Suami Akak Beli Apa Kotak Ni Ringan Macam Takde Barang Nyaris Rugi Rm279 Angkara Scammer Di Facebook
The Reporter
Semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu, aktiviti pembelian secara online menunjukkan trend peningkatan ketara. Para peniaga mengambil peluang untuk menjual produk masing-masing dengan pelbagai tawaran harga menarik sehingga ada yang sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan barang yang diimpikan.
Namun dalam keseronokan membeli secara online, ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba melakukan penipuan dengan menyasarkan pelanggan dengan bermacam-macam cara dan salah satunya seperti yang dikongsikan oleh wanita ini di mana suaminya hampir menjadi mangsa scammer.
SUAMI call dan kata ada Ninja Van nak hantar barang, dah sampai simpang depan perumahan. Dia minta sediakan duit siap-siap RM279 sebab Cash on Delivery (COD). Saya pun pelik, suami saya orangnya bukan pembeli tegar online seperti saya. Lalu saya pun bertanya, "Abang beli apa ni?". Dia kata beli jam.
Okaylah. Suara suami macam teruja sebab harga sebelum sales RM1,000 lebih. Murahnya, tetapi kenapa COD? Suami pesan, sebelum bayar buka dulu bungkusan itu. Saya tamatkan panggilan dan pergi ambil duit suami. Suami juga ada hantar gambar jam.
Tak sampai lima minit, adik Ninja Van itu pun dah sampai. Sampai-sampai saja dia terus cakap, "Saya dah telefon suami akak tadi, kata nak hantar barang". Saya pun iyakan sajalah dan tanya, "Akak nak buka parcel dulu, kemudian baru bayar. Boleh?". Dia kata tak boleh sebab terikat pada prosedur kurier. Saya faham tetapi itulah, macam sesuatu sangat parcel tu.
"Suami akak beli apa ni? Kotak ini ringan sangat, tak macam ada barang," soalnya.
"Suami akak beli jam dik," balas saya.
"Cuba akak hantar gambar kotak ini kepada suami akak," pintanya.
Saya pun buat video call dan beritahu parcel tak boleh dibuka. Saya tanya dia beli dari mana? Suami kata dia beli melalui Facebook, tetapi tak ingat bila. Ah sudah, saya pun tamatkan video call.
Adik Ninja Van kata, "Selalunya barang-barang daripada Crossborder ini scammer kak. Ramai customer yang saya hantar dah kena. Ramai yang beli dari Facebook. Cuba akak tengok kotak ni".
Saya pun ambil dan goncang, Ya Allah memang ringan tak ada apa-apa. Yang bunyi macam plastik angin itu saja. Saya call suami, "Bang, tak ada benda dalam ni. Saya tak ambil ye".
"Dik, akak tak ambillah, risau scammer."
"Tak apa kak, bagus akak tak ambil. Saya pun risau," katanya.
"Terima kasih ye dik, inform."
Sebenarnya kita boleh menolak penghantaran bungkusan itu dengan cara memberitahu petugas kurier. Untuk secara rasminya, kita balas SMS/WhatsApp dengan ayat, "I did not order this item" atau Cancel order". Ayat itu saya dapat daripada petugas Ninja Van. Terima kasih tuan kerana sudi kongsi cara yang official.
Kalau tengok secara logik, kotak punya gonjeng dia post barang beribu/beratus. Ehh! Adik Ninja Van itu sempat kata, "Takkan tak ada kotak premium kak. Barang mahal tu". Itulah kan. Sekali nanti keluar tasbih cina seperti yang viral di Facebook tu. Mampuihh! Hahaha!
Berhati-hatilah bila terima parcel seperti ini, lebih-lebih lagi yang COD. Cuba Google XTYCOD, memang scammer. Alhamdulillah, Allah gerakan hati untuk tidak menerima. Terima kasih juga adik Ninja Van yang concern dengan parcel.
Nak cari duit punyalah payah di musim pandemik ini. Engkau sesuka hati je nak scam orang. Mohon berwaspadalah semua. Kita yang muda ini mungkin bolehlah nak buat semakan di Google dulu, tetapi kalau kena orang tua?
Sumber: Facebook Norashikin Othman
August 04, 2021 at 03:47AM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://atmknews.blogspot.com/2021/08/suami-akak-beli-apa-kotak-ni-ringan.html