Suami Shahrizat Jalil 2 Anak Berdepan Tuntutan Saman Maybank Singapore
Dagang NewsOgos 2, 2021 19:29 MYT
Mohamad Salleh merupakan suami kepada Shahrizat yang juga bekas Ketua Wanita UMNO. - Gambar fail/ BernamaKUALA LUMPUR: Maybank Singapore Ltd mengemukakan tuntutan saman terhadap Pengerusi National Feedlot Corp Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan dua anaknya kerana gagal melunaskan dua kemudahan pinjaman perumahan untuk hartanah di Singapura
Maybank Singapore, yang juga merupakan plainitif memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 19 Julai lalu melalui firma guaman Tetuan Benjamin Dawson, memetik laporan The Edge hari ini
Tuntutan itu menamakan Mohamad Salleh sebagai defendan pertama manakala anaknya, Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah masing-masing defendan kedua dan ketiga
Mohamad Salleh merupakan suami kepada bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang juga bekas Ketua Wanita UMNO
Menurut pernyataan tuntutan seperti yang dilihat portal berbahasa Inggeris itu, Maybank Singapore meminta penghakiman mahkamah berjumlah S$2.53 juta sebagai jumlah tertunggak di bawah kemudahan pinjaman yang masih harus dibayar oleh defendan dengan bank
Bagi kemudahan pinjaman pertama, Maybank Singapore memberi pinjaman sebanyak S$4.37 juta pada 2009 kepada tiga defendan tersebut untuk membiayai pembelian pangsapuri mewah di Orchard Scotts
"Bagaimanapun, ketiga-tiga defendan gagal membayar ansuran bulanan sebanyak S$7,225 dengan jumlah tertunggak sebanyak S$3.94 juta pada 22 Jun 2018, bersama dengan semua kepentingan yang terakru
"Selepas kesemua defendan gagal membayar jumlah yang diminta itu, Maybank Singapore kemudian menggunakan haknya dengan mengambil semula dan menjual hartanah tersebut melalui lelongan pada harga S$3.2 juta," menurut laporan berkenaan
Penjualan itu bagaimanapun, tidak mencukupi untuk menyelesaikan keseluruhan baki tertunggak dan setakat 29 Disember 2020 sebanyak S$1.37 juta belum dijelaskan
Jelas laporan itu lagi, bagi pinjaman hartanah kedua, Maybank Singapore memberi pinjaman berjumlah S$5.38 juta pada 2010 kepada dua defendan pertama untuk membiayai pembelian kondominium mewah di Marina Bay
"Tetapi, sekali lagi, Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izran gagal melunaskan bayaran bulanan sebanyak S$8,700 dengan S$5.06 juta jumlah tertunggak setakat 4 Jun 2018 beserta faedah terakru," katanya
Maybank Singapore kemudiannya menggunakan haknya dengan mengambil semula dan menjual hartanah tersebuat melalui penjualan perjanjian persendirian dengan harga S$4.68 juta
Namun, jualan itu gagal menampung jumlah tertunggak sedia ada dan setakat 29 Disember 2020, masih terdapat S$1.17 juta belum dijelaskan
"Sehubungan itu, tuntutan itu mendakwa ketiga-tiga defendan telah gagal, tidak mengendahkan dan atau mengabaikan bayaran yang diminta, hingga mengakibatkan bank mengadili perkara tersebut melalui mahkamah Malaysia," jelas laporan itu
Dalam masa sama, keluarga ini juga berdepan tuntutan saman sebanyak RM250 juta oleh kerajaan Malaysia
Di bawah saman itu, kerajaan menuntut sebanyak RM253.62 juta, yang mewakili jumlah hutang NFC, dengan kadar faedah 2% bermula 1 Mei 2019
Mereka didakwa menyalahgunakan dan menyeleweng penggunaan wang sebanyak RM188 juta daripada RM250 juta pinjaman yang diberikan kepada NFC oleh kerajaan pada Disember 2007 untuk membina dan mengendalikan pusat fidlot kebangsaan di Gemas, Negeri Sembilan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/08/suami-shahrizat-jalil-2-anak-berdepan.html