Yeayy Ayah Kita Dah Sampai Cemas Lambat Ambil Anak Sekolah Bapa Kongsi Momen Paling Cute


Saat membesarkan anak, terlalu banyak momen pahit dan manis yang dilalui oleh ibu dan bapa. Momen anak ke sekolah menjadi momen paling istimewa kerana di situlah bermulanya kehidupan anak-anak.
Pun begitu perkongsian seorang bapa, Rabbai Heimein II mengenai kisahnya yang terlambat mengambil anaknya di sekolah ini mengundang perhatian ramai. Penuh ragam dalam membesarkan anak.

Kisah throwback anak perempuannya yang kini berusia 11 tahun itu memang comel. Ikuti perkongsian menariknya.
Ini anak perempuan saya, Ericka El Zehra. Hari ini 1 Ogos hari ulang tahun kelahirannya yang ke 12.
Sempena hari ulang tahun kelahirannya hari ini, ada 1 cerita yang meruntun jiwa saya selaku ayah beliau ingin saya kongsikan kepada kalian pembaca. Terima kasih kerana membaca.
Kejadian berlaku sekitar tahun 2018, sewaktu Zehra darjah 2. Masa tu saya bertugas sebagai perisik dengan menyamar sebagai pemandu teksi.

Hari Khamis, lepas turunkan dia di sekolah dalam jam 12 tengah hari, saya dapat penumpang pi airport. Dah turunkan penumpang kat airport saya pun terus masuk line Q untuk dapatkan penumpang yang keluar dari airport.
Bajet saya mungkin jam 5 dapat la penumpang yang nak hala ke KL. Kira sempat la nak pick up dia balik dari sekolah. Sekali, penumpang yang saya dapat tu nak pi Klang. Masa tu tak ada pulak penumpang lain yang nak pi KL.
Kalau ada boleh swap dengan penumpang teksi lain. Tapi biasanya gagal main swap swap ni sebab jarang ada teksi yang sukarela nak pi Klang, melainkan rumah pemandu teksi tu belah-belah hala ke Klang.

Dah tak ada pilihan lain terpaksa juga ambil penumpang nak ke Klang tu. Masa tu memang tak sempat dah nak rushing balik sebelum 6.30 petang. Dalam perjalanan ke Klang tu mesej ke cikgu Zehra, minta cikgu maklumkan ke dia yang saya tak boleh ambil dia balik sekolah, sebaliknya kawan saya yang akan datang jemput dia.
Dalam masa yang sama mintak juga nombor fon Pak guard dari cikgu. Lepas tu cikgu reply kata ok dan cikgu forward nombor Pak Guard.
Lepas turun penumpang dekat Klang, nak setting cun cun ni. Call Pak Guard, cakap kawan saya akan jemput anak saya. Minta Pak Guard tolong tengokkan anak saya. Lepas tu saya hantar gambar anak dekat Pak Guard melalui wasap. Kemudian call kawan minta tolong pick up anak saya. Tapi masalahnya kawan saya tak pernah pulak tengok anak saya. Saya pun bagi la gambar dekat wasap dia.
Lepas setting semua ok, saya berasa sedikit lega. 6.30 petang kawan saya wasap, cakap tak jumpa anak saya. Saya cakap ke dia tunggu sekejap sebab anak saya tu lepas habis kelas dia suka meronda dulu dalam sekolah dengan kawan dia.

6.40 petang kawan saya call, cakap anak saya tak ada dekat sekolah. Dia pass fon ke Pak Guard, Pak Guard pun cakap anak saya tak ada dekat sekolah. Saya dah menggelabah.
Bini saya?? Dia tak terlibat sebab dia dekat kelas Perkim. Kalau bagitahu dia, keadaan akan jadi semakin tak terkawal.
Sambung balik. Bayangkan, 6.40 petang saya melekat dekat Federal Highway. Saya dalam kereta dah meraung macam nak gila. Macam mana Zehra boleh tak ada dekat sekolah? Dia ikut siapa? Tak boleh nak explain dah macam mana perasaan masa tu.
Dipendekkan cerita. Lebih kurang jam 7 lebih saya sampai di sekolah. Ternampak Pak Guard dan kawan saya sedang berbual di luar pagar sekolah. Berdecit tayar teksi saya brek depan pagar. Lantas mendapatkan mereka berdua.

Belum lagi saya sempat saya buka mulut untuk mulakan perbualan, terdengar suara kanak-kanak dari belakang pondok guard.
“Yeaaaa ayah kite dah sampai.” Suara Ericka El Zehra. Pak Guard dan kawan saya tercengang.
“Tadi Pakcik tanya kamu, kamu nama Zahra ke, kamu cakap ‘tak’…kenapa??” Soal Pak Guard kepada Zehra.
Dengan muka blur, hidung kembang kempis, Zehra pun balas, “..Kan name saye Zehra. Eje Z E H R A, ZEHRA. Tapi pakcik cakap ZAHRA, haa Z A H R A. Kan tak sama bunyinye, ZEH dengan ZAH tak same la..haa bukan saye la tu..”
Kami bertiga tepuk dahi. Dalam kereta (teksi) dia sambung lagi.
“Tadi kan Zehra dengan kawan kita orang sama-sama la tolong Pakcik Guard cari pelajar nama ZAHRA tu. Sampai dalam tandas kita orang cari, panggil ZAHRA ZAHRA ZAHRA tapi takde pun..”
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Yeayy Ayah Kita Dah Sampai” Cemas Lambat Ambil Anak Sekolah, Bapa Kongsi Momen Paling Cute! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/yeayy-ayah-kita-dah-sampai-cemas-lambat-ambil-anak-sekolah-bapa-kongsi-momen-paling-cute/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Memilih Bab Makan Tak Semestinya Dia Tak Suka Dr Kongsi Tip Paling Mudah

Anak Memilih Bab Makan Tak Semestinya Dia Tak Suka Dr Kongsi Tip Paling Mudah

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 236 hits
Doktor anak saya ni sangat memilih bab makan Apa yang saya boleh buat supaya dia makan Kadang kadang anak tak nak makan sesuatu makanan tu bukan kerana tak suka rasa makanan itu tetapi tidak suka teksturnya atau cara penyediaannya Berkongsi...
Anak Disahkan Selective Mustism Bapa Ini Kongsi Rawatan Terapi Pakar Untuk Anaknya

Anak Disahkan Selective Mustism Bapa Ini Kongsi Rawatan Terapi Pakar Untuk Anaknya

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 219 hits
Anak yang telah di diagnosis mempunyai masalah Selective Mutism oleh pakar pastinya membuatkan ibu bapa rasa susah hati Jangan panik atau terlalu risau memikirkan masa depan anak anda kerana masih belum terlewat untuk mendapatkan rawatan un...
Suami Ambil Cuti Setahun Sebab Menyusu Bapa 6 Anak Kongsi Pentingnya Peranan Suami Dalam Penyusuan Ibu

Suami Ambil Cuti Setahun Sebab Menyusu Bapa 6 Anak Kongsi Pentingnya Peranan Suami Dalam Penyusuan Ibu

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 263 hits
Proses penyusuan susu ibu memerlukan komitmen kesabaran dan disiplin yang tinggi dalam diri seseorang Bukan mudah nak menyusukan anak apatah lagi jika anak itu anak kembar Banyak tenaga yang diperlukan untuk menyusukan mereka Namun semuanya...
Momen Pertemuan Nagita Slavina Dengan Adik Syahrini Anak Anaknya Satu Sekolah

Momen Pertemuan Nagita Slavina Dengan Adik Syahrini Anak Anaknya Satu Sekolah

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 190 hits
Adik penyanyi Syahrini Aisyahrani bertemu dengan Nagita Slavina Keduanya bertemu di tempat anak anak mereka bersekolah Aisyahrani mengabadikan momen kebersamaan dengan Nagita Intip yuk potretnya
Ayah Ayah Rajin Hantar Ambil Anak Sekolah Ibu Ibu Siap Desak Tadika Pecat Guru Cantik Ini

Ayah Ayah Rajin Hantar Ambil Anak Sekolah Ibu Ibu Siap Desak Tadika Pecat Guru Cantik Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 287 hits
Lumrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan sejuk mata memandang Namun ada segelintir orang yang tidak suka akan kecantikan malah iri hati dengan kecantikan seseorang Seorang guru t dika di China terpaksa menerima h kikat bahawa ada pih ...
Nama Khair Ada Dalam Banyak Surah Mira Filzah Suami Kongsi Tutorial Pilih Nama Anak Guna Apps

Nama Khair Ada Dalam Banyak Surah Mira Filzah Suami Kongsi Tutorial Pilih Nama Anak Guna Apps

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 203 hits
Perkara paling payah sudah semestinya mencari nama terbaik buat anak yang bakal lahir Mahu nama ringkas dan penuh makna juga nama yang dapat membawa anak kecil itu menjadi lebih baik Itulah impian semua ibu bapa Perkongsian pelakon dan peng...
Antar Anak Sekolah Petani Ini Dibacok Orang Tak Dikenal Hingga Tewas

Antar Anak Sekolah Petani Ini Dibacok Orang Tak Dikenal Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 239 hits
Pelaku pembunuhan itu berinisial K Dia mencegat lalu mengeluarkan senjata tajam dan membacok Ensudin Marbun yang merupakan seorang petani
Kongsi Momen Isteri Bertarung Nyawa Bersalin Sebak Nukilan Hafiz Mahamad

Kongsi Momen Isteri Bertarung Nyawa Bersalin Sebak Nukilan Hafiz Mahamad

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 135 hits
Selepas isteri selamat melahirkan cahaya mata kedua usahawan dan influencer terkenal Hafiz Mahamad telah menitipkan pesanan istimewa buat anak lelakinya Rayqal Arees Dalam nukilan tersebut sebagai bapa besar harapannya untuk melihat amanah ...
Start Ajar Matematik Dari Anak Lahir Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Teknik Ajar Ikut Usia

Start Ajar Matematik Dari Anak Lahir Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Teknik Ajar Ikut Usia

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 229 hits
Angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi bagaimana cara dia dan isteri memupuk minat suka subjek matematik dalam kalangan anak anak seawal usia bayi lagi Dr Sheikh turut berkongsi video anak lelaki kembarnya seda...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game