Singgah Sebentar Di Gua Ikan Dabong
01.01.2020 | Rabu
Dalam perjalanan pulang dari Stong Heritage Eco Resort, saya dan suami meluangkan masa untuk ke Gua Ikan. Ia terletak kira-kira 8 km dari lokasi resort.
Setibanya di Kompleks Gua Ikan, mula-mula sekali kita akan nampak kedai makan di sebelah kanan. Teruskan memandu ke kawasan parkir, selepas tu kita berjalan kaki menuju ke arah bukit batu kapur untuk ke Gua Ikan
Maha Suci Allah yang menjadikan bukit batu kapur yang tersergam indah ini
Jom kita masuk ke Gua Ikan! Walaupun keadaan persekitaran sunyi tanpa pengunjung lain, tapi tidaklah menyeramkan. Lagi pulak kedai makan tadi sedang beroperasi dan agak ramai pengunjungnya
Terdapat aliran sebatang sungai di gua ini yang menambah ciri-ciri keindahan sebuah gua
Teringin jugak saya nak menuju ke lubang gua yang terdapat nun di hujung sana. Tapi tentulah tak selamat tanpa kehadiran jurupandu
Walaupun ini kunjungan kali kedua saya di sini, saya tetap asyik dan suka memerhati struktur dan persekitaran gua ini. Sebabnya, saya pun dah tak ingat dengan jelas bagaimana gua ini (kecuali ingat ada sungai). Maklum je masa pertama kali datang adalah pada tahun 1997, dah lebih 22 tahun 😄
Air sungainya cetek je. Saya cari-cari jugak kot ada hidupan air di sini, tapi nampaknya tak ada
Perkara yang membuat saya sedih dan marah...vandalisme! Contengan di dinding gua begini menghilangkan keaslian gua dan mencacatkan pemandangan. Entah bagaimana M. Isham, Fauzi, M. Nor, Jusoh, Azhar dan yang lain-lain tu gigih menconteng pada kedudukan dinding gua yang agak tinggi
-----------------------------------------------------
Di kawasan Kompleks Gua Ikan ni terdapat kemudahan tandas dan surau. Tapi malangnya ia tidak diselenggara. Tandasnya siap bermangga pada besi gril. Agak sayang tempat yang berpotensi untuk pelancongan alam semula jadi terbiar begini
Selain Gua Ikan, disekitar kawasan ini juga terdapat beberapa gua lain yang lebih mencabar untuk diterokai. Insya Allah jika ada rezeki kami nak datang kembali ke sini untuk meneroka gua-gua tersebut dengan bantuan jurupandu. Kedatangan kami kali ni sangat singkat dengan niat sekadar nak melihat-lihat
Untuk korang yang sukakan alam semula jadi...datanglah ke Dabong, Kelantan. Tentu akan rasa seronok macam saya bila melihat hutan menghijau, bukit batu kapur dan gunung di sepanjang perjalanan. Juga adanya air terjun tertinggi di Asia Tenggara - air terjun Jelawang (juga dikenali sebagai air terjun Stong)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2020/01/singgah-sebentar-di-gua-ikan-dabong.html