Nasi Ayam Rm1 90 Sepinggan Masih Wujud Lagi Zaman Sekarang Dan Ianya Ada Di Besut




BESUT – Dalam keghairahan ramai peniaga menaikkan harga makanan di premis mereka berikutan kenaikan harga bahan mentah termasuk bahan api, masih ada peniaga di sini tetap menjual dengan harga lama.

Seorang pengusaha kedai makan nasi ayam di Gong Kemuntong, Jertih, Ramli Mat Zaid, 43, berkata, dia masih mengekalkan harga nasi ayam yang dijualnya iaitu RM1.90 sepinggan, sejak premisnya yang terletak di depan Padang Astaka Jertih, di sini, beroperasi hampir lapan tahun lalu.

Menurutnya, harga nasi ayam biasa yang dijualnya masih sama tanpa mengubah saiz ayam dan nasi sejak dulu lagi walaupun harga ayam dan beras naik.

“Walaupun kekal dengan harga lama dan barangan pula semakin mahal, saya masih dapat untung meskipun tidak sebanyak ketika harga bahan mentah murah.

“Saya berniaga nasi ayam ini bermula daripada harga ayam sekitar RM4.50 sekilogram sehinggalah harga sekarang kira-kira RM6.50 sekilogram, namun saya masih mampu menjual dengan harga murah,” katanya yang mempunyai lapan pekerja.



Ramli berkata, memang menjadi hasratnya semasa memulakan perniagaan untuk menjual nasi ayam itu dengan harga RM1.90.

Katanya, pelanggan yang menempah nasi ayam dengan air minuman teh ‘O’ ais di kedainya hanya perlu membayar RM2.90 sahaja.

“Walaupun harga ayam meningkat, tetapi apabila pelanggan ramai berkunjung ke kedai kita, tetap memberi pulangan menguntungkan,” katanya yang menyediakan kira-kira 80 hingga 100 ekor ayam sehari.

Bagaimanapun katanya, bagi nasi ayam spesial, harga yang dijual telah naik sebanyak 50 sen pada awal tahun ini daripada RM3.00 menjadi RM3.50 sepinggan.

Sementara itu, salah seorang pelanggannya, Mohd Razali Mahmud, 31, berkata, dia menjadi pelanggan setia di kedai itu kerana harga nasi ayam yang dijual murah dan berpatutan.

“Langkah pengusaha kedai nasi ayam ini yang tidak menaikkan harga membuktikan peniaga masih mampu mendapat keuntungan walaupun harga barang mentah naik.

“Masalah sekarang, harga bahan mentah naik tidak seberapa, tetapi peniaga menaikkan harga makanan melampau-lampau,” katanya.


Sumber : cempedakcheese.com © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/01/nasi-ayam-rm190-sepinggan-masih-wujud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bolehkah Solat Ketika Azan Masih Berkumandang Baca Ini Ramai Orang Zaman Sekarang Yang Masih Keliru

Bolehkah Solat Ketika Azan Masih Berkumandang Baca Ini Ramai Orang Zaman Sekarang Yang Masih Keliru

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 767 hits
SEMBAHYANG KETIKA AZANMENUNAIKAN SEMBAHYANG KETIKA AZAN DILAUNGKANSoalan Bolehkan saat azan dilaungkan Allahu Akbar Allahu Akbar seseorang itu terus menunaikan solat Jawapan Seseorang yang mengerjakan sembahyang ketika azan masih dilaungkan...
Hiburan Zaman Sekarang Ramai Ustaz Dan Ustazah Jadian Sibuk Mengata Hal Orang Fasha Sandha

Hiburan Zaman Sekarang Ramai Ustaz Dan Ustazah Jadian Sibuk Mengata Hal Orang Fasha Sandha

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 631 hits
Bukan mudah sebenarnya hendak bergelar selebriti pada masa kini dengan wujudnya medium media sosial ia menjadi tempat untuk orang ramai mencari kesalahan mereka Menerusi satu muat naik terbaru di akaun Instagramnya pelakon Fasha Sandha melu...
Saya Kecewa Masalah Begini Masih Berlaku Di Zaman Malaysia Baharu Manogaran

Saya Kecewa Masalah Begini Masih Berlaku Di Zaman Malaysia Baharu Manogaran

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 412 hits
TANAH RATA Calon PH PRK Cameron Highlands M Manogaran kecewa majlis makan malam amal yang sepatutnya diadakan di Dewan Serbaguna Tringkap esok dibatalkan tempahannya pada saat akhir dipercayai hasil campur tangan pihak tertentu Saya kecewa ...
Jenjalan Cari Makan Nasi Ayam Istimewa Haji Ghani Kangkar Tebrau

Jenjalan Cari Makan Nasi Ayam Istimewa Haji Ghani Kangkar Tebrau

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 977 hits
Jenjalan Cari Makan Nasi Ayam Istimewa Haji Ghani Kangkar Tebrau Singgah lunch jap on the way back Memang spesel Nasi ayam tu digoreng Ayam sambal dia memang pedas terangkat Marbeles Tetambah pulak dapat lemon ais Perghhhh Harga pun OK lepa...
Rahsia Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Simple Yang Wajib Anda Cuba

Rahsia Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Simple Yang Wajib Anda Cuba

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 634 hits
Nasi ayam merupakan sejenis makanan yang dikatakan berasal dari negara China yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura dan juga ditemui di negara jiran iaitu Thailand Nasi ayam Hainan pula dinamakan sedemikian kerana asal...
Makan Nasi Sesenduk Tapi Kenyang Macam Sepinggan 10 Perkara Ini Anda Wajib Tahu Sebelum Nak Mula Diet

Makan Nasi Sesenduk Tapi Kenyang Macam Sepinggan 10 Perkara Ini Anda Wajib Tahu Sebelum Nak Mula Diet

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 995 hits
Nasi dan rakyat Malaysia sememangnya tidak boleh dipisahkan Inilah yang menjadi masalah kepada mereka yang hendak kuruskan badan Kita semua tahu nasi merupakan pembekal tenaga kepada badan Namun jika diambil berlebihan ia akan menyumbang ke...
Nasi Ayam Pak Ayob Pantai Dalam Kuala Lumpur

Nasi Ayam Pak Ayob Pantai Dalam Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 1170 hits
Nasi Ayam Pak Ayob Pantai Dalam Kuala Lumpur Connect with us Oh My Media Nasi Ayam Pak Ayob Pantai Dalam Kuala Lumpur embedded content More Videos Pecel Lele Abah Ampang Selangor
Stress Bekerja Antara Punca Ramai Golongan Muda Zaman Sekarang Menghidap Kanser Setuju

Stress Bekerja Antara Punca Ramai Golongan Muda Zaman Sekarang Menghidap Kanser Setuju

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 443 hits
Kanser ini jahat lagi kita murung lagi cepat selnya membiak Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan Kanser merupakan satu penyakit yang digeruni oleh semua kerana penyakit ini jika tidak dikawal dengan baik akan memu...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025