Banjir Di Chuchoh Puteri Kesan Pembalakan


KUALA KRAI – Penduduk Kampung Chuchoh Puteri A, di sini mendakwa banjir luar kebiasaan yang melanda kawasan kampung mereka akibat tiada sistem tadahan air semula jadi.
Menurut wakil penduduk, Marliyza Manaf, ekosistem kampung mereka telah rosak kerana pokok-pokok yang selama ini menjadi benteng air hujan telah ditarah rakus.
Menurutnya, penggondolan bukit, air terjun cetek, sungai dipenuhi pasir menyebabkan air hujan di musim tengkujuh mengalir limpah ke kawasan rumah-rumah yang berdekatan dengan sungai utama mereka.

“Penduduk kampung bergantung kepada sumber air asli dari air bukit. Terdapat sebatang paip besar yang menyalurkan air dari bukit ke rumah penduduk. Tiada takungan yang besar di tempat punca air diambil, hanya kolam semula jadi air.
“Pada tahun 2014, kampung kami tidak terjejas akibat bah kuning kerana kampung kami berada atas bukit. Cuma banjir biasa akibat limpahan sungai kerana taburan hujan yang banyak.
“Kerja-kerja pembalakan di kawasan berhampiran kampung kami jelas menjejaskan kehidupan. Ada yang kata, pembalakan untuk pemodenan namun bukan ini yang kita mahu. Kerja-kerja pembalakan ini langsung tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.
Katanya, penduduk kampung hanya mahukan solusi dan tidak mahu perkara ini dipolitikkan demi kepentingan peribadi.
“Kami hanya mahu solusi. Adakah 10 tahun lagi kampung kami bakal menjadi padang jarak padang tekukur, hasil kerakusan manusia?,” soalnya.
Bagi penduduk, Mohd Rashid Sulong, 70, situasi banjir pada 1 Disember lalu adalah paling teruk kerana air naik secara mendadak dan tidak disangka.
“Kami tidak sempat berbuat apa-apa, hanya mampu menyelamatkan diri kerana air naik begitu cepat dari arah sungai.
“Benteng yang dibina pada 2011 juga tenggelam menyebabkan air melimpahi kawasan rumah sehingga kami terkandas.
“Hari ini kami pulang ke rumah bagi kerja-kerja pembersihan namun ia sudah tentu mengambil masa yang lama untuk pulih semula sekurang-kurangnya sebulan,” katanya.

The post Banjir di Chuchoh Puteri kesan pembalakan? appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/banjir-di-chuchoh-puteri-kesan-pembalakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Penduduk Kampung Chuchoh Puteri Terkandas

Video Penduduk Kampung Chuchoh Puteri Terkandas

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 695 hits
Lebih 20 keluarga terkandas di Kampung Chuchoh Puteri di sini apabila kawasan berkenaan dinaiki air sejak jam 5 petang tadi Ketua polis daerah Superintendan Suzaimi Mohammad berkata sehingga jam 6 petang seramai lapan keluarga telah dipinda...
Kejadian Banjir Di Kampung Chuchuh Puteri Bukan Disebabkan Bukit Pecah

Kejadian Banjir Di Kampung Chuchuh Puteri Bukan Disebabkan Bukit Pecah

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 1422 hits
Kejadian banjir yang berlaku di Kampung Chuchuh Puteri Kuala Krai petang semalam bukan disebabkan bukit pecah sebagaimana yang didakwa penduduk kata Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan Beliau berkata kejadian itu disebabkan fenomen...
Mpkk Felda Tenang Turut Bantu Mangsa Banjir

Mpkk Felda Tenang Turut Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 384 hits
Oleh Norekwan MamatBESUT 29 November Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Felda Tenang turut membantu pihak Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta polisdalam menguruskan mangsa banjir di kawasan tersebut Timbalanny...
Kisah Lebai Makan Angin Bermain Salji Rakyat Sedang Hadap Banjir

Kisah Lebai Makan Angin Bermain Salji Rakyat Sedang Hadap Banjir

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 526 hits
Oleh Mohamad Asri AhBakar Ketika bah besar mula melanda Kelantan Ketika org2 kg mula di pindahkan Ketika ekonomi Kelantan mengalami defisit Ketika Kelantan juga menghampiri muflis Ketika syarikat2 milik Kerajaan negeri terpaksa di jual Keti...
Banjir Di Terengganu Semakin Buruk

Banjir Di Terengganu Semakin Buruk

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 557 hits
Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk dengan pertambahan bilangan mangsa sehingga jam 7 pagi ini mencecah 2 296 orang daripada 648 keluarga yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara melibatkan empat daerah Jika petang semalam h...
Lori Dua Alam Tular Video Lori Redah Banjir Dalam Di Terengganu

Lori Dua Alam Tular Video Lori Redah Banjir Dalam Di Terengganu

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 1295 hits
Banjir di negeri pantai timur telah menjejaskan lebih ratusan keluarga sehingga memaksa mereka berpindah ke pusat pemindahan sementara berikutan rumah dan kampung mereka ditenggelami air dalam Dalam video berdurasi 1 02 minit yang dikongsi ...
Waspada Hadapi Bencana Banjir Mb Terengganu

Waspada Hadapi Bencana Banjir Mb Terengganu

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 336 hits
Ahmad Samsuri KUALA TERENGGANU 30 November Menteri Besar Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menasihatkan rakyat terjejas banjir di negeri ini supaya lebih berhati hati dan sentiasa mengamalkan sikap berwaspada dalam