin PH akan terus memerintah kerana ia memberi peluang pekerajaan kepada rakyat melalui projek-projek mega itu.

Malangnya, PH telah tergesa-gesa menghentikannya, menyambung semula selepas mengubahsuai pelan asal dan mengecilkan projek-projek tersebut yang akhirnya ia terganggu dan tidak lagi berjalan dengan sempurna. Di situlah silapnya kerajaan PH.



Oleh kerana PH baru dan 'kebaruan' dalam kerajaan persekutuan, sesetengah mereka menggambarkan negara ini umpama baru terlepas daripada penjajahan "kolonialis".

PH umpama hendak membina negara ini semula seolah-olah segalanya kosong seperti tahun 1957 dahulu. Meminjam sana-sini, menjual sana-sini dengan alasan negara kekurangan wang, walhal fundemental ekonomi negara sangat kukuh.

Mana datang RM250 bilion

Apabila PH ditebuk oleh ahli-ahli mereka sendiri, kerajaan persekutuan akhirnya bertukar kepada Pakatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mewarisi pandemik Covid-19 dengan tenang.

Muhyiddin mengumumkan pakej ransangan bernilai RM250 bilion, suatu angka yang mengejutkan kerana sebelumnya rakyat dimomokkan oleh PH kononnya negara tiada wang.

Rakyat tertanya-tanya dari mana RM250 billion itu datang sedangkan kerajaan PN tidak pergi ke Jepun, China, Singapura dan Brunei untuk meminjam wang? Rakyat mulai curiga.



Apabila Riza Aziz dibebaskan tanpa dilepaskan (Discharge Not Amounting to Acquittal) beberapa hari lepas, ia menjadi penanda bahawa ada sesuatu yang tidak beres dengan tuduhan-tuduhan berkaitan syarikat pelaburan 1MDB.

Najib menjawab dengan sangat berhati-hati kepada Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Parlimen) Takiyuddin Hassan pula menuntut Mahathir supaya tidak hikpokrit.

Ketua Pendakwa Raya, Gopal Sri Rampal yang masih lagi lantikan mantan Peguam Negara, Tommy Thomas. Keputusan membebaskan ini menunjukkan ada sesuatu yang perlu dijelaskan mantan Tommy Thomas.

Fitnah ke atas Najib

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula mengeluarkan kenyataan yang membuatkan Tommy Thomas semakin marah. Kenapa marah SPRM? SPRM hari ini bukan orang politik untuk menyebelahi sesiapa.

Ini menggambarkan ada sesuatu yang tidak jelas telah berlaku dan ia menjurus kepada fitnah ke atas Najib sekeluarga. Pendedahan perbualan telefon oleh mantan ketua pesuruhjaya SPRM Lathefa Koya tempohari bukan saja gagal memalukan Najib, sebaliknya ianya menjadi bahan bukti untuk membersihkan nama Najib sekeluarga.



Apabila Riza dibebaskan, ia bukti jelas bahawa perniagaan syarikat 1MDB wujud, keuntungan dan kerugian wujud, pembayaran dan perjanjian penyelesiaan hutang wujud, dan penglibatan pelabur-pelabur Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga wujud.

Semasa saya di Dubai, saya juga mendengar tentang pelaburan IPIC dalam syarikat 1MDB walaupun saya tidak memahaminya.

Akhirnya, kerajaan PH gagal memenjarakan Najib. Ada pihak begitu yakin Najib akan menghuni penjara Sungai Buloh, saya fikir itu sangat keterlaluan.

Melihat situasai hari ini, saya tidak hairan jika kerajaan Sabah turut bertukar, kerana di Sabah aktiviti wakil rakyat melompat ke sana ke sini sudah menjadi perkara biasa sejak sekian lama.



Semasa di Amerika Syarikat, dalam majlis meraikan duta-duta luar negara, Presiden Trump telah menelefon Najib untuk menjemput Najib melawat Amerika Syarikat.

Hubungan baik Amerika Syarikat-Malaysia memberi kesan besar dalam banyak isu-isu diplomatik seperti isu di Laut China Selatan.

Apabila Trump-Muhyiddin bercakap

Hari ini, hubungan baik itu berterusan apabila Presiden Trump bercakap dengan Muhyiddin. Cara ini baru betul, berurusan dengan negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China perlu dimanafaatkan, bukan menimbulkan masalah.

Jepun hari ini bukan Jepun tahun 1990an. Benar dulu Jepun datang ke Malaysia melabur secara besar-besaran, membawa banyak masuk syarikat-syarikat besar termasuk anak-anak syarikat mereka yang akhirnya menghasilkan peluang pekerjaan di kilang-kilang Jepun di Lembah Klang.



Tidak cukup pekerja tempatan, kilang-kilang terpaksa berkempen mempelawa orang-orang Sabah bekerja di kilang-kilang mereka. Tidak cukup juga, akhirnya kerajaan terpaksa mengambil pekerja-pekerja dari Bangladesh dan Vietnam.

Namun, Jepun hari ini tidak lagi dengan cara itu. Mereka lebih kepada penggunaan teknologi tinggi, tidak menggunakan banyak pekerja kerana semuanya dijalankan oleh robot, sistem komputer dan teknologi canggih. Apabila perdana menteri ketujuh berulang-alik ke Tokyo untuk meminjam bon samurai, saya rasa Jepun tidak lagi hormat kepada negara kita.

Antara budaya orang Jepun ialah apabila kita bertemu mereka pada tahun 1990, mereka akan bantu apabila kita meminta bantuan. Apabila kita bertemu sekali lagi 30 tahun kemudian, mereka akan bertanya apa hasil kamu sekarang.

Jika mahu meminjam semula, maka mereka tidak lagi menghormati kita. Sebab itu, di Jepun amat kurang orang meminjam dengan bank.

Jika Najib dilepaskan...

Masalah yang dihadapi 1MDB serupa sahaja apa yang dialami Perwaja, Bakun, Bank Bumiputera, Proton yang setiap tahun memerlukan bantuan Kerajaan, dan lain-lain projek mega. Kita hanya perlu pengurus syarikat yang patriotik, bukan pengurus syarikat yang berpengalaman sahaja.



Jika Najib dilepaskan seperti Riza ia kerana pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan sepenuhnya penglibatan Najib dalam permasalahan pengurusan 1MDB.

Sebenarnya, mana-mana perdana menteri biasanya akan menjalankan tanggungjawab memantau dan menasihati syarikat-syarikat strategik kerajaan supaya ia berada di landasan yang tepat untuk membawa Malaysia ke mercu kejayaan. Kerajaan terpaksa menubuhkan syarikat untuk berniaga kerana kerajaan tidak boleh berniaga.

Kredibiliti SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini sangat meyakinkan. Najib bukan lagi perdana menteri, Najib tidak berada dalam sistem kerajaan. Maka, jika Najib dibebaskan seperti Riza, ia kerana kegagalan pihak pendakwaan membuktikan sepenuhnya penglibatan Najib dalam pertuduhan-pertuduhan itu.

Najib bukan hakim

Ramai orang berfikir seseorang perdana menteri itu boleh mengarahkan mahkamah untuk membebaskan seseorang yang didapati bersalah. Najib sebenarnya tidak pernah mencampuri urusan mahkamah. Sebab itu semasa Najib menjadi perdana menteri, banyak kes yang melibatkan kerajaan atau individu yang berada dalam kerajaan kalah di mahkamah.



Pada tahun 2017, orang kepercayaan Anwar Ibrahim meminta saya menyampaikan kepada Najib supaya membebaskan Anwar daripada penjara Sungai Buloh. Katanya Anwar sudah tua dan kesihatan tidak seperti dulu lagi.

Saya terangkan kepadanya itu bukan cara Najib. Najib bukan hakim dan Najib bukan orang yang boleh mengarahkan hakim membebaskan Anwar.

Namun, atas dasar kemanusiaan, Najib boleh memastikan kebajikan Anwar di dalam tahanan diberi perhatian.

DR AL-AZHARRI SIDDIQ KAMUNRI Penganalisis politik kerajaan
juga merupakan penceramah Dasar-Dasar Kerajaan dalam bidang Kenegaraan, Keselamatan & Patriotik.
MR :  Penulisan yang baik dengan fakta yang baik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/salahlaku-najib-dan-kepincangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Tempang Kalau Nak Hasut Pun Dap Perlu Lebih Bijak Sedikit Sinis Najib

Mb Tempang Kalau Nak Hasut Pun Dap Perlu Lebih Bijak Sedikit Sinis Najib

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 293 hits
Perdana Menteri Keenam Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyindir wakil rakyat Dap Perak Dr Abdul Aziz Bari agar perlu lebih bijak jika mahu menghasut rakyat Najib memberi reaksi demikian mengenai tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri Teb...
Anak Tiri Najib Dilepas Tanpa Dibebaskan

Anak Tiri Najib Dilepas Tanpa Dibebaskan

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 322 hits
Anak tiri Najib dilepas tanpa dibebaskanMahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak Riza Aziz daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram AS 248 juta yang dikaitkan dengan d...
Apakah Muhyiddin Sedang Berusaha Keras Menjadi Pm Yang Lebih Worst Dari Najib

Apakah Muhyiddin Sedang Berusaha Keras Menjadi Pm Yang Lebih Worst Dari Najib

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 462 hits
Mukhriz sedang disingkir Proses pemecatan Tun dan Mukhriz dikatakan sedang berlaku Berlori lori fitnah ke atas Tun berterusan Berkapal kapal kononnya orang Melayu marah kepada pandangan terbaru Tun Tidak ada satu cerita baik pun tentang Mah...
Najib Merasa Konon Kononnya Nya Dia Keramat Sebab Sumpah Laknat Dia Maka Kerajaan Ph Tumbang

Najib Merasa Konon Kononnya Nya Dia Keramat Sebab Sumpah Laknat Dia Maka Kerajaan Ph Tumbang

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 388 hits
Sampai tahap situ Najib kleptokrasi ini perasan Beliau perasan bila beliau melakukan sumpah laknat maka selepas itu kerajaan PH tumbang angkara khianat Konon kononnya nak beritahu beliau tidak bersalah dalam rompakan terbesar skandal 1MDB W...
Dulu Suara Muhyiddin Tular Khianat Najib Atok Tersengih Nampak Gigi Kini Suara Muhyiidin Dikatakan Khianat Atok

Dulu Suara Muhyiddin Tular Khianat Najib Atok Tersengih Nampak Gigi Kini Suara Muhyiidin Dikatakan Khianat Atok

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 366 hits
Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia beberapa jam sebelum berlangsung Langkah Sheraton pada 23 Februari lalu tular lewat malam tadi Menerusi rakaman...
Serbuan Ke Rumah Najib Malam Ramadan 2018 Keterlaluan

Serbuan Ke Rumah Najib Malam Ramadan 2018 Keterlaluan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 290 hits
MALAYSIAKINIMengenang detik detik penggeledahan rumah bekas perdana menteri pada malam pertama Ramadan 2018 bekas pengawal peribadi kepada Najib Razak berkata sebagai anggota polis tindakan itu dilihatnya keterlaluan Sub Inspektor Alias Yah...
Harapan Fell After My Sumpah Laknat Najib Says God Shows Who Is Right

Harapan Fell After My Sumpah Laknat Najib Says God Shows Who Is Right

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 322 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak does not rule out divine intervention in the way the Pakatan Harapan government collapsed In a video by online portal Malaysia Gazette the Pekan MP pointed to comments that said the collapse happened ...
66 Hari Lepas Saya Angkat Sumpah Laknat Kerajaan Ph Jatuh Kata Najib

66 Hari Lepas Saya Angkat Sumpah Laknat Kerajaan Ph Jatuh Kata Najib

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 384 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menafikan ada orang yang mengira tempoh kesan selepas beliau mengangkat sumpah laknat pada 20 Disember tahun lepas dengan tarikh tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari tahu...
Ada Kata Ph Jatuh 66 Hari Lepas Sumpah Laknat Saya Najib

Ada Kata Ph Jatuh 66 Hari Lepas Sumpah Laknat Saya Najib

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 450 hits
MALAYSIAKINIBekas perdana menteri Najib Razak tidak menolak Allah SWT telah menunjukkan kebenaran susulan sumpah laknat yang dibuatnya apabila runtuhnya kerajaan PH yang didakwa menganiayai dirinya MP Pekan dipetik portal Malaysia Gazette b...
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi

Mount Kinabalu Porter Represents Malaysia S Aspirations Against Global Ultra Trail Champions In Taiping

Local Woman Accused Of Egg Swap At Supermarket