Keluarga Nora Anne Fail Saman Dusun Resort Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi


SEREMBAN, 5 Jan (Bernama) — The Dusun Resort akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi mengenai tindakan keluarga Nora Anne Quoirin yang mengemukakan saman sivil terhadap operator resort itu yang merupakan lokasi kehilangan dan kematian remaja Ireland itu  pada Ogos tahun lalu.
Pengarah The Dusun Resort Haanim Bamadhaj ketika dihubungi berkata, pihaknya sedia maklum mengenai saman berkenaan sebelum ia dilaporkan pihak media.
“Ya, kami sedar dan kami telah menerimanya lebih awal, tetapi saya tidak boleh mendedahkan butiran mengenai bila  kami menerimanya … dan pasukan undang-undang resort sedang meneliti saman yang difailkan oleh ibu bapa Nora Anne,” katanya.
Media semalam melaporkan ibu bapa kepada Nora Anne, Meabh Jaseprine Quoirin,45, dan Sebastian Marie Philipe,47,  mengemukakan saman terhadap operator The Dusun Resort yang menjadi lokasi penginapan mereka ketika bercuti di Pantai, Seremban, Ogos tahun lalu.
Menerusi tuntutan itu, mereka mendakwa operator gagal memastikan keselamatan premis, tidak memasang kamera keselamatan dan tidak menyelenggara serta memastikan keupayaan selak pintu bilik diinap mereka.
Mereka diwakili peguam Sankara Nair dan saman sivil itu difailkan di Mahkamah Seksyen Seremban dengan pengurusan kes dilaporkan akan bermula pada 21 Januari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman berkata mana-mana individu berhak untuk memfailkan saman sivil terhadap mana-mana pihak yang dirasakan wajar.
Mengenai laporan lengkap bedah siasat remaja Nora Anne, Che Zakaria berkata, laporan lengkap bedah siasat itu masih belum diperoleh.
Nora Anne berusia 15 tahun bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di resort The Dusun Pantai Hill, Pantai, dekat sini  pada 3 Ogos, sehari sebelum remaja itu dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya.
Mayat remaja itu ditemukan pada 13 Ogos lepas, iaitu 10 hari selepas kehilangannya oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, sekitar 2.5 km daripada eko-resort itu.
Laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora Anne, yang mengalami masalah pembelajaran, tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja perempuan itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan.
Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia
Sumber: BERNAMA
The post Keluarga Nora Anne Fail Saman: Dusun Resort Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/05/keluarga-nora-anne-fail-saman-dusun-resort-akan-keluarkan-kenyataan-rasmi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Pasang Cctv Gagal Memastikan Keselamatan Premis Ibu Bapa Mendiang Nora Anne Saman Pihak Resort

Tak Pasang Cctv Gagal Memastikan Keselamatan Premis Ibu Bapa Mendiang Nora Anne Saman Pihak Resort

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 350 hits
Disember 2019 Polis Diraja Malaysia mengesahkan bahawa kematian remaja Ireland Nora Anne Quoirin 15 tiada melibatkan unsur khianat dan perkara itu telah dimaklumkan kepada Kedutaan Perancis di Singapura Polis mengklasifikasikan kes itu seba...
Nora Quoirin S Parents Sue Resort Over Her Disappearance Death

Nora Quoirin S Parents Sue Resort Over Her Disappearance Death

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 445 hits
The parents of Franco Irish teenager Nora Quoirin who died in Negri Sembilan last August are suing the resort where they stayed at the time of her disappearance Lawyer Sankara Nair who is representing the family said the civil suit was file...
Nora Anne S Parents Slam Unfathomable Nfa Label Over Teen S Death

Nora Anne S Parents Slam Unfathomable Nfa Label Over Teen S Death

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 319 hits
Irish teenager Nora Anne Quoirin was found dead 10 days after she went missing from a resort in Negeri Sembilan PETALING JAYA The parents of Irish teenager Nora Anne Quoirin who died while on holiday in Negeri Sembilan last year are demandi...
Pejabat Peguam Negara Klasifikasikan Kematian Nora Anne Sebagai Tiada Tindakan Lanjut

Pejabat Peguam Negara Klasifikasikan Kematian Nora Anne Sebagai Tiada Tindakan Lanjut

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 406 hits
SEREMBAN 8 Jan Pejabat Peguam Negara sebelum ini memutuskan bahawa kes remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin yang ditemui mati selepas dilaporkan hilang dari vila penginapan keluarganya di resort The Dusun Pantai Hill Pantai deka...
Pasti Meriah Bila Iftar Sesama Berkonsep Kebun Dalam Bandar Di Bangi Golf Resort

Pasti Meriah Bila Iftar Sesama Berkonsep Kebun Dalam Bandar Di Bangi Golf Resort

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 716 hits
Salam uolls Seperti setiap kali tibanya bulan Ramadhan Bangi Golf Resort pastinya akan membawa kelainan pada setiap tahun untuk meraikan para tetamu yang hadir berbuka puasa Hampir 200 jenis makanan yang dihidangkan secara buffet terdiri da...
Karim Bujang Banglo 8 Juta Resort Shafie Apdal Banglo 13 Juta Rm53 Juta Albion Street London Rakyat Dapat Apa

Karim Bujang Banglo 8 Juta Resort Shafie Apdal Banglo 13 Juta Rm53 Juta Albion Street London Rakyat Dapat Apa

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 328 hits
Berulang kali Shafie dan Karim Bujang mengulangi apa rakyat dapat di Sabah dan Kimanis Masa Shafie sebagai Menteri KKLW dan Karim Bujang Pembantu Menteri kewangan apa dia bikin Yang pasti Shafie dan Karim jutawan banglo mewah Kempen PRK Kim...
Tadom Hill Resort Selangor Curi Tumpuan Ramai 2020 45 Minit Je Dari Kl

Tadom Hill Resort Selangor Curi Tumpuan Ramai 2020 45 Minit Je Dari Kl

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 726 hits
Tadom Hill Resort Selangor Curi Tumpuan Ramai 2020 45 Minit Je Dari KL Tadom Hill adalah kawasan perkampungan orang asli yang berkeluasan 40 ekar Tempat ini sangat indah kerana berdekatan dengan tasik dengan permandangan bukit batu kapur da...
Stong Heritage Eco Resort Dabong

Stong Heritage Eco Resort Dabong

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 1242 hits
01 01 2020 RabuMelalui carian internet saya menemukan beberapa pilihan penginapan di sekitar Gunung Stong Saya kemudiannya memilih untuk menginap di resort yang baru dibuka Stong Heritage Eco Resort Kampung Jelawang Dabong Kuala Krai Kelant...
Zoo Haram Dalam Resort

Zoo Haram Dalam Resort

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 238 hits
BEROPERASI tidak ubah seperti zoo haram apabila pemiliknya menyimpan pelbagai spesies hidupan liar dilindungi secara tidak sah Tindakan lelaki berusia 50 an itu bagaimanapun mengundang padah apabila resort dikendalikan di Kluang diserbu sep...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang

Sarapan Di Ashoka Curry House

Memang Tiada Kekasih Sampah Bertimbun Ahli Running Man Terkejut Lihat Rumah Kim Jongkook