Amerika Syarikat Syor Tangguh Suntikan Vaksin Johnson Johnson Bimbang Kesan Sampingan Darah Beku


 
Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) semalam mengesyorkan pemberian suntikan vaksin Johnson & Johnson (J&J) ditangguhkan sementara susulan kebimbangan akan kesan darah beku.


Dalam pada itu, syarikat farmaseutikal berkenaan turut mengumumkan bahawa pihaknya akan menangguhkan pengedaran bekalan vaksin terbabit ke negara Eropah, sekali gus bakal merencatkan kempen imunisasi global bagi memerangi pandemik COVID-19.




Pihak berkuasa memaklumkan daripada hampir tujuh juta rakyat AS yang menerima suntikan vaksin dos tunggal itu, setakat ini, enam wanita berusia antara 18 hingga 48 tahun mengalami jenis darah beku jarang berlaku di otak, selain kandungan platelet rendah.


Seorang daripada mereka kemudian dilaporkan meninggal dunia, manakala seorang lagi sedang berada dalam keadaan kritikal.


Saintis Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), Peter Marks, berkata kesan sampingan sedemikian berkemungkinan dicetuskan oleh tindak balas sistem pertahanan badan yang jarang berlaku terhadap suntikan vaksin berkenaan, sebagaimana dialami beberapa ratus penerima suntikan vaksin AstraZeneca di Eropah.



Kedua-dua vaksin terbabit dihasilkan melalui teknologi vektor adenovirus.


"Kami sudah membuat keputusan untuk bertindak proaktif dengan menangguhkan pengedaran vaksin kami di Eropah," menurut J&J.


Perkembangan itu sekali gus bakal memberi tamparan hebat kepada benua berkenaan yang telah melepasi angka sejuta kematian akibat COVID-19.


Sebelum ini, Kesatuan Eropah memeterai perjanjian untuk memperoleh bekalan 200 juta dos vaksin J&J dan sedang meneliti keperluan untuk menambah jumlah sama pada masa akan datang.


Pihak berkuasa AS kini menjalankan siasatan yang berkemungkinan bakal menyaksikan keperluan untuk membuat keputusan kawal selia yang amat sukar, termasuk melarang pemberian suntikan J&J kepada golongan lebih berusia.


Individu menerima suntikan vaksin J&J dalam tempoh tiga minggu lalu, sudah diminta melaporkan kepada doktor jika mengalami kesan sampingan seperti sakit kepala, sakit perut, sakit kaki atau kesukaran bernafas.


Bagaimanapun, Rumah Putih menyuarakan keyakinan bahawa pelan imunisasi AS tidak akan berdepan 'kesan signifikan', berikutan hampir separuh daripada seluruh golongan dewasa di negara itu sudah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.


Dalam pada itu, Pfizer memaklumkan bahawa pihaknya akan menghantar bekalan 300 juta dos vaksin menjelang pertengahan Julai depan, iaitu dua minggu lebih awal daripada jadual sebenar.


Moderna pula dilaporkan berkata, pihaknya mampu menepati jadual penghantaran bekalan 300 juta dos menjelang penghujung Julai depan.


Sementara itu, Afrika Selatan menyusuli langkah AS dengan menggantung sementara pemberian suntikan vaksin J&J, meskipun negara berkenaan hanya menggunakan vaksin terbabit dalam kempen imunisasinya, setakat ini.


Bagaimanapun, Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) memaklumkan, pihaknya masih meneruskan siasatan tersendiri berhubung perkara itu.



Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pula memberitahu pemberita bahawa negara itu masih menunggu penghantaran pertama bekalan vaksin berkenaan menjelang akhir bulan ini. - AFP


AS tangguh sementara suntikan vaksin J&J
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/04/806718/tangguh-sementara-suntikan-vaksin-jj


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/04/amerika-syarikat-syor-tangguh-suntikan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Astrazeneca Pembekuan Darah Kesan Sampingan Sangat Jarang Berlaku Ema

Vaksin Astrazeneca Pembekuan Darah Kesan Sampingan Sangat Jarang Berlaku Ema

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 212 hits
Astro AwaniApril 7 2021 EMA menggambarkan masalah pembekuan darah sebagai kesan sampingan yang sangat jarang berlaku Foto REUTERSAMSTERDAM Pengawal selia ubat Kesatuan Eropah mengesahkan menemui kemungkinan hubung kait antara vaksin AstraZe...
Penerima Punyai Sistem Imun Badan Kuat Alami Kesan Sampingan Vaksin Covid 19 Lebih Ketara

Penerima Punyai Sistem Imun Badan Kuat Alami Kesan Sampingan Vaksin Covid 19 Lebih Ketara

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 284 hits
Orang muda dan wanita dilaporkan mungkin berdepan kesan sampingan lebih ketara selepas mendapat suntikan vaksin Covid 19 kerana mempunyai sistem imun lebih kuat Kesan sampingan yang biasa dialami termasuk sengal sengal pada tangan demam pen...
Kesan Sampingan Vaksin

Kesan Sampingan Vaksin

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 380 hits
1 AEFI dan Kematian Paling Pantas Dilaporkan Berikutan V ks n C v d 2 Wanita Ditemui Tidak Bernafas dan Tanpa Denyutan Nadi 20 Minit Selepas Ambil V ksin C vid
Ada Kaitan Jelas Vaksin Astrazeneca Darah Beku Kata Agensi Perubatan Eropah

Ada Kaitan Jelas Vaksin Astrazeneca Darah Beku Kata Agensi Perubatan Eropah

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 228 hits
AFPROM Seorang pegawai tertinggi di Agensi Perubatan Eropah berkata ada kaitan antara vaksin AstraZeneca dan pembekuan darah Pada pendapat saya kami boleh katakan sekarang jelas ada kaitan dengan vaksin Tetapi kami masih tidak tahu apa punc...
Amerika Syarikat Digesa Ketepi Peraturan Harta Intelek Vaksin Covid 19

Amerika Syarikat Digesa Ketepi Peraturan Harta Intelek Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 252 hits
Kira kira 170 bekas pemimpin negara dan pemenang hadiah Nobel meminta Amerika Syarikat mengetepikan peraturan harta intelek untuk vaksin COVID 19 bagi memberi negara miskin akses lebih cepat kepada inokulasi Menerusi surat terbuka kepada Pr...
Sultan Selangor Tengku Permaisuri Selesai Terima Suntikan Dos Kedua Vaksin Covid 19

Sultan Selangor Tengku Permaisuri Selesai Terima Suntikan Dos Kedua Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 310 hits
Sultan Selangor Tengku Permaisuri selesai terima suntikan dos kedua vaksin Covid 19 nbsp Dikemas kini 32 minit yang lalu Di
Kejar 100 Ribu Suntikan Per Pekan Ridwan Kamil Berharap Pasokan Vaksin Lancar

Kejar 100 Ribu Suntikan Per Pekan Ridwan Kamil Berharap Pasokan Vaksin Lancar

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 265 hits
Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil berharap pasokan vaksin Covid 19 tetap lancar Ketersediaan vaksin dibutuhkan untuk mengejar target 100 ribu penyuntikan setiap pekan
Najib Terima Suntikan Vaksin Covid 19 Hari Ini

Najib Terima Suntikan Vaksin Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 257 hits
Najib terima suntikan vaksin Covid 19 hari ini Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Apr 2021 7 17PM
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Develop A Scalable Business Model


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Petua Simpan Santan Segar

The Unwanted Penyesalan Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi