Stress Bekerja Antara Punca Ramai Golongan Muda Zaman Sekarang Menghidap Kanser Setuju


“Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak. Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan.”
Kanser merupakan satu penyakit yang digeruni oleh semua kerana penyakit ini jika tidak dikawal dengan baik akan memudaratkan pesakit dan boleh menyebabkan kematian.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya di dalam Mstar, kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dan kaum wanita merupakan paling ramai mengalami penyakit ini.
Jumlah ini membuktikan bahawa kaum wanita perlu mencegah penyakit ini daripada terus merebak kepada diri mereka.

Satu catatan ringkas yang telah dikongsikan Sri Diah Shaharuddin di laman Facebook mengenai kanser. Berdasarkan catatan tersebut, tiga dari enam wanita terbabit menghidap kanser payudara manakala selebihnya menghidap kanser servik dan hati, serta kanser kelenjar.
Mereka semua merupakan di dalam golongan yang bekerjaya, mempunyai keluarga dan anak-anak dan mereka juga selalu membuat pemeriksaan kesihatan.
Catatan ini juga dibuat adalah untuk merungkai mengapa penyakit kanser mudah dihidapi oleh wanita ketika usia masih muda. Stress, faktor keturunan, corak bekerja dan kemurungan merupakan beberapa punca kanser ini menyerang wanita.
Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan untuk membuat catatan. Ini adalah hal antara hidup dan mati.
Perhatikan angka-angka ini:
S: 33 tahun – kanser payudara
M: 32 tahun – kanser payudara
M: 35 tahun – kanser servik
E: 33 tahun – kanser kelenjar
Z: 44 tahun – kanser hati dan servik
M: 40 tahun – kanser payudara dan tulang

Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Mereka telah ditakdirkan dengan serangan kanser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak.
Satu hal penting yang perlu dicatat adalah mereka tidak culas membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali. Dua daripada rakan-rakan saya ini sedang berjuang dan mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu.
Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. Mengapa?
Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah stress bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran.
Stres dan anxiety adalah salah satu penyebab kanser. Stres adalah tekanan emosi apabila kita di dalam keadaan tertekan dari segi emosi, mental atau fizikal. Dalam hidup, kita tidak boleh lari daripada stres. Kita dikelilingi pelbagai jenis stres seperti kerja, keluarga, persekitaran, kesesakan jalan-raya, anak-anak akan mengambil peperiksaan, suami curang dan sebagainya.
Anxiety pula ialah perasaan bimbang, runsing, risau, takut dan memikirkan perkara-perkara negatif. Jadi stres dan anxiety yang berterusan boleh mendorong kepada seseorang itu untuk senang untuk mendapat penyakit kanser.
Bila kita stres atau mempunyai anxiety yang tinggi, metabolism kita akan dengan sendirinya meningkat dan degupan jantung akan menjadi lebih laju daripada biasa. Bila ini berlaku, dengan sendirinya tubuh akan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dalam darah. Karbon dioksida adalah berasid dan ini akan membuat tubuh kita lebih berasid. Sel kanser akan cepat membiak dalam persekitaran tubuh berasid.

Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak. Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan. Pemeriksaan ulangan yang dijalankan setiap enam bulan atau setahun sekali bukan boleh dipercayai seratus peratus.
Kanser boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Apabila menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4.
Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stress dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah.
Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stress isteri. Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak. Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh.
Stress adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kanser akan bangkit bermaharajalela.
Terima kasih Drzubaidi Hj Ahmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita kanser pada usia muda.
#PRIDE #LindaMohdNor
#cancerfighter #sridiahnotes
Sumber: Sri Diah Shaharuddin via The Reporter
The post Stress Bekerja Antara Punca Ramai Golongan Muda Zaman Sekarang Menghidap Kanser. Setuju? appeared first on dePalmaSP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/stress-bekerja-antara-punca-ramai-golongan-muda-zaman-sekarang-menghidap-kanser-setuju/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Tips Bijak Mengurus Kewangan Buat Golongan Muda

6 Tips Bijak Mengurus Kewangan Buat Golongan Muda

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 315 hits
Stresnya tengah bulan duit dah makin susut Gaji lambat masuk lagi poket dah kering ni Ramai yang mengalami situasi seperti ini gagal dalam pengurusan kewangan Lebih lebih lagi kepada golongan muda yang baru melangkah ke dunia pekerjaan Namu...
I Saraan Kwsp Untuk Golongan Bekerja Sendiri

I Saraan Kwsp Untuk Golongan Bekerja Sendiri

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 395 hits
Pernah mencarum untuk diri sendiri walaupun anda bukan makan gaji tetap Jika belum mari baca skim baru KWSP untuk golongan tidak mempunyai pendapatan tetap Saya ada baca di website KWSP bahawa kerajaan akan bagi 15 sebagai sumbangan bagi me...
Golongan Muda Harus Dipandang Sebagai Rakan Strategik Bukan Masalah

Golongan Muda Harus Dipandang Sebagai Rakan Strategik Bukan Masalah

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR Golongan muda harus dipandang sebagai rakan strategik dan bukanlah sebagai satu masalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong berkata kerajaan baharu akan menghormati memupuk nilai baik dan memberi mereka ruang...
Bab Didik Anak Tak Boleh Nak Samakan Zaman Kita Dulu Dengan Anak Anak Sekarang

Bab Didik Anak Tak Boleh Nak Samakan Zaman Kita Dulu Dengan Anak Anak Sekarang

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 416 hits
Mengharapkan anak membesar dengan emosi psikologi dan tingkahlaku yang positif mesti bermula dengan menanam saham sedikit demi sedikit dari awal Barulah berbelas tahun kemudiannya kita boleh withdraw keuntungan kita Kalau kita tak pernah de...
Antara Yang Haram Jadi Halal Di Akhir Zaman Itulah Negara Haram Israel Laknatullah 9039

Antara Yang Haram Jadi Halal Di Akhir Zaman Itulah Negara Haram Israel Laknatullah 9039

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 503 hits
Allah jadikan Wilayah dan Negara Islam kaya dengan sumber yang diperlukan oleh manusia Seperti minyak Termasuklah Timur Tengah Afrika Utara Afghanistan Negara2 Islam Bekas Kesatuan Soviet Wilayah Xinjiang yang didiami etnik Uighur di China ...
Hiburan Zaman Sekarang Ramai Ustaz Dan Ustazah Jadian Sibuk Mengata Hal Orang Fasha Sandha

Hiburan Zaman Sekarang Ramai Ustaz Dan Ustazah Jadian Sibuk Mengata Hal Orang Fasha Sandha

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 546 hits
Bukan mudah sebenarnya hendak bergelar selebriti pada masa kini dengan wujudnya medium media sosial ia menjadi tempat untuk orang ramai mencari kesalahan mereka Menerusi satu muat naik terbaru di akaun Instagramnya pelakon Fasha Sandha melu...
Ariel Tatum Blak Blakan Soal Body Shamming Aku Prihatin Sama Pengguna Media Sosial Zaman Sekarang

Ariel Tatum Blak Blakan Soal Body Shamming Aku Prihatin Sama Pengguna Media Sosial Zaman Sekarang

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 321 hits
Alih alih marah Ariel justru merasa kasihan dengan warganet yang melakukan body shaming terhadapnya
Nasi Ayam Rm1 90 Sepinggan Masih Wujud Lagi Zaman Sekarang Dan Ianya Ada Di Besut

Nasi Ayam Rm1 90 Sepinggan Masih Wujud Lagi Zaman Sekarang Dan Ianya Ada Di Besut

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 825 hits
BESUT Dalam keghairahan ramai peniaga menaikkan harga makanan di premis mereka berikutan kenaikan harga bahan mentah termasuk bahan api masih ada peniaga di sini tetap menjual dengan harga lama Seorang pengusaha kedai makan nasi ayam di Gon...
Proses Bersalin Yang Sangat Lama Punca Bahu Bayi Tersangkut Ibu Hidap Kencing Manis Golongan Berisiko

Proses Bersalin Yang Sangat Lama Punca Bahu Bayi Tersangkut Ibu Hidap Kencing Manis Golongan Berisiko

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 472 hits
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ialah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika kelahiran Ikuti penerangan Dr Sharina Mohd Razali Pakar Perbidanan Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ia ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut