Maybank Singapore Saman Suami Anak Shahrizat Rm8 Juta


Pengerusi National Feedlot Corp Sdn Bhd Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya memperoleh pinjaman daripada Maybank Singapore Ltd untuk membiayai pembelian apartmen mewah di Orchard Scotts dan Marina Bay.
3 beranak itu dikatakan gagal membayar pinjaman perumahan untuk dua kediaman mewah.

PETALING JAYA: Maybank Singapore Ltd memfailkan saman terhadap suami dan anak bekas menteri wanita, keluarga dan masyarakat Shahrizat Abdul Jalil kerana dikatakan gagal membayar dua pinjaman perumahan berjumlah hampir RM8 juta.

Mohamad Salleh Ismail, pengerusi National Feedlot Corp Sdn Bhd dan dua anaknya Wan Shahinur Izran serta Wan Izzana Fatimah Zabedah dinamakan sebagai defendan dalam saman itu, yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Julai lalu.

Menurut laporan The Edge Markets, pernyataan tuntutan dilihat portal itu mendakwa Maybank Singapore memohon penghakiman mahkamah bagi hutang berjumlah SGD2.53 juta (RM7.9 juta) kepada bank itu.

Plaintif mendakwa ketiga-tiga defendan telah gagal, tidak mempedulikan dan/atau cuai membayar jumlah dituntut, yang mengakibatkan bank itu mencari penyelesaian menerusi mahkamah di Malaysia.

Bagi pinjaman perumahan pertama, Maybank Singapore memberi pinjaman SGD4.37 juta pada 2009 kepada defendan-defendan untuk pembelian apartmen di Orchard Scotts.

Bagaimanapun, ketiga-tiga defendan gagal membuat bayaran bulanan SGD7,225, dengan jumlah yang perlu dibayar setakat 22 Jun 2018 adalah sebanyak SGD3.94 juta termasuk faedah.

Selepas defendan gagal membayar jumlah dituntut itu, Maybank Singapore menggunakan haknya untuk merampas seterusnya menjual hartanah itu menerusi bidaan dengan harga SGD3.2 juta.

Bagaimanapun, nilai jualan itu tidak cukup untuk melunaskan jumlah penuh masih terhutang, yang setakat 29 Dis tahun lalu adalah sebanyak SGD1.37 juta.

Bagi pinjaman perumahan kedua pula, Maybank Singapore memberi pinjaman SGD5.38 juta pada 2010 kepada Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran untuk pembelian satu kondominium di Marina Bay.

Mereka didakwa gagal membuat bayaran bulan berjumlah SGD8,700, dengan jumlah keseluruhan tunggakan setakat 4 Jun 2018 adalah sebanyak SGD5.06 juta.

Maybank Singapore kemudian menggunakan haknya untuk merampas dan menjual hartanah itu dengan harga SGD4.68 juta dengan baki hutang sebanyak SGD1.17 juta.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/maybank-singapore-saman-suami-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Shahrizat Jalil 2 Anak Berdepan Tuntutan Saman Maybank Singapore

Suami Shahrizat Jalil 2 Anak Berdepan Tuntutan Saman Maybank Singapore

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 323 hits
Dagang NewsOgos 2 2021 19 29 MYTMohamad Salleh merupakan suami kepada Shahrizat yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Gambar fail BernamaKUALA LUMPUR Maybank Singapore Ltd mengemukakan tuntutan saman terhadap Pengerusi National Feedlot Corp Sdn...
Berebut Duit Loteri Rm8 5j Suami Tembak Mati Isteri Anak Sebelum Bunuh Diri

Berebut Duit Loteri Rm8 5j Suami Tembak Mati Isteri Anak Sebelum Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 221 hits
Barang Panas alih alih duit tidak dinikmati ketiga tiga hilang nyawa OKLAHOMA Seorang lelaki tergamak menembak mati isteri dan anak perempuannya yang berusia satu tahun selepas menang loteri berjumlah AS 2 juta Tiffani Hill 31 dan anak pere...
Isteri Tembak Potong Mayat Suami Dengan Kapak Suruh Anak Bantu Buang Mayat Mangsa

Isteri Tembak Potong Mayat Suami Dengan Kapak Suruh Anak Bantu Buang Mayat Mangsa

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 387 hits
Isteri tembak potong mayat suami dengan kapak suruh anak bantu buang mayat mangsaPolis menahan seorang wanita dari Indiana kerana didakwa telah membunuh suaminya di bilik tidur kediaman mereka di LaPorte pada 27 Julai lalu sebelum memotong ...
Suami Pergi Tidak Sempat Lihat Anak

Suami Pergi Tidak Sempat Lihat Anak

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 241 hits
Yasmin bergambar kenangan bersama suaminya Eko March Handoko KUANTAN Seorang wanita melalui dugaan yang amat besar apabila bukan sahaja terpaksa bersalin tanpa ditemani suami tetapi terpaksa menerima kenyataan suami pergi buat selamanya aki...
Nekat Gelar Hajatan Resepsi Anak Ketua Pcnu Jember Disidang Prokes Dan Denda Rp10 Juta

Nekat Gelar Hajatan Resepsi Anak Ketua Pcnu Jember Disidang Prokes Dan Denda Rp10 Juta

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 215 hits
Sidang digelar secara daring dengan terdakwa Gus Aab diwakili oleh Taufik Hidayat selaku ketua panitia acara resepsi nikahan Dikonfirmasi terpisah Taufik mengakui kesalahannya tersebut
Hiburan Kaka Azraff Hamil Anak Kedua Suami Pula Yang Mengidam Durian

Hiburan Kaka Azraff Hamil Anak Kedua Suami Pula Yang Mengidam Durian

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 316 hits
Penyanyi Kaka Azraff memaklumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua dan berada dalam trimester pertama Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Binti Noor Azraff 32 berkata kehamilan kedua ini lebih baik kerana telah mempunyai pengalaman be...
Dr Reisa 80 Juta Anak Indonesia Sedang Tidak Baik Baik Saja Akibat Pandemi

Dr Reisa 80 Juta Anak Indonesia Sedang Tidak Baik Baik Saja Akibat Pandemi

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 264 hits
Sekitar 60 juta anak anak Indonesia kehilangan masa indah di sekolah sebagian bahkan tidak bisa melakukan pembelajaran jarak jauh karena fasilitas tidak tersedia
Hiburan Positif Covid 19 Ashira Hanya Risaukan Keadaan Suami Dan Anak

Hiburan Positif Covid 19 Ashira Hanya Risaukan Keadaan Suami Dan Anak

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 307 hits
Penyanyi Ashira Aziz dilaporkan telah positif wabak COVID 19 semalam selepas dia melakukan ujian di klinik kerana mengalami masalah pernafasan dan hidung tersumbat ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAshira yang dihubungi media memaklumkan bahaw...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord