Belok kiri untuk ke Stong Heritage Eco Resort. Kalau terus lagi akan jumpa Stong Hill Resort yang merupakan pintu masuk untuk ke air terjun Jelawang. Untuk info, air terjun Jelawang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara (305 meter).
Inilah chalet penginapan kami - Madu 2, terletak betul-betul di tepi sungai. Harga untuk chalet ni RM130/malam. Selain chalet begini, terdapat juga penginapan jenis dorm untuk program berkumpulan
Pandangan dari sisi lain - chalet ni juga mempunyai pintu jenis sliding. Jadinya boleh la buka pintu dan bersantai menikmati pemandangan sungai dari dalam chalet. Nak duduk kat luar belakang tu pun boleh, ada disediakan kerusi
Rupa bahagian dalam chalet kami. Kemas, bersih, cantik dan lengkap dengan kemudahan. Pendek kata, memang puas hati. Pengalaman paling best bila tidur malam di sini - nak tidur macam kena dodoi dengan bunyi deruan air sungai dan terasa macam tidur atas air. Tidur sambil tersenyum bahagia tau ❤
Bilik air pun cantik dan bersih
Alhamdulillah harga chalet sudah termasuk sarapan pagi. Kalau tak, macam susah jugak kami nak keluar dari sini dan mencari sarapan. Kami ke ruang makan resort, atas meja dah tersedia begini. Nampak kan cuma ada dua bungkusan makanan...sebabnya memang kami berdua je tetamu resort pada masa ni 😃
Sarapan kami - nasi kerabu daging bakar, siap beralas dan bertutup dengan daun pisang. Makan pulak atas meja buloh, sambil layan deruan air sungai...memang sarapan pagi yang indah
Beginilah rupa ruang makan resort. Sesuai untuk program kumpulan besar. Saya tertarik dengan bangku dan meja buloh, juga kemasan pada siling. Serasi sangat dengan resort yang berada di tengah keindahan alam semulajadi
Berbasikal - pihak resort menyediakan dua buah basikal untuk kami. Satu tinggi dan berpalang (untuk lelaki) dan satu lagi rendah tanpa palang (untuk perempuan). Seronoklah suami mencuba bawa basikal di sini, mencabar jugak sebab permukaan tak rata
Tanah resort ni asalnya kebun getah dan masih ada pokok getah yang dikekalkan. Awal pagi tadi dah ada orang datang menoreh. Tapi bukanlah ada aktiviti menoreh getah untuk tetamu ya...hehe. Yang kita boleh buat adalah bersantai di hammock tu. Pertama kali saya mencuba berbaring di hammock. Seronok rupanya! Selama ni agak segan sebab terbuka pada pandangan awam, tapi kali ni takde orang...memang rugi tak cuba
Berbaring di hammock rasa macam nak terlena. Tapi terpandang cantik pulak pemandangan gini, terus snap gambar beberapa kali...hehe
Sungai di tepi chalet kami. Airnya mengalir dari pergunungan, sejuk dan bersih
Jernih boleh nampak batuan di dasar sungai. Paras air paling dalam yang saya masuk pun tak sampai paras pinggang saya. Cuma batuan di sini licin dengan lumut, perlu hati-hati memijak
Segar rasa badan dapat berendam dalam air sungai yang sejuk dan bersih ni. Dengan bunyi aliran air sungai dan kehijauan alam, memang satu terapi buat diri saya|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |