Suami Ambil Cuti Setahun Sebab Menyusu Bapa 6 Anak Kongsi Pentingnya Peranan Suami Dalam Penyusuan Ibu


Proses penyusuan susu ibu memerlukan komitmen, kesabaran dan disiplin yang tinggi dalam diri seseorang. Bukan mudah nak menyusukan anak apatah lagi jika anak itu anak kembar. Banyak tenaga yang diperlukan untuk menyusukan mereka.
Namun semuanya menjadi indah dan lancar bila adanya penglibatan suami dalam penyusuan susu ibu ini. Percayalah, ‘support system’ yang utama bagi seorang isteri adalah suaminya sendiri. Ikuti bagaimana peranan bapa kepada 6 cahaya mata ini, Ustaz Mohd Yazid Ismail dalam mejayakan penyusuan susu ibu buat isteri tercinta.

Alhamdulillah kesemua 5 orang anak kami menyusu badan hingga lebih 2 tahun. Si Noura anak ke-6 ni masih dalam penyusuan 10 bulan. Proses penyusuan memerlukan sokongan dan kerjasama dari suami.

Orang lelaki kena tahu dan memahami apa yang isteri lalui sepanjang proses penyusuan. Dia memberi makan anak anda DENGAN BADANNYA. Mengorbankan badan sendiri untuk kebaikan anak. Makhluk kecil yang membesar dalam dirinya selama 9 bulan ini masih bergantung kepada isteri untuk semua nutrisi dan pembesaran.
Anak yang baru lahir menyusu setiap 2-3 jam. Dalam tempoh setahun isteri menghabiskan lebih 2000 JAM menyusukan anak. Subhanallah lamanya. Isteri tidak mempunyai banyak masa untuk diri sendiri.
Katakanlah anak mula menyusu pada pukul 10 pagi selama 40 minit. Isteri cuba meletakkan bayi pada pukul 10:45 pagi kemudian terbangun pada pukul 11.15 ​​pagi, anak perlu ditukar lampinnya. Anak akan mahu menyusu semula pada pukul 12 tengah hari. Si ibu mempunyai masa kurang dari satu jam untuk tubuhnya diperlukan semula. Tak sempat nak berehat pun.
Ada lagi keperluan anak-anak yang lain perlu diuruskan, mengemas rumah, masak, lipat baju. Suami jangan fikir isteri malas jika tengok isteri banyak tidur ketika menyusu, kelihatan dia banyak berehat sambil menyusukan bayi anda, berbaring di atas katil dan tertidur. Tetapi sebenarnya dia sangat letih dan tidak menyedari dia tertidur.
Tambah penat dan kelam kabut kalau bayi muntah, jeluak selepas menyusu. Nak selalu dipegang semasa tidur. Lampin bocor. Menangis tak berhenti.
Ketahuilah isteri anda sangat-sangat letih. Penyusuan susu ibu satu pengorbanan dan kerja yang sangat keras. Isteri membakar 650 kalori sehari menyusukan anak. Isteri dah dikira bertuah jika dapat tidur 2 jam tanpa gangguan.
Isteri anda adalah seorang IBU sekarang. Bukan hanya sebagai isteri. Tawarkan untuk memegang bayi semasa dia mandi atau tidur. Sediakan makan malam atau beli sahaja makanan yang dah siap. Jangan mengeluh kalau keadaan rumah bersepah.
Bantulah isteri dalam proses penyusuan anak. Itu aktiviti mencipta kebahagiaan💖 Bagilah hadiah sebagai upah menyusu.
SUAMI AMBIL CUTI SETAHUN SEBAB MENYUSU (TAHUN 2013)
Setahun saya cuti dari mengajar. Ramai orang tanya kenapa cuti lama sangat? Saya jawab “MENYUSU”.

