Suami Datang Dalam Mimpi Minta Saya Isteri Pramugara Mh370 Dedah Kejadian 5 Tahun Lalu


Lima tahun lalu tragedi MH370 meninggalkan ingatan sedih untuk rakyat Malaysia. Tarikh ini, 8 Mac 2014 pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang dari radar.
Seorang isteri yang sedang sarat mengandung, Intan Maizura Othaman menanti pengesahan berita penuh debar. Kerana hidup m4ti suaminya, Mohd Hazrin Hasnan (Rain), pramugara MAS yang ada dalam pesawat itu dipertaruhkan.
Bila disahkan pesawat itu benar-benar hilang. Sukar untuknya terima hakikat. Suami yang elok sihat, hilang tiba-tiba. Intan yang hamil ketika itu melalui emosi kesakitan yang berat.
Doa orang ramai buatnya kuat, “Intan kuat! Ya, itu yang selalunya statement orang akan cakap bila jumpa dengan Intan.”
“Alhamdulillah, makin ramai yang cakap, makin kuatlah Intan tu.. Doa yang baik-baik sure akan jadi punya.”
“Alhamdulillah, syukur.. terima kasih.” luahnya.
“Saya pernah mimpi Rain yang menyuruh saya redha dan move on. Kerana dia memang telah ditakdirkan untuk pergi selamanya.” Itulah titik tolak Intan bangkit dari kesakitan. Sehingga hari ini, semangatnya kian kuat.


Menangis Tak Henti, Hingga Mata Putih Jadi Merah
Lima tahun lalu, ini yang Intan lalui. “Ya, Intan menangis tapi sekarang dah jarang sangat-sangat. Penat dah nak menangis pun. Buat apa menangis selalu. Tak elok juga.”
Intan berkongsi gambar dirinya 5 tahun dulu pada 8 March 2014. Gambar yang dirakam oleh anak sulungnya, Iman. “Terbukti betapa kembangnya dan merahnya hidung Intan dek kerana menangis tak henti-henti satu hari tu.”
“Itulah kali pertama dalam hidup Intan menangis hingga mata putih jadi merah. Urat-urat pun stress agaknya.”
“Makan? Intan makan jugak tapi tak teringat pun mengunyah nasi. Tapi Intan ingat Intan telan nasi. Iyalah, tak makan kang diri tengah sarat kan. Anak pulak tak dapat zat. Seriously, memang tak rasa lapar langsung.”
“Penangan dek kerana sedih dan tidak ketahuan nak buat apa.”
“Masa ini mengandung 7 bulan, tapi otak pun tak center. Bila orang tanya, Intan cakap 5 bulan. Walhal dua bulan lagi nak beranak.”

Allah Nak Saya Kembali PadaNya – Intan Maizura Othaman
Esok harinya baru emosi dan kekuatan slowly bertambah. Berkat kesedaran yang bahawa semuanya Allah dah tentukan. Semuanya pinjaman semata-mata.
Orang cakap ujian itu rahmat. Tapi mana rahmatNya? “Saya memang tak nampak pun rahmatNya awal-awal tu. Iyalah diri ini jahil.. bodoh dan sombong kerana tak nak cari ilmu.”
“Ujian dan musibah datang kerana kita LALAI! Allah nak kita kembali padaNya.”
“Lama kelamaan, satu demi satu rahmat yang terbentang depan mata. Dan terus membuatkan diri ini sedar dan percaya rahmat itu lebih luas sebenarnya.”
“Ujian Allah berikan, datang jugak jalan penyelesaiannya. Macam mana nak nampak semua tu? Pertamanya kena redha, tawakal, ikhtiar dan sabar.”
“Akhirnya PERCAYA dengan kuasa Yang Maha Esa. Jangan bersangka buruk dengan Allah.. remember that!”

Muhammad Kenal Papa Dia..
Anak kedua Intan, Muhammad semakin bijak berceloteh. Muhammad inilah dulunya, bayi yang dikandungkan Intan semasa hilangnya pesawat MH370.
Terbaru dalam laman instagram, Intan berkongsi video Muhammad yang mengundang sebak di hati.
“Muhammad kenal papa dia.. tahu yang papa dia sudah tiada. Tapi perkara sebenar yang berlaku dia masih belum boleh untuk fahami.” Kata Intan ketika dihubungi MW.
Dalam video itu, Muhammad maklumkan ayahnya berada di kubur iaitu di Shah Alam.
Dan di penghujung video, surah Al Fatihah disedekahkan oleh Muhammad untuk arwah ayah yang pergi meninggalkannya ketika anak ini masih dalam kandungan ibunya.

Ini Yang Buat Intan Move On, Tak Toleh Lagi Ke Belakang
1. Saya selalu ingatkan diri yang semua ini adalah ujian Allah. Hanya redha sahaja boleh membuatkan Intan kuat. 2. Percaya Qado dan Qadar 3. Jangan tinggalkan solat. 4. Think positive
5. Intan sertai aktiviti hiking. Seorang rakan ajak Intan join aktiviti ini atas tiket untuk intan boleh release stress. Akhirnya memang jatuh cinta. Kerana dengan hiking ni secara tak langsung kita dapat saksikan kebesaran Allah dan juga dapat membuatkan mental dan fizikal kita kuat.
6. Intan terus memperbaiki diri, mahu berjaya membesarkan, menyekolahkan dan menjadikan anak-anak, Iman dan Muhammad.. anak-anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat.

Bawa Anak-anak Hiking Bersama
Hiking kini bak dunia Intan. Kecintaannya terlalu kuat untuk aktiviti yang satu ini. Selalunya, Intan akan plan jadual hiking refer pada jadual anak-anak sekolah.
Pertamanya, Intan akan tengok gunung-gunung mana yang belum pernah Intan pergi. Kemudian, kena pastikan tarikhnya sesuai dan akan liase dengan mak untuk take over duty Intan menjaga anak-anak.
Kerana hiking ini paling pendek ialah 2 hari 1 malam. Ada yang membawa kepada 2 ke 3 minggu. Untuk marathon dan trail run lebih mudah kerana tak makan masa panjang.
Yang selalunya berlangsung hujung minggu sahaja. Banyak kali juga, Intan bawa anak-anak hiking bersamanya. Sempena Hari Wanita, Intan meraikan para wanita dengan ucapan, “Wanita oh wanita, happy wanita day to each and everyone of you..
Keep your head up and walk and move forward! Take the negative and turn it into positive! Never underestimate the power and strength that you have!! Salute!!”
Bukan saja Intan, ramai di kalangan waris m4ngsa MH370 mahukan jawapan di atas kehilangan pesawat MAS. Semoga suatu hari nanti misteri kehilangan pesawat MH370 ini dapat dibongkar. Sumber/Foto : Intan Maizurah Othaman
Artikel berkaitan: H370 Dah Dijumpai Di Laut Sumatera? Lelaki Bersumpah Dengan Al-Quran, Nampak Pesawat Terbakar Sebelum Terhempas Dalam Laut

Hampir 5 tahun penantian, ramai yang masih menunggu jawapan misteri kehilangan pesawat MH370 yang sehingga ni masih lagi tiada penyelesaian.
Bermacam spekulasi dibuat, pelbagai dakwaan dan andaian yang dibangkitkan namun semuanya berlalu dibawa angin.
Terbaharu seorang lelaki mendakwa ‘nampak’ pesawat MH370 pada tarikh pesawat itu dilaporkan hilang iaitu pada 8 Mac 2014..allahu biar betul?
Menurut Sinar harian, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Rosli turut membuat akuan sumpah dengan Al-Quran pagi tadi bahawa dia melihat dengan matanya sendiri pesawat Malaysia Airlines MH370 terhempas di Lautan Sumatera..perkara macam ni jangan dibuat main..huhu
Katanya, akuan sumpah itu dibuat bagi membuktikan dakwaan yang diberikannya itu benar dan bukan rekaan semata-mata.
Rosli berkata dia yang berada di tempat kejadian pada 8 Mac 2014, telah menyaksikan sendiri pesawat itu rosak, ternampak asap hitam selain bau busuk asid dari pesawat terbabit.
Saya melihat sendiri pesawat itu bergerak dari kiri ke kanan seperti layang-layang yang patah, tiada bunyi hanya asap hitam seperti berpunca daripada kebakaran sebelum terhempas ke dalam air.”

Rosli memaklumkan perkara tu selepas membuat akuan sumpah di Lake View Club di Petaling Jaya pagi tadi.
Rosli diterbangkan khas dari Indonesiauntuk mendedahkan perkara tersebut.
Dia yang juga nelayan dari Pengkalan Susu, Indonesia berkata dia juga meninjau tapak lokasi insiden tersebut, namun tidak menjumpai apa-apa.
Namun saya hampa kerana selama dua hari meninjau perkembangannya, tiada apa-apa yang timbul dari laut, tiada serpihan, hanya asap hitam dan bau busuk asid.”
Bagaimanapun, katanya dia berjaya merakam kejadian pesawat tersebut bersama bacaan sistem pengesanan global (GPS) termasuklah badan atau bayangan pesawat yang tenggelam di dalam lautan..kalau betul, syukur alhamdulillah.
Data GPS tersebut telah diserahkan kepada Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Dr Jacob George, sebelum Dr Jacob akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed untuk tindakan selanjutnya.

Fakta #MH370
Penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membawa 239 orang apabila pesawat tersebut dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014. 239 orang termasuk 12 anak kru, hilang dari jangkauan radar selepas 40 minit berada di ruang udara.
Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi pada hari yang sama. 29 Julai 2015, seorang pekerja pembersih pantai di pulau La Reunion di Lautan Hindi, milik Perancis, menemui bahagian sayap sepanjang 2.7 meter dikenal sebagai ‘flaperon’ di mana pakar percaya ia milik pesawat jenis Boeing 777.
MH370 merupakan satu-satunya pesawat jenis Boeing yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi. Dua daripada sejumlah lebih 20 serpihan pesawat ditemui di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania disahkan adalah daripada pesawat MH370. Semoga ada jawapan kepada misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, keluarga dan waris mangsa pasti ingin tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.
Sumber: Lobakmerah
The post ‘Suami Datang Dalam Mimpi, Minta Saya..’- Isteri Pramugara MH370 Dedah Kejadian 5 Tahun Lalu appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/suami-datang-dalam-mimpi-minta-saya-isteri-pramugara-mh370-dedah-kejadian-5-tahun-lalu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seluruh Penduduk Murtad 30 Tahun Pakcik Ini Terpaksa Solat Sendirian Pendakwah Dedah Di Mana Kejadian Berlaku

Seluruh Penduduk Murtad 30 Tahun Pakcik Ini Terpaksa Solat Sendirian Pendakwah Dedah Di Mana Kejadian Berlaku

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 357 hits
Tak Terbayang Minda Kita Bila Memikirkan Hati Pakcik Ni Sepanjang 30 Tahun Allahu Semoga Jadi Inspirasi Kepada Kita Semua InsyaAllah Amin Seluruh Penduduk MURTAD 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian Allah Allah Mendapat pesanan Mesej...
Peluklah Isteri 10 Saat Setiap Pagi Ianya Mampu Buat Suami Panjang Usia Lagi Lima Tahun

Peluklah Isteri 10 Saat Setiap Pagi Ianya Mampu Buat Suami Panjang Usia Lagi Lima Tahun

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 483 hits
Menurut Pakar Motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari...
Masih Ingat Tragedi Kampung Tanduo Selepas Hampir 6 Tahun Komando Ini Dedah Kejadian Sebenar

Masih Ingat Tragedi Kampung Tanduo Selepas Hampir 6 Tahun Komando Ini Dedah Kejadian Sebenar

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 467 hits
Melihat seorang daripada anggota yang berdiri di sebelah kiri terpelanting ke belakang akibat terkena tembakan peluru di bahu kiri nyawa bekas Ketua Sektor Delta dalam trag3di berdarah Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah bagaikan di hujung tand...
Isteri Sebenarnya Tiada Hak Keatas Kwsp Suami Selepas Suami Meninggal Dunia

Isteri Sebenarnya Tiada Hak Keatas Kwsp Suami Selepas Suami Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 774 hits
Buat golongan yang banyak sangat pertikaikan pasal 2 KWSP itu anda pernah tak fikirkan kalau situasi suami meningghal tapi isteri tak berhak pun ke atas KWSP suami Haaa kalau masih sama samar jemput baca perkongsian Puan Herda Johan ini Mak...
Satu Isteri Tapi Ada Tiga Suami Inilah Perkahwinan Poliandri Iaitu Perkahwinan Paling Kontroversi Di Dunia

Satu Isteri Tapi Ada Tiga Suami Inilah Perkahwinan Poliandri Iaitu Perkahwinan Paling Kontroversi Di Dunia

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 572 hits
Islam membenarkan penganutnya mengahwini wanita secara berpoligami tanpa melebihi empat pasangan Mengapa wanita tidak boleh mengamalkan perkahwinan melebihi seorang suami sedangkan mereka mempunyai hak dan keadilan yang sama rata dengan lel...
Jangan Biarkan Orang Rumah Anda Mengandung Sendirian Suami Kena Buat Kerja Lebih Sikit Untuk Jaga Emosi Si Isteri

Jangan Biarkan Orang Rumah Anda Mengandung Sendirian Suami Kena Buat Kerja Lebih Sikit Untuk Jaga Emosi Si Isteri

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 443 hits
Wanita sekarang terlalu berdikari Ketika mengandung pun boleh buat macam macam perkara Ketika seorang isteri hamil anda hanya mampu melihat susah payahnya dia membawa kandungan Benar anda tidak mampu memindahkan kandungan itu kepada diri an...
Anda Perasan Tak Wajah Suami Dan Isteri Semakin Lama Semakin Serupa Rupanya Ini Sebabnya

Anda Perasan Tak Wajah Suami Dan Isteri Semakin Lama Semakin Serupa Rupanya Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 454 hits
Anda Perasan Tak Wajah Suami Dan Isteri Semakin Lama Semakin Serupa Rupanya Ini Sebabnya Ketentuan jodoh tu memang rahsia Allah Pernah tak melihat pasangan suami isteri yang memiliki wajah seakan akan sama Lebih lebih lagi yang dah lama ber...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord