Suami Paksa Left Semua Grup Whatapps Kerja Ivf Penuh Kenangan Yana Lee Kongsi Tip Doa Waktu Hamil
Rezeki kita berbeza-beza. Ada yang dikurniakan rezeki untuk punya anak awal, sebaik selepas berkahwin. Namun ada pula sedikit terlambat rezekinya malah perlu melalui sedikit kepayahan dengan menjalani beberapa rawatan demi melihat zuriat darah daging sendiri.
Bagi pemilik jenama Leeyana Rahman, Yana Lee, rezekinya untuk memiliki zuriat sendiri akhirnya dimakbulkan Allah selepas menjalani rawatan IVF, empat tahun selepas berkahwin.
Kata Yana menerusi Live Pa&Ma Gala Moms, kehadiran cahaya mata sulungnya, Tiara Lufya melengkapkan hidupnya dan suami malah menyerikan lagi kehidupan berumah tangga mereka. Satu kegembiraan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms ini juga menyifatkan kejayaannya memperolehi zuriat melalui rawatan IVF itu adalah hasil dari usahanya yang tak pernah putus asa untuk menimang cahaya mata.
” Tahun pertama dan kedua, saya dan suami rasa macam honeymoon, masuk saja tahun keempat kahwin, saya dan suami mula dah rasa ‘flat’. Lagi pula ramai sangat yang asyik bertanya. Orang lain mungkin ambil berat pada saya, adakala saya mula rasa ‘down’ dan sensitif. Jadi saya nekad untuk buat IVF.
” Bila disahkan mengandung, saya rasa Allah masih sayangkan saya, Allah makbulkan impian saya untuk punya zuriat. Lagi pula dapat gembirakan hati suami, hanya Allah sahaja yang tahu,” luah Yana berkongsi.
Tiga bulan penuh kenangan
Melalui rawatan IVF nyata tidak mudah. Tidak juga mudah buat Yana yang jadualnya begitu padat dengan empayar perniagaannya yang semakin memuncak di kala itu.
“Ramai yang buat IVF tapi gagal, ada yang buat sekali sahaja tapi berjaya, ada orang buat sekali je terus berjaya. Macam saya alhamdulillah saya buat sekali je terus berjaya.
“Saya rasa sangat happy dan bersyukur tapi taping seornok dapat happy kan suami. Memang pasangan berkahwin nak kan zuriat dan saya rasa happy bila disahkan mengandung. Tak terluah dengan kata-kata masa tu.
“Masa saya buat IVF tu suami paksa saya left semua grup whatapps kerja yang ada dan dia minta saya bed rest sahaja sepanjang tiga bulan tu.
“Dari segi pemakanan pula memang saya ambil makanan yang betul-betul sihat saja. Contoh pagi saya ambil avokado dengan madu, kudap-kudapan pula saya suka ambil jenis kekacang macam badam dan lain-lain yang baik untuk kekuatan rahim. Setiap malam pula suami akan buatkan jus buah untuk saya yang dicampurkan dengan oren, epal, strawberi, kurma dan madu.
“Sepanjang waktu itu, kami suami isteri memang banyakkan bersedekah bukan sahaja dekat anak yatim tapi kami bagi makan haiwan supaya rezeki kami dipermudahkan.
Amal doa dari awal kehamilan
Rupanya bukan hanya rawatan IVF bahkan Yana juga tidak pernah putus harapan dan berdoa setiap hari untuk memperoleh zuriat. Bahkan ada doa dan amalan yang dilakukannya.
“Dalam pada itu saya juga amalkan doa ini.
Ya Allah janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri, Sesungguhnya Engkaulah waris yang paling baik.
“Inilah doa yang saya selalu amalkan sejak dari sebelum hamil lagi sampailah saya selamat melahirkan anak,” kongsi Yana lagi.
Kata Yana, walau kita belum direzekikan untuk punya zuriat lagi, jangan pernah putus asa dan sentiasalah berikhtiar dan berdoa kepada Allah.
Menarik: Gelak Ketawa Sampai Mata Berair, Dah Habis Berpantang, Lisa Surihani Kenang Kebaikan CL
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @yaana.lee
The post “Suami Paksa Left Semua Grup Whatapps Kerja” IVF Penuh Kenangan, Yana Lee Kongsi Tip & Doa Waktu Hamil! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/suami-paksa-left-semua-grup-whatapps-kerja-ivf-penuh-kenangan-yana-lee-kongsi-tip-doa-waktu-hamil/