Memang ada yang pandang sinis dan fikir bukan-bukan bila dengar jawapan tu.. tapi sy senyum je. Mereka tak tahu keadaan sebenar. Banyak dugaan yang dilalui untuk sempurnakan 2 tahun penyusuan ni.
Anak kembar kami dilahirkan pramatang, Dhia 2.07kg dan Fina 1.73kg. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pembedahan dilakukan secara emergency.
Tapi Fina kena tahan di NICU selama 3 minggu sebab tak cukup berat. Hari-hari saya ulang alik dari Cheras ke hospital Putrajaya 2x kali sehari untuk melawat Fina dan hantar susu EBM.
Nasib baik kerja saya sebagai unit trust consultant Public Mutual tak macam orang kerja ofis 9am-5pm, jadi saya banyak masa untuk bersama Fina. Saya batalkan banyak apoimen dengan klien.
Walaupun masih sakit isteri saya, Dyana tetap berusaha keras untuk menyusu Dhia dan dalam masa yg sama pump susu utk dihantar ke hospital. Susah macam mana pun dia bertekad untuk full breasfeed anak kembar kami.
Makin lama makin berat dugaan sebab twin dah mula minum susu banyak dan kadang2 macam tak cukup susu tapi Dyana selalu ulang cakap “tak ape..susu cukup.Kalau kembar 4 pun Allah akan buat susu cukup”.
Paling kritikal masa twin berumur lebih kurang 3 bulan Dyana diserang demam panas, susu merudum dan twin meragam, nangis je memanjang..mama twin join sekali nangis.
Cuba bayangkan dua baby umur 3 bulan menangis lama serentak tambah pula baby yang umur 300bulan nangis sama2 (baby 300bulan tu nangis sambil menyandar kat dinding). Huwaa..sedih pilu merobek jiwa saya tengok.
Pastu saya cuba bertindak rasional pergi beli susu FM utk bagi kat twin supaya Dyana boleh rehat hingga sutuasi kembali tenang tapi dia macam merajuk marah saya beli FM katanya saya macam tak support dia full breastfeed, padahal dah banyak saya berkorban utk menjayakan misi breastfeed ni, belikan pump yg terbaik, deepfreezer, alatan storage, carikan maklumat dll.
Susu fm tu Dyana buang. Dia pegang prinsip -demand and supply- lagi banyak baby demand nak minum lagi banyak susu akan berjaya disupply.
Bila twin dah mula tumbuh gigi maka lagi kuat dugaan, dua2 gigit mama masa menyusu sampai berdarah2 tapi mama tetap bersabar dan tabah menghadapi kesakitan yang sangat dasyat tu. Sampai kalau sakit sangat mama mengadu pd Allah betapa peritnya kesakitan yg sedang dia alami sambil nangis2.
Ya Allah berat mata memandang berat lagi yang memikul. Demi kebaikan Dhia dan fina mama sanggup hadapi semua tu.
Banyak kali mama menangis masa menyusu sebab tahan sakit luka yang agak dalam. Abah dah tak tahan tengok keluar ke bilik sebelah lap air mata sambil fikir nak seludup masuk rumah susu fm dan simpan di stor, bagi kat twin senyap2 untuk ringankan beban mama. Tapi tak jadi, takut kantoi nanti mama merajuk lagi susah abah.
Tidur malam memang tak cukup, tiap2 jam twin bangun bergilir2 kadang2 berjemaah nangis nak susu. Saya tak boleh nak tolong sebab saya takda susu so bangun buat2 tolong je lah.
Pagi dan petang pula mama berusaha mengepam utk buat stock. Memang kagum saya tengok disiplinnya dalam bab ni. Alhamdulillah berjaya kumpul stock sampai hampir penuh deep freez..prinsip -demand supply- berkesan.

Tapi sedih, dengan buat semua ni Dyana hilang banyak peratus keisterian dan peratusan keibuan naik mendadak, maka saya pun kena kurangkan kesuamian dan jadi lebih keBAPAan berbanding sebelum ni 😉
Berbalik cerita pasal cuti setahun tu, saya mengajar Bahasa Arab Alquran di masjid di Puchong dan Bangi setiap malam Isnin dan Rabu.
Saya cutikan dua-dua kelas ni sebab pada satu malam masa saya di Puchong Dyana hntar sms bagitahu dia tak sempat nak solat magrib, masa tu dah nak masuk isyak. Dia cakap sedih sebab dah banyak kali hampir tak sempat solat maghrib, suami sepatutnya jaga ibadah isteri.
Twin masa tu umur 8bulan buat perangai minum susu ebm sikit je kat nursery, dua2 tunggu mama datang ambil lepas habis kerja baru nak qada minum susu direct banyak2.. jadi lepas sampai rumah dekat-dekat nak magrib dua-dua berebut menyusu lama..gilir-gilir hingga nak masuk isyak.
Sampai sekarang sama je perangai minum sikit je kat nursery. Masa twin nyusu saya kena jaga seorang twin, kalau tak diorg menangis (kadang-kadang termasuk mamanya join sekali).
Walaupun saya sangat2 suka mengajar Arab tapi saya terpaksa cuti bermula Julai 2012 hingga twin habis menyusu 2tahun. Kalau tak.. niat nak buat pahala mengajar agama tapi dpt dosa sbb abaikan ibadah isteri di rumah. Insyaallah bulan 10 ni lepas twin cukup 2tahun kelas akan diadakan semula.
Jika ada orang tanya lagi “kenapa lama sangat ustaz cutikan kelas Arab tu?” saya akan jawab “sebab menyusu” ikutlah diorang nak fikir apa pun saya tak kesah

-ni gambar Dhia dan Fina. Semoga menjadi anak-anak yang solehah. Terima kasih isteri tercinta Widyana Ali kerana sanggup bersusah payah untuk bagi yang terbaik pada anak-anak.
Kredit: Mohd Yazid Ismail 

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang
 
 
The post “Suami Ambil Cuti Setahun Sebab Menyusu” Bapa 6 Anak Kongsi Pentingnya Peranan Suami Dalam Penyusuan Ibu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/suami-ambil-cuti-setahun-sebab-menyusu-bapa-6-anak-kongsi-pentingnya-peranan-suami-dalam-penyusuan-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Jenis Ubat Makan Terus Muntah Alah Teruk Hamil Anak Sulung Ibu Hamil Tambah Stress Pjj Dengan Suami

