Anwar Berunding Sebelum Lantik Pengerusi Pkr Negeri Saifuddin


THE MALAYSIAN TIMES 

PUTRAJAYA: Keputusan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelantikan pengerusi negeri parti itu bukan dibuat secara peribadi, sebaliknya ia dilakukan selepas rundingan dengan ketua-ketua cabang selama sebulan, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Saifuddin, mengikut perlembagaan parti berkenaan dalam hal melantik pengerusi negeri, presiden haruslah melakukan pelantikan setelah berunding dengan ketua-ketua cabang.

“Jadi adakah dia (Anwar) sudah berunding? Ya. Dengan semua ketua cabang? Ya. Dari Perlis hingga Sabah? Ya.

“Kalau terus dipertikaikan ia jadi tak cantik. Kalau semua orang menghormati keputusan itu akan melegakan dan tidak timbul masalah dan parti tak perlu pelan pemulihan dan sebagainya kerana semua (syarat) itu telah dipenuhi,” katanya.

Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Program Transformasi Peniaga dan Penyerahan Kenderaan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini hari ini.

Bekas Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Latheefa Koya sebelum ini dilaporkan membidas parti itu yang didakwa mengamal kronisme dan nepotisme dalam melantik pengerusi PKR negeri termasuk pelantikan anak presiden, Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Isnin lalu, Nurul Izzah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta mengundurkan diri daripada pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Pada hari sama juga, Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim mengumumkan secara rasmi meletak jawatan sebagai Pengerusi PKR Johor.

Mengenai Nurul Izzah, Saifuddin berkata sokongan daripada 13 ketua cabang di Pulau Pinang untuk Nurul Izzah adalah kuat dan kerana itu, tidak banyak pilihan untuk Anwar selain melantik Nurul Izzah.

“Tetapi kalau dia (Nurul Izzah) ubah keputusan itu lebih baik. Kalau itu tidak berlaku saya percaya presiden (PKR) akan meneliti semula kalau ada keperluan tapi buat masa sekarang Nurul Izzah sudah buat ketetapan untuk tidak menerimanya dan tidak bercadang untuk ubah fikiran. Begitu juga di Johor,” katanya.

Saifuddin turut ditanya sama ada PKR ada menerima permohonan baharu daripada anggota UMNO, beliau berkata: “Tiada setakat ini.”

Baru-baru ini, enam Anggota Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mereka ialah Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid; Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah); Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor) ; Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut); Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing).

Pada 12 Dis lepas, hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri dan dua senator mengumumkan keluar parti.– Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/anwar-berunding-sebelum-lantik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fafmi Pkr Umum Lima Lagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri

Fafmi Pkr Umum Lima Lagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR PKR hari ini mengumumkan lima lagi lantikan baharu baharu Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam kenyataan berkata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sesi rundingan bersa...
Latheefa Koya Bidas Parti Isu Lantikan Pengerusi Pkr Negeri

Latheefa Koya Bidas Parti Isu Lantikan Pengerusi Pkr Negeri

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Bekas pemimpin pusat PKR Latheefa Koya membidas parti itu yang didakwa mengamal sikap kronisme dan nepotisme dalam melantik pengerusi PKR negeri Ini termasuk pelantikan anak Presidennya Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi PKR P...
Konflik Menteri Besar N9 Vs Pengerusi Pkr Negeri

Konflik Menteri Besar N9 Vs Pengerusi Pkr Negeri

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 404 hits
Majoriti pemimpin cabang PKR di Negeri Sembilan menulis surat kepada presiden parti Anwar Ibrahim bagi menentang pelantikan Menteri Besar Aminuddin Harun sebagai pengerusi PKR negeri Dalam surat bertarikh 16 Dis yang dilihat Malaysiakini pa...
Anwar Diminta Tukar Pengerusi Pkr Kelantan Ada Rekod Sprm

Anwar Diminta Tukar Pengerusi Pkr Kelantan Ada Rekod Sprm

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 439 hits
KOTA BHARU Kira kira 70 anggota PKR yang mewakili 14 cabang di Kelantan merayu agar Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan kembali pelantikan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kel...
Pkr Negeri Sembilan Akan Disusun Semula Kata Pengerusi

Pkr Negeri Sembilan Akan Disusun Semula Kata Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 315 hits
PKR Negeri Sembilan akan disusun semula kata pengerusi Dikemas kini 45 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 14 Dec 2018 1
Su Pkr Saifuddin Tidak Sehaluan Dengan Anwar Dap

Su Pkr Saifuddin Tidak Sehaluan Dengan Anwar Dap

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 361 hits
GEORGE TOWN Setiausaha agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan penyertaan anggota parlimen pembangkang dalam Pakatan Harapan boleh menjadi nilai tambah kepada usaha mengukuhkan kerajaan sedia ada Beliau yang juga menteri ...
Pkr Paya Besar Kaji Semula Lantikan Pengerusi Mpn Pahang

Pkr Paya Besar Kaji Semula Lantikan Pengerusi Mpn Pahang

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 293 hits
KUANTAN PKR Paya Besar menggesa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat semula lantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang Ketuanya Albakri Salim berkata ia jelas terdapat ketidakadilan dalam proses lantikan tersebut Menurutnya b...
Pkr Veep Defectors Must Also Show Commitment To Pm In Waiting Anwar

Pkr Veep Defectors Must Also Show Commitment To Pm In Waiting Anwar

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 395 hits
PKR vice president Xavier Jayakumar said MPs who have quit Umno and are looking to join Pakatan Harapan should also show their commitment to prime minister in waiting Anwar Ibrahim Xavier said this was among the conditions laid out by the H...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro