Persengketaan Bersatu Pkr Dan Dap Realiti Bukan Propaganda


8 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Persengketaan dua kem utama dalam Pakatan Harapan (PH) – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PKR – adalah sesuatu yang realiti, dan bukan propaganda memecah-belahkan perikatan kerajaan.Penganalisis politik, Dr Ainul Adzellie Hasnul berkata, meskipun pada peringkat akar umbi PH, mereka masih ‘dalam keadaan menafikan’ dan menolak wujudnya perpecahan ini, realitinya ialah perpecahan ini memang benar-benar berlaku dan penyokong harus cakna serta bersedia dengan sebarang kemungkinan.“Harus diingat, akar umbi mana-mana parti politik pun akan tetap setia dengan perjuangan parti, kerana pemimpin mereka akan sentiasa memastikan akar umbi sentiasa rapat dan bersolidariti, demi mengelak mereka keluar parti.“Dalam kes akar umbi di pihak kerajaan seperti Parti Amanah Nasional dan PKR, pemimpin mereka sudah tentu beri perkhabaran bahawa semuanya dalam keadaan baik, ini demi survival mereka sebab tanpa akar umbi, parti akan goyang,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.Mengulas lanjut, Ainul Adzellie yang juga Felo di Pusat Penyelidikan & Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia berkata, percaturan politik peringkat atasan bukan sesuatu yang boleh diakses dengan mudah, malah bukan juga komoditi untuk dihebahkan di media.Tetapi, katanya, rakyat perlu cakna dan memerhati dengan terperinci setiap pergerakan politik tanah air, kerana hanya melalui cara itu mereka akan jelas mengenai pertembungan yang berlaku antara dua kem itu.“Pertembungan di antara Bersatu dengan PKR ini memang berlaku, dan kini semakin ketara. Contohnya, kenyataan Perdana Menteri yang berkata bahawa mereka (Bersatu) boleh menerima Ahli Parlimen dari UMNO menyertai mereka.“Jika kita lihat dalam PH, PKR dan DAP iaitu parti dominan ada keluarkan kenyataan membidas tindakan UMNO itu. Ramkarpal Singh (DAP) misalnya sebut, lompat parti ini adalah satu tindakan yang tidak wajar.“Mesej di sini, ramai dalam kalangan DAP kini sudah mula risau dengan migrasi besar-besaran Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu,” katanya.Rabu lalu, hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah, termasuk lima Ahli Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri dan dua senator, mengumumkan keluar parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas.Kelmarin, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan enam lagi Ahli Parlimen UMNO keluar daripada parti itu hari ini, termasuk Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.Yang lain ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing); Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor); Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam); dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).Adalah dijangkakan lebih ramai wakil rakyat UMNO akan meninggalkan parti itu dan menjadi Bebas, sebelum menyertai Bersatu di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.Semalam, Ismaweb melaporkan, sekurang-kurangnya 31 Ahli Parlimen UMNO didakwa bersetuju menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Mahathir, jika berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat.Dakwaan itu dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, sambil menyatakan bahawa sokongan itu akan diberi tanpa perlu Ahli Parlimen terbabit keluar daripada UMNO. - Ismaweb #CelahGelegar 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/persengketaan-bersatu-pkr-dan-dap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perwakilan Amanah Keliru Hutang 1 Trillion Negara Pkr Bersatu Dap Tak Keliru Pulak

Perwakilan Amanah Keliru Hutang 1 Trillion Negara Pkr Bersatu Dap Tak Keliru Pulak

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 361 hits
Seorang perwakilan Amanah Perak hari ini mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng tentang kedudukan hutang negara bertanyakan mengapa hutang RM1 trilion tidak dinyatakan dalam Laporan...
Dap Pkr Attempted To Meddle In Bersatu S Business Says Rahim

Dap Pkr Attempted To Meddle In Bersatu S Business Says Rahim

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 342 hits
PKR and DAP have attempted to meddle in the internal affairs of their ally Bersatu accused former Malacca chief minister Rahim Thamby Chik Rahim who a membership application to join Bersatu on Dec 16 accused both parties of blocking him fro...
Su Pkr Saifuddin Tidak Sehaluan Dengan Anwar Dap

Su Pkr Saifuddin Tidak Sehaluan Dengan Anwar Dap

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 345 hits
GEORGE TOWN Setiausaha agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan penyertaan anggota parlimen pembangkang dalam Pakatan Harapan boleh menjadi nilai tambah kepada usaha mengukuhkan kerajaan sedia ada Beliau yang juga menteri ...
Pintu Pkr Tertutup Untuk Pembangkang Nampaknya Bersatu Jelah Tempatnya

Pintu Pkr Tertutup Untuk Pembangkang Nampaknya Bersatu Jelah Tempatnya

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 432 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata parti itu setakat ini menolak permintaan daripada beberapa pemimpin pembangkang yang berminat menyertai PKR Anwar berkata keputusan itu dibuat untuk mempertahankan integriti dan prinsip perjuangan parti se...
Pakatan Wars To Come Nurul Sabah Frogs The Preliminary Battles As Bersatu Fights Pkr For Power

Pakatan Wars To Come Nurul Sabah Frogs The Preliminary Battles As Bersatu Fights Pkr For Power

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 407 hits
Firstly deepest condolences to the family of Muhammad Adib Mohd Kassim He died a true Malaysian hero Beside such nobility and sacrifice our political squabbles seem somewhat petty and childish Nurul Izzah Anwar s resignations are obviously ...
Tambahan Kerusi Ppbm Ancaman Buat Pkr Dap

Tambahan Kerusi Ppbm Ancaman Buat Pkr Dap

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 479 hits
Sebelum PRU14 bagi mencandukan para pengundi Pakatan mencanang jika menang PRU tol akan dihapus minyak aka turun hutang Felda hapus hutang PTPTN mansuh harga barang turun dan macam macam lagi janji Lepas sahaja menang tiada satu janji yang ...
Khianat Jika Rahim Diterima Masuk Bersatu Pemuda Dap

Khianat Jika Rahim Diterima Masuk Bersatu Pemuda Dap

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 325 hits
ULASAN Mungkin ada di antara kita telah lupa akan penderitaan yang ditanggung Puan Pendek binti Ahmad yang mengetahui cucu perempuannya Noryati binti Mohamad Yusop yang ketika itu berumur 14 tahun dirogol Mungkin juga tak ramai yang ingat p...
Goodbye Bn Mca Mca Join Dap Jela Umno Join Bersatu Relaks Jerr

Goodbye Bn Mca Mca Join Dap Jela Umno Join Bersatu Relaks Jerr

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 339 hits
MCA meluluskan resolusi untuk menggesa pembubaran BN dan membentuk pakatan baru di perhimpunan agung parti itu hari ini Menurut Presiden MCA Wee Ka Siong dalam sidang medianya pakatan baru itu akan ditubuhkan pada masa yang sesuai Tambah We...
Rahim Saya Dianiaya Konspirasi Jelik Tokoh Dap Pkr

Rahim Saya Dianiaya Konspirasi Jelik Tokoh Dap Pkr

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 616 hits
Kedua parti ini memberi ugutan melampau kepada Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad dakwa bekas ketua pemuda Umno itu
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Pigeon Feeding Asmr

Gunpla Untuk Pemula

Kencana Lore 2

Tutorial Popular Post Yang Stylo

Teka Teki Benda Uk

Bebas Lampin Pakai Buang Di Usia 5 Tahun