Ibu Hamil Sering Diserang Perut Berangin Cuba 5 Cara Ini Untuk Mengatasinya


Simptom perut berangin semasa mengandung sememangnya lazim berlaku. Ibu hamil sensitif dengan apa yang dimakan. Walaupun ia dianggap sebagai satu simptom biasa, namun keadaan tersebut boleh memberikan rasa tidak selesa terutamanya ketika hendak tidur.

Jadi apa yang menyebabkan perut berangin semasa hamil?
Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.
Kenapa ibu hamil mudah mendapat simptom perut berangin?
Kehamilan merupakan satu proses fisiologi yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tubuh ibu supaya ideal untuk tumbesaran janin. Perkara ini berlaku secara berperingkat dan dalam perubahan tersebut, terselit kesan sampingan yang boleh membuatkan ibu hamil tidak selesa; angin.
Perut masuk angin semasa mengandung bukanlah satu perubahan fisiologi kehamilan. Ia merupakan kesan sampingan berpunca daripada peningkatan hormon progesteron.
Hormon tersebut bukan sahaja menyebabkan otot badan menjadi regang, malah mengakibatkan proses pencernaan badan menjadi perlahan. Akibatnya, angin berkumpul dan dimanifestasikan sebagai perut masuk angin, mudah sendawa dan terkentut.
Semakin lanjut usia kandungan ibu, semakin banyak angin yang berkumpul akibat daripada peningkatan saiz rahim yang memberikan tekanan kepada organ sistem penghadaman.

Apa yang lebih teruk lagi, ada juga makanan yang boleh menyebabkan perut berangin. Pengambilan ubat suplemen, terutamanya yang mengandungi zat besi, boleh menyebabkan masalah sembelit.
Perkara ini sekali gus membuatkan masalah angin pada perut anda menjadi bertambah teruk.
Tip legakan perut berangin semasa mengandung
#1 Minum air secukupnya
Elakkan daripada mengambil minuman bergula atau jus. Walaupun jus bagus untuk kesihatan, jika anda mempunyai penyakit radang usus (IBD), ia boleh menyebabkan simptom perut berangin menjadi bertambah teruk.
Jika anda ingin mengambil jus, pastikan ia mempunyai kandungan gula berangin (FODMAP) yang rendah. Minuman terbaik untuk anda sepanjang tempoh kehamilan adalah air kosong.
Pastikan anda minum mengikut saranan pakar.
#2 Eksperimen dengan tabiat pemakanan anda untuk kesan punca perut berangin
perut berangin
Oleh sebab terdapat banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan berlakunya perut berangin, anda boleh melakukan ‘eksperimen’ bagi mengesan punca tersebut. Cuba elakkan daripada mengambil makanan yang anda biasa makan dan lihat jika simptom perut berangin menjadi bertambah baik. Kebanyakan ibu hamil mengalami perubahan pada simptom tersebut dan mereka berjaya mengesan makanan apa yang menjadi punca.
Antara makanan yang sering dikaitkan dengan angin pada perut adalah:
Sayur brokoli Kubis Kentang Makanan bergandum Jika anda ingin membuat perubahan pada diet anda, rujuk kepada pakar pemakanan atau doktor terlebih dahulu. Takut nanti anak yang sedang membesar itu tidak mendapat nutrisi yang cukup pula.
#3 Ambil makanan berserat secukupnya
Walaupun terdapat banyak sayur yang boleh menyebabkan perut anda berangin, tapi ia juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Apabila anda mengambil makanan berserat yang cukup, ia akan menarik air ke dalam usus, melembutkan tinja dan membuatkan proses defekasi berlaku dengan mudah.
Oleh sebab sembelit boleh menyebabkan masalah ini menjadi bertambah teruk, anda boleh cuba ambil makanan berserat terlebih dahulu. ‘Eksperimen’ dengan makanan dan kenal pasti punca anda alami perut berangin.
#4 Gunakan suplemen serat untuk atasi masalah perut masuk angin
Bagi golongan ini, anda dinasihatkan untuk mengambil suplemen yang mengandungi serat bagi mengelakkan berlakunya masalah sembelit. Cuba tanya doktor anda jika ada ubat yang boleh dibeli di farmasi berdekatan atau minta preskripsi daripada mereka.
#5 Pastikan anda aktif bergerak walaupun sarat mengandung
Anda tidak perlu ke gim pun jika hendak atasi masalah perut berangin.Apa yang anda perlu buat adalah berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan anda secara umum, malah ia juga boleh membantu mengelakkan berlakunya sembelit.
Proses penghadaman juga boleh dipercepatkan dengan hanya menurut saranan pakar untuk bersenam. Jika anda ingin melakukan sebarang rejim senaman (ringkas atau kompleks), rujuk doktor anda terlebih dahulu.
Mereka akan membuat pemeriksaan dan menentukan sama ada anda boleh melakukan aktiviti senaman berat.Ingin mengetahui tarikh jangkaan bersalin anda dengan lebih tepat? Kira EDD anda di kalkulator tarikh bersalin kami.
Konklusi
Simptom perut berangin lazim berlaku dalam kalangan ibu hamil.Jika tidak diuruskan dengan baik, ia boleh memberikan ketidakselesaan kepada ibu terutamanya bagi mereka yang sudah dalam trimester ke-3.Ikut tip yang diberikan di atas dan jika ragu, tanya kepada doktor anda untuk khidmat nasihat kesihatan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
The post Ibu Hamil Sering Diserang Perut Berangin, Cuba 5 Cara Ini Untuk Mengatasinya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-hamil-sering-diserang-perut-berangin-cuba-5-cara-ini-untuk-mengatasinya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Amalina Nasihat Ibu Hamil Pastikan Dapat Vaksin Covid Ini Cara Kurangkan Risiko Teruk

Dr Amalina Nasihat Ibu Hamil Pastikan Dapat Vaksin Covid Ini Cara Kurangkan Risiko Teruk

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 428 hits
Ibu yang tengah hamil disarankan untuk mengambil vaksin Covid jika masih dalam tempoh yang sesuai dengan usia kehamilan Tak perlu nak risau kerana kajian membuktikan vaksin ini selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan Melalui perkongsian ...
70 Ibu Hamil Maut Akibat Covid 19 Sehingga 9 Ogos

70 Ibu Hamil Maut Akibat Covid 19 Sehingga 9 Ogos

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 218 hits
70 ibu hamil maut akibat Covid 19 sehingga 9 Ogos lalu kata KP Kesihatan Sebanyak 70 kes kematian ibu hamil disebabkan komplikasi jangkitan Covid 19 dilaporkan sehingga 9 Ogos lalu berbanding tiada kes kematian kumpulan itu sepanjang tahun ...
Catat Ini Persyaratan Ibu Hamil Boleh Disuntik Vaksin Covid 19

Catat Ini Persyaratan Ibu Hamil Boleh Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 342 hits
Tentu untuk vaksin akan dilakukan skrining dengan hati hati dan untuk vaksinasi bisa dilakukan pada kehamilan 13 minggu sampai dengan cukup bulan memang dianjurkan 33 minggu kata dr Ari
Ibu Hamil Dijangkiti Covid Kemungkinan Masuk Icu Bersalin Awal 2 Kali Ganda

Ibu Hamil Dijangkiti Covid Kemungkinan Masuk Icu Bersalin Awal 2 Kali Ganda

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 335 hits
Jika anda wanita hamil anda perlu mengetahui perkara ini Jangkitan Covid 19 pada wanita hamil adalah sangat bahaya Risiko ibu hamil lagi tinggi Menerusi perkongsian Pakar Perubatan Reproduktif Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Dr Mur...
70 Ibu Hamil Jadi Korban Covid 19 Di Malaysia

70 Ibu Hamil Jadi Korban Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 228 hits
Seramai 70 ibu hamil direkodkan menjadi korban disebabkan komplikasi jangkitan Covid 19 di negara ini 3 396 kes COVID 19 membabitkan ibu hamil Seramai 70 ibu hamil direkodkan menjadi korban disebabkan komplikasi jangkitan Covid 19 di negara...
Semoga Sarah Kuat Bertahan Demi Anak Anak Frontliner Kongsi Pengalaman Jaga Ibu Hamil Stage 5 Covid 19

Semoga Sarah Kuat Bertahan Demi Anak Anak Frontliner Kongsi Pengalaman Jaga Ibu Hamil Stage 5 Covid 19

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 417 hits
Semoga kedua duanya selamat begitulah doa dari frontliner ini dan juga warga maya yang tidak putus putus mendoakan kesihatan buat Siti Sarah Raissudin serta bayi setelah Siti Sarah ditidurkan akibat paras oksigen yang rendah kerana jangkita...
Kes Ibu Hamil Dijangkiti Covid 19 Meningkat Catat 70 Kematian Kata Kkm

Kes Ibu Hamil Dijangkiti Covid 19 Meningkat Catat 70 Kematian Kata Kkm

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 233 hits
3 396 kes Covid 19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di Malaysia sejak Mac 2020 sehingga Jun 2021 Seorang ibu hamil menunggu giliran vaksinasi di Sunway Pyramid Convention Centre Gambar Bernama Kementerian kesihatan memaklumkan sebanyak 7...
Menghitung Detik Bersalin Ayda Jebat Mahu Buka Group Untuk Semua Ibu Hamil Kongsi Ilmu

Menghitung Detik Bersalin Ayda Jebat Mahu Buka Group Untuk Semua Ibu Hamil Kongsi Ilmu

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 575 hits
Penyanyi Ayda Jebat bercadang untuk membuat satu saluran ataupun ruangan bagi ibu ibu hamil berkongsi pendapat di Instagram miliknya Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat ruangan tersebut boleh disertai oleh semua ibu mengandun...
Tubuh Task Force Vaksinasi Ibu Hamil Seluruh Negara Amk

Tubuh Task Force Vaksinasi Ibu Hamil Seluruh Negara Amk

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 192 hits
Kematian artis terkenal Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin baru baru ini akibat Covid 19 dalam keadaan beliau tidak divaksin kerana sedang hamil menimbulkan kesedaran perlunya ibu ibu hamil divaksin segera bagi mengelakkan mereka mengalami...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar