Su Pkr Saifuddin Tidak Sehaluan Dengan Anwar Dap






GEORGE TOWN — Setiausaha agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan penyertaan anggota parlimen pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) boleh menjadi nilai tambah kepada usaha mengukuhkan kerajaan sedia ada.

Beliau, yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, berkata situasi itu sekali gus boleh menyumbang kepada penguasaan dua pertiga majoriti oleh Pakatan Harapan dalam Parlimen.

"Kalau perkara ini [penyertaan anggota parlimen pembangkang dalam PH] dilihat dalam konteks itu, saya fikir ada nilai tambah sebab sebuah kerajaan memerlukan kekuatan dua pertiga untuk memulakan apa-apa perubahan yang sebelum ini menjadi kekangan atau halangan.

"Hal ini juga bersabit dengan dasar-dasar yang kita nak laksanakan bagi keuntungan rakyat.

“Kalau kemasukan ini mampu menyumbang ke arah itu dalam konteks mengukuhkan kuasa dua pertiga PH saya kira ia ada 'point' nilai tambah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program tanggungjawab sosial korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan sekumpulan pemimpin Umno yang bertindak keluar parti.

Bagaimanapun, Saifuddin Nasution berkata anggota parlimen pembangkang tidak boleh sewenang-wenangnya menjadi anggota dalam mana-mana parti komponen PH, sebaliknya mereka perlu ditapis melalui beberapa ketetapan yang telah dipersetujui oleh majlis presiden PH.

Beliau berkata penyertaan mereka ke dalam mana-mana parti komponen PH akan diteliti mengikut kes.

"Kalau ada dalam kalangan mereka setelah mengisytiharkan keluar daripada parti lama, kemudiannya telah melalui satu tempoh masa dan seterusnya membuat permohonan (menyertai mana-mana parti dalam PH), permohonan mereka akan diuruskan secara 'case by case'.


“Ini termasuk pertimbangan yang akan diambil kira sama ada pemohon itu ada menghadapi 'tainted'. Kita buat begitu supaya kalau ada permohonan masuk itu ia tidak membawa sama punca yang menjadi kemarahan rakyat," katanya. — Bernama  #CelahGelegar 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/su-pkr-saifuddin-tidak-sehaluan-dengan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Berunding Sebelum Lantik Pengerusi Pkr Negeri Saifuddin

Anwar Berunding Sebelum Lantik Pengerusi Pkr Negeri Saifuddin

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 375 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Keputusan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelantikan pengerusi negeri parti itu bukan dibuat secara peribadi sebaliknya ia dilakukan selepas rundingan dengan ketua ketua cabang selama sebulan ka...
Perwakilan Amanah Keliru Hutang 1 Trillion Negara Pkr Bersatu Dap Tak Keliru Pulak

Perwakilan Amanah Keliru Hutang 1 Trillion Negara Pkr Bersatu Dap Tak Keliru Pulak

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 389 hits
Seorang perwakilan Amanah Perak hari ini mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng tentang kedudukan hutang negara bertanyakan mengapa hutang RM1 trilion tidak dinyatakan dalam Laporan...
Anwar Pkr Tolak Kemasukan Pemimpin Pembangkang

Anwar Pkr Tolak Kemasukan Pemimpin Pembangkang

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 347 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata parti itu setakat ini menolak permintaan daripada beberapa pemimpin pembangkang yang berminat menyertai PKR Anwar berkata keputusan itu dibuat untuk mempertahankan integriti dan prinsip perjuangan parti se...
Pkr Tutup Pintu Untuk Bekas Pemimpin Umno Anwar

Pkr Tutup Pintu Untuk Bekas Pemimpin Umno Anwar

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti itu walaupun sudah ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR kini memberi...
Pkr Veep Defectors Must Also Show Commitment To Pm In Waiting Anwar

Pkr Veep Defectors Must Also Show Commitment To Pm In Waiting Anwar

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 432 hits
PKR vice president Xavier Jayakumar said MPs who have quit Umno and are looking to join Pakatan Harapan should also show their commitment to prime minister in waiting Anwar Ibrahim Xavier said this was among the conditions laid out by the H...
Tambahan Kerusi Ppbm Ancaman Buat Pkr Dap

Tambahan Kerusi Ppbm Ancaman Buat Pkr Dap

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 554 hits
Sebelum PRU14 bagi mencandukan para pengundi Pakatan mencanang jika menang PRU tol akan dihapus minyak aka turun hutang Felda hapus hutang PTPTN mansuh harga barang turun dan macam macam lagi janji Lepas sahaja menang tiada satu janji yang ...
Dap Pkr Attempted To Meddle In Bersatu S Business Says Rahim

Dap Pkr Attempted To Meddle In Bersatu S Business Says Rahim

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 380 hits
PKR and DAP have attempted to meddle in the internal affairs of their ally Bersatu accused former Malacca chief minister Rahim Thamby Chik Rahim who a membership application to join Bersatu on Dec 16 accused both parties of blocking him fro...
Latheefa Alleges Cronyism In Anwar S Recent Appointment Of Pkr State Leaders

Latheefa Alleges Cronyism In Anwar S Recent Appointment Of Pkr State Leaders

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 347 hits
A PKR central committee member has alleged cronyism and nepotism in the recent appointment of state leaders in the party by Datuk Seri Anwar Ibrahim Latheefa Koya pointed out that the appointments announced were disturbing and a cause for g...
Persengketaan Bersatu Pkr Dan Dap Realiti Bukan Propaganda

Persengketaan Bersatu Pkr Dan Dap Realiti Bukan Propaganda

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 622 hits
8 Rabiulakhir 1440H Ahad Persengketaan dua kem utama dalam Pakatan Harapan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PKR adalah sesuatu yang realiti dan bukan propaganda memecah belahkan perikatan kerajaan Penganalisis politik Dr Ainul Adzellie Ha...
Ayam Gunting Dan Enoki Goreng Crispy Pedas

Recommended By

Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025

Ready To Rip A Sublime Yamaha Rd350 Street Tracker From Virginia

From Panel To Screen Why Webtoons Are Hollywood S Next Blockbuster Pipeline

Seni Resin Art Keindahan Teknik Dan Kenapa Makin Ramai Jatuh Hati

Malaysian Couple Defy Norms Celebrate Love Despite Disability

Tahniah Good Boy Capai Rating Tertinggi Sementara Our Movie Cipta Rekod Baru Sabtu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bekerja Dengan Bos Yang Tak Pernah Salah

Jyp Entertainment Dikecam Teruk Akibat Prestasi Carta Yang Mengecewakan

Masalah Akses Tercetus Kenapa Anda Tidak Dapat Mengakses Laman Ini

Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9km Sempena Sambut Kelahiran Ke 100 Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak

Ikut Campur Masalah Keluarga Punca Penyanyi Lagenda Serang Shila Amzah Suspek Tak Puas Hati

Atlet Tenis India Maut Ditembak Bapa Empat Kali Ketika Sediakan Sarapan