3 Jenis Ubat Makan Terus Muntah Alah Teruk Hamil Anak Sulung Ibu Hamil Tambah Stress Pjj Dengan Suami

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 205 hits
Tinggal berasingan dengan suami atau perhubungan jarak jauh sememangnya tidak mudah Lagi lagi jika hamil anak pertama Mengharungi kepayahan hamil tanpa suami di sisi memang payah Mental dan emosi perlu kuat dan kental apa lagi saat dilanda ...
Menangis Sebab Anak Tak Kenyang Dua Journey Penyusuan Berbeza Eyra Hazali Kongsi Cerita

Menangis Sebab Anak Tak Kenyang Dua Journey Penyusuan Berbeza Eyra Hazali Kongsi Cerita

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 164 hits
Lain anak lain rezekinya Bagi pelakon Eyra Hazali dia amat bersyukur bila mana dianugerahkan rezeki untuk terus menyusukan dua anaknya Hayder dan Endra Walaupun diuji dengan terpaksa menjalani pembedahan pada tahun lepas sehinggakan anak ke...
Yeayy Ayah Kita Dah Sampai Cemas Lambat Ambil Anak Sekolah Bapa Kongsi Momen Paling Cute

Yeayy Ayah Kita Dah Sampai Cemas Lambat Ambil Anak Sekolah Bapa Kongsi Momen Paling Cute

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 188 hits
Saat membesarkan anak terlalu banyak momen pahit dan manis yang dilalui oleh ibu dan bapa Momen anak ke sekolah menjadi momen paling istimewa kerana di situlah bermulanya kehidupan anak anak Pun begitu perkongsian seorang bapa Rabbai Heimei...
Beza Sangat Perkembangan Anak Yang Buat Aktiviti Dengan Anak Yang Tak Buat Ibu Kongsi Aktiviti Untuk Baby

Beza Sangat Perkembangan Anak Yang Buat Aktiviti Dengan Anak Yang Tak Buat Ibu Kongsi Aktiviti Untuk Baby

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 168 hits
Tahun pertama adalah sangat penting bagi perkembangan fizikal mental emosi sosial dan intelektual seseorang anak Percaya tak bayi yang terdedah pada persekitaran penuh rangsangan minda tentulah akan menjadi anak yang pintar Ibu bapa perlu m...
5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap

5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 269 hits
5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap l Assalamualaikum Tak mudah nak besarkan anak anak Banyak cabaran yang kita sebagai ibu bapa yang perlu kita hadapi Lagi lagi bila setiap anak mempunyai tahap pembelajaran dan perkembangan y...
Lain Pada Kakak Abang Dia Hat Ni Suami Buat Kejutan Mua Bellaz Nak Kongsi Wajah Anak

Lain Pada Kakak Abang Dia Hat Ni Suami Buat Kejutan Mua Bellaz Nak Kongsi Wajah Anak

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 278 hits
Selamat melahirkan anak keempatnya semalam yang diberi nama Nur Aisywara Nealofa MUA yang cukup dikenali MUA Bellaz tampil berkongsi sipi sipi wajah puteri kesayangannya di media sosial Pun begitu kongsi Bellaz lagi tidak mahu menyorok waja...
Saya Luahkan Dalam Surat Dah Lepas Fasa Kelam Kabut Dengan Anak Kecil Ibu Kongsi Elak Burnout

Saya Luahkan Dalam Surat Dah Lepas Fasa Kelam Kabut Dengan Anak Kecil Ibu Kongsi Elak Burnout

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 306 hits
Ternyata menjadi Seorang Ibu itu memenatkan bukan Ada hari tak sempat makan mandi dan terasa nak menangis Semua ibu ibu akan mengalami fasa ini fasa di mana anak masih kecil dan sedang membesar Ketika inilah anak anak perlukan perhatian dar...
Nama Khair Ada Dalam Banyak Surah Mira Filzah Suami Kongsi Tutorial Pilih Nama Anak Guna Apps

Nama Khair Ada Dalam Banyak Surah Mira Filzah Suami Kongsi Tutorial Pilih Nama Anak Guna Apps

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 203 hits
Perkara paling payah sudah semestinya mencari nama terbaik buat anak yang bakal lahir Mahu nama ringkas dan penuh makna juga nama yang dapat membawa anak kecil itu menjadi lebih baik Itulah impian semua ibu bapa Perkongsian pelakon dan peng...
1st Time Menyusu Rasa Sakit Tu Normal Kaunselor Laktasi Kongsi Cara Penyusuan Yang Betul

1st Time Menyusu Rasa Sakit Tu Normal Kaunselor Laktasi Kongsi Cara Penyusuan Yang Betul

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 271 hits
Ramai ibu beranggapan rasa sakit dan pedih semasa menyusu anak itu normal Ibu mungkin rasa sedikit pedih pada permulaan penyusuan bagi beberapa hari yang pertama Tetapi sakit dan pedih yang berpanjangan adalah TIDAK NORMAL Artikel SAKIT SEM...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut