Bayangkan Air Gula Pun Dah Loya Boleh Ke Survive Lepas Minum Tanpa Termuntah


Salah satu prosedur yang tidak digemari oleh wanita hamil adalah proses minum air gula. Kebanyakannya tidak suka melaluinya kerana khuatir akan termuntah. Bahkan sebelum mengambil air gula, perlu berpuasa pula. Sesetengah ibu mungkin merasakan minum air gula sesuatu yang biasa tidak dinafikan ada yang tidak mahu melakukannya terutama jika sedang mengalami alahan.

Bagi menjelaskan tentang prosedur ini, Dr Nurul Azwa Hasny, Konsultan Obstetrik & Ginekologi, Salam Specialist Hospital berkongsi info dengan para ibu yang dikehendaki mengambil air gula. Menurutnya, para ibu yang dikehendaki melalui prosedur Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) perlu berpuasa sekurang-kurangnya lapan jam sebelum prosedur. Sekiranya ibu berasa terlampau haus, air kosong dibenarkan untuk membasahkan tekak.
Artikel Menarik: [Waktu Hamil Nak Makan Durian, Silakan. Tapi Janganlah ‘Baham’ Sampai Berbiji-Biji]
DIWAJIBKAN KEPADA IBU BERISIKO KENCING MANIS
Prosedur ini diwajibkan kepada ibu mengandung yang berisiko kencing manis. Ia dilakukan pada awal kandungan semasa booking dan perlu diulangi pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu sekiranya ujian pertama adalah normal.

PEMAKANAN BIASA & AKTIVITI NORMAL 3 HARI BERTURUT-TURUT
Ibu-ibu perlu memastikan diri makan dan menjalani aktiviti harian secara normal selama tiga hari berturut-turut sebelum prosedur. Ibu juga perlu memastikan tahap kesihatan baik pada tempoh tersebut. Sekiranya ibu berkenaan mengalami masalah kesihatan, bolehlah menghubungi klinik atau hospital bagi memaklumkan dan mengubah tarikh prosedur.
MINUM AIR GULA
Setelah berpuasa, ibu digalakkan datang awal ke klinik untuk pengambilan darah pertama semasa puasa. Air gula akan diberikan dan perlu minum sehabisnya tanpa muntah.
Selepas itu ibu berkenaan perlu meneruskan berpuasa selama 2 jam lagi untuk pengambilan darah kali kedua. Setelah selesai, puan baru dibenarkan makan dan minum.

Ujian darah yang pertama menentukan kandungan gula badan semasa puasa manakala ujian yang kedua pula menentukan kemampuan badan puan memposes kandungan gula yang tinggi.
Artikel Menarik: [Asid Folik Tingkatkan Kesuburan, Tapi Bukan ‘Jalan Pintas’ Untuk Hamil Cepat]
SEKIRANYA MUNTAH, UJIAN PERLU DIULANG SEMULA
Sekiranya ibu muntah semasa prosedur, ujian ini perlu diulang semula. Oleh sebab itu, penting bagi ibu untuk bersedia secara mental dan fizikal bagi menghadapi prosedur ujian ini. Ibu-ibu perlu dalam keadaan sihat pada hari tersebut. Kurangkan makanan pedas atau berempah malam sebelumnya. Datang awal supaya tidak perlu menunggu lama.
TARIK NAFAS DALAM-DALAM & CUBA MINUM DALAM SATU NAFAS

Artikel Menarik: [Influenza Bukan Biasa-Biasa. Kena Pada Ibu Mengandung, Beri Effect Pada Bayi]
Jika takut termuntah selepas meminum air gula, ibu hamil boleh mencuba cara ini:
Tarik nafas dalam-dalam dan cuba minum air gula dengan satu nafas. Jangan fikir! Terus sahaja minum sampai habis. Selepas minum, berkumurlah supaya rasa gula tidak melekat pada mulut. Basahkan sedikit muka dan rambut agar rasa lebih segar. Cari tempat duduk selesa untuk berehat. Ibu boleh menyapu minyak angin atau minyak aromaterapi sekiranya rasa pening dan loya. Ibu boleh membuat urutan acupressure tangan untuk elakkan muntah.  
 
 
The post Bayangkan Air Gula Pun Dah Loya, Boleh Ke ‘Survive’ Lepas Minum Tanpa Termuntah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayangkan-air-gula-pun-dah-loya-boleh-ke-survive-lepas-minum-tanpa-termuntah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Ke Minum Air Sambil Berdiri

Boleh Ke Minum Air Sambil Berdiri

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 1023 hits
Tak sangka selama ini minum sambil berdiri yang dikatakan berbahaya untuk tubuh badan adalah mitos semata2x Perkara ini sudah diterapkan sejak kecil lagi sehingga tiada siapa yang menafikan tentang hal ini Ini adalah tujuh akibat MITOS yg T...
Pengalaman Minum Air Gula Kali Pertama Di Klinik Kesihatan

Pengalaman Minum Air Gula Kali Pertama Di Klinik Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 693 hits
Pengalaman Minum Air Gula di Klinik Kesihatan Entri lain Minum air gula di Klinik Kesihatan sewaktu mengandung kini dah jadi syarat utama buat ibu mengandung Iaitu wanita mengandung dengan usia 25 tahun keatas diwajibkan Alhamdulillah seles...
Doktor Dedah Terlebih Minum Air Putih Boleh Menyebabkan Sawan

Doktor Dedah Terlebih Minum Air Putih Boleh Menyebabkan Sawan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 538 hits
Setiap kali kita mendengar tips untuk kuruskan badan minum air putih dengan banyak antara tips paling penting Pasti ramai tahu bahawa air putih dapat meningkatkan kadar metaolik badan dan membuatkan anda rasa kenyang Malah kita disarankan u...
Lepas Setahun Anak Minum Susu Formula Kena Terus Bagi Susu Bimbang Boleh Undang Lactose Intolerance

Lepas Setahun Anak Minum Susu Formula Kena Terus Bagi Susu Bimbang Boleh Undang Lactose Intolerance

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 341 hits
Anak anak yang masih kecil memerlukan nutrisi yang banyak untuk tumbesaran mereka Bila keperluan nutrisi tidak dipenuhi maka timbullah masalah seperti kurang berat badan kurang tinggi cepat letih dan sebagainya Keperluan kalsium merupakan s...
Stop Bayi Tak Boleh Minum Air Masak Jom Ketahui Sebabnya

Stop Bayi Tak Boleh Minum Air Masak Jom Ketahui Sebabnya

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 484 hits
Baby haus tu tak cukup susu bagilah dia minum air masak STOP Jika anda menerima saranan seperti ini jangan lakukannya Jom ketahui mengapa baby tidak boleh meminumnya Bayi meninggal Baru baru ini seorang bayi kehilangan nyawa disebabkan ibun...
Dipercayai Tertekan Diejek Di Sekolah Remaja Maut Lepas Minum Racun

Dipercayai Tertekan Diejek Di Sekolah Remaja Maut Lepas Minum Racun

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 400 hits
Kejadian serta kes buli kini makin parah dan bagaikan tiada penghujungnya ekoran terdapat laporan serta maklumat berkaitan kes kes berkenaan Isu ini bukan sahaja terdapat atau terjadi di Malaysia malah luar negara turut mengalami hal yang s...
Tak Dapat Gugurkan Anak Ibu Bagi Bayi Minum Air Gas Supaya Mati Cepat

Tak Dapat Gugurkan Anak Ibu Bagi Bayi Minum Air Gas Supaya Mati Cepat

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 490 hits
Semakin lama masalah pengabaian anak dan bayi semakin meningkat di seluruh dunia hingga ada beberapa negara mengambil inisiatif untuk membenarkan pengguguran kandungan bagi menyelesaikan masalah ini sementara ada segelintir negara yang meng...
Gambar Abang Offshore Selamatkan Anjing Di Laut Siap Bagi Minum Air Jadi Viral Terima Pujian Netizen

Gambar Abang Offshore Selamatkan Anjing Di Laut Siap Bagi Minum Air Jadi Viral Terima Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 535 hits
Tidak semua manusia yang bersikap kejam terhadap binatang Ada sahaja manusia yang sanggup bersusah payah membantu binatang yang dalam kesusahan Malahan ada orang yang sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak kerana seekor binatang peli...
7 Jenis Sayuran Yang Boleh Kita Tanam Menggunakan Segelas Air

7 Jenis Sayuran Yang Boleh Kita Tanam Menggunakan Segelas Air

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 596 hits
Jika teringin bercucuk tanam di rumah tapi tiada ruang anda mungkin boleh mulakan dengan menanam sayur ini Apa yang diperlukan untuk menanam sayur ini hanyalah segelas air saja Kubis CinaAnda boleh mencambahkan helaian baru kubis Cina denga...
Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo

It Takes More Than Just A Badge To Instil Patriotism

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Building An Online Marketing Plan