6 Tips Bijak Mengurus Kewangan Buat Golongan Muda



“Stresnya tengah bulan, duit dah makin susut.”
“Gaji lambat masuk lagi, poket dah kering ni.”
Ramai yang mengalami situasi seperti ini gagal dalam pengurusan kewangan. Lebih-lebih lagi kepada golongan muda yang baru melangkah ke dunia pekerjaan.
Namun begitu, bagaimana pula pengurusan kewangan yang baik bagi golongan muda yang bergaji sederhana tetapi masih mampu memenuhi keperluan hidup walaupun sudah berumah tangga.
Dalam artikel ini, saya suka berkongsi bagaimana mengawal perbelanjaan dan mengurus kewangan supaya dapat menstabilkan ekonomi khususnya dalam mengekalkan keharmonian rumahtangga.
Pengurusan ekonomi yang bijak memberi impak yang baik dalam rumahtangga kerana ekonomi salah satu tunggak pengukuhan dalam sebuah ikatan kekeluargaan.
Namun begitu, kita hendaklah mengetahui asas-asas kestabilan ekonomi dalam rumahtangga iaitu memastikan sumber pendapatan yang halal lagi baik. Mencari nafkah bukan sahaja ditekankan dalam soal halal dan haram.
Malah baiknya sumber itu mestilah di ambil kira. Kita mestilah mengetahui sumber pendapatan yang diperoleh bagi menampung keluarga kita adalah berasal dari sumber yang halal dan bersih (baik).
Selain itu, kita mestilah bijak mengawal aliran wang dan mengelakkan pembaziran. Selalu kita dengar ungkapan ukur baju di badan sendiri.
Saya setuju dengan nasihat ini kerana jika kita berbelanja melebihi kemampuan diri sudah pasti akan menjejaskan keperluan lain yang lebih penting untuk keluarga kecil kita.
Di samping itu, amalkan membeli barangan secara tunai. Elakkan daripada berhutang dengan kadar yang banyak sehinggakan hidup kita sentiasa diburu dengan hutang sana sini. Sudah pasti kehidupan kita juga terganggu dengan hutang yang tidak kehabisan.
Biarlah bijak merancang untuk membeli sesuatu keperluan. Dalam konteks ini, pentingnya mengamalkan prinsip berhemah dan bersederhana dalam berbelanja serta bijak membezakan yang mana satu keperluan dan kehendak.
Membuat Simpanan Untuk Masa Hadapan
Simpanan masa depan sangat penting. Amalan menabung ini sewajarnya diterapkan sejak usia kita kecil lagi. Namun begitu, di samping kita meyimpan dalam tabungan sendiri terdapat juga pelaburan di institusi yang halal yang telah berkembang pesat di negara kita.
Kita juga boleh membuat insuran dan takaful Islam demi kebajikan keluarga kita serta boleh juga membuat pembelian aset.
Dalam konteks ini, kita perlulah mendapatkan panduan daripada orang yang selayaknya bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku.
6 Langkah Merancang Perbelanjaan
#Langkah 1: Tentukan Keperluan
Dalam perbelanjaan keperluan hidup, kita mestilah mengetahui kategori perbelanjaan yang menjadi panduan agar kita bijak dalam mengatur kewangan.
Boleh dibahagikan keperluan kepada tiga bahagian iaitu keperluan asas seperti makan dan minum, pakaian, pendidikan, kediaman, dan kesihatan.
Seterusnya, keperluan tambahan seperti kenderaan, perhiasan dan peralatan elektrik. Akhir sekali, keperluan simpanan dan kebajikan iaitu ibadah (haji/ umrah/ zakat), kebajikan keluarga, kecemasan dan takaful.
#Langkah 2: Mengukur Kemampuan
Dalam konteks ini, kita mestilah mengukur kemampuan diri kita. Jangan berbelanja melebihi pendapatan yang kita perolehi.
#Langkah 3: Agihan Perbelanjaan
– Keperluan asas (70 %)
– Kehendak/ kemewahan (20 %)
– Simpanan (10 %)
#Langkah 4: Rekod Perbelanjaan Sebenar
Membuat rekod dan penyata amat penting agar pengurusan kewangan kita lebih sistematik. Hal ini menjadikan kehidupan kita lebih tersusun agar tidak berlaku masalah kewangan pada pertengahan sehingga hujung bulan khususnya.
#Langkah 5: Memeriksa Perbelanjaan
Setelah kita merekodkan perbelanjaan kita, lakukanlah pemeriksaan sekali lagi terhadap setiap perbelanjaan.
Memeriksa barang yang kita belanja atau pembayaran yang kita lunaskan agar dapat mengesan kenaikan atau penurunan harga yang boleh diperbaiki lagi untuk masa yang ke depan.
#Langkah 6: Membuat Penilaian
Langkah yang terakhir ini, penting untuk kita membuat penilaian terhadap perbelanjaan kita. Ketika inilah kita boleh membuat penilaian dari segi tempat perbelanjaan, kuantiti dan had tertentu yang boleh ditambah baik untuk meneruskan kelangsungan hidup yang lebih cemerlang.
Belanja Berhemah
Pada zaman ini, terlalu banyak aplikasi dalam menguruskan perbelanjaan dan banyak juga medium yang mempromosikan barangan sehingga masyarakat terlalu ‘menggila’ dalam berbelanja.
Bijaklah dalam mengurus kemahuan diri agar kita tidak terjerat dalam perangkap sendiri. Bagi saya, jimat bukan bererti kedekut.
Banyakkanlah bersedekah kerana itu punca rezeki diluaskan. Ingatlah kepada Pemberi rezeki.
 
Sumber: tzkrh.com
The post 6 Tips Bijak Mengurus Kewangan Buat Golongan Muda appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/6-tips-bijak-mengurus-kewangan-buat-golongan-muda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Golongan Muda Harus Dipandang Sebagai Rakan Strategik Bukan Masalah

Golongan Muda Harus Dipandang Sebagai Rakan Strategik Bukan Masalah

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Golongan muda harus dipandang sebagai rakan strategik dan bukanlah sebagai satu masalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong berkata kerajaan baharu akan menghormati memupuk nilai baik dan memberi mereka ruang...
Tabung Haji Mula Pindah Aset Rm19 9 Bilion Kepada Spv Alasan Stabilkan Kewangan

Tabung Haji Mula Pindah Aset Rm19 9 Bilion Kepada Spv Alasan Stabilkan Kewangan

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 339 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji mula memindahkan aset daripada portfolio pelaburan ekuitinya kepada syarikat tujuan khas Urusharta Jamaah Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semulanya Dalam kenyataan kepada Bursa Mala...
Harga Minyak Petrol Ron 95 Dan Diesel Tak Jadi Turun Malam Ini Menteri Kewangan

Harga Minyak Petrol Ron 95 Dan Diesel Tak Jadi Turun Malam Ini Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 443 hits
HARGA minyak dilaporkan tidak akan berubah atau dalam kata lainnya tak jadi turun malam ini Ini bermakna selepas tengah malam ini pun minyak petrol RON95 akan kekal pada harga RM2 20 seliter Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim G...
Menggunakan Database Br1m Kj Sindir Kementerian Kewangan

Menggunakan Database Br1m Kj Sindir Kementerian Kewangan

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 122 hits
PUTRAJAYA Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyindir Kementerian Kewangan yang menggunakan pangkalan data BR1M dalam pemberian Bantuan Sara Hidup Menerusi ciapan terbaharunya Khairy Jamaluddin yang mesra disapa KJ berkata BR...
Kewangan Malaysia Perlu Tiga Tahun Untuk Pulih Kata Menteri Kewangan

Kewangan Malaysia Perlu Tiga Tahun Untuk Pulih Kata Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 242 hits
Kewangan Malaysia perlu tiga tahun untuk pulih kata Menteri Kewangan Dikemas kini 35 minit yang lalu middot Diterbitkan pada
Mantan Pm Betulkan Laporan Menteri Kewangan Baru Belajar

Mantan Pm Betulkan Laporan Menteri Kewangan Baru Belajar

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 361 hits
Kita ketepikan sementara janji PH untuk memansuhkan semua tol kerana manifesto bukan kitab bagai dikata Kini saya ingin beri sedikit fakta mengenai langkah kerajaan PH untuk tidak menaikkan tol jalanraya tahun depan dengan membayar pampasan...
3 Tahun Diperlukan Untuk Pulihkan Kewangan Negara

3 Tahun Diperlukan Untuk Pulihkan Kewangan Negara

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 207 hits
MALAYSIAKINI Susulan skandal rasuah 1MDB hutang RM1 trilion dan kegagalan dasar kerajaan sebelum ini Malaysia memerlukan sekurang kurangnya tiga tahun untuk memulihkan situasi kewangan kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Dalam ucapan tahun b...
Menteri Kewangan Serah Cek Peruntukan Rm25 Juta Untuk Sekolah Pondok

Menteri Kewangan Serah Cek Peruntukan Rm25 Juta Untuk Sekolah Pondok

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 310 hits
Pada 9 Januari 2019Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menyerahkan cek berjumlah RM25 juta kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Rawa untuk disalurkan ke 228 sekolah pondok dan sekolah agama rakyat yang berdaftar Perunt...
Tabung Haji Skandal Kewangan Jangan Mudah Berpuas Hati

Tabung Haji Skandal Kewangan Jangan Mudah Berpuas Hati

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 464 hits
Lebih kurang seminggu lalu di London Presiden PAS Dato Seri Hadi Awang mengulas mengenai skandal kewangan Tabung Haji di hadapan penyokong PAS dari kalangan penuntut Malaysia di London Laporan mengenai ulasan beliau itu disiarkan oleh Harak...
Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Advertise Up To 200 Million Emails

Sibuk Mencari Barang Dekat Nilai 3

Toha Arifin Selamatkan Palestin Chord

Dual Language Programme Malaysia Maksud Senarai Sekolah

Stay Strapped How To Transport A Motorcycle The Right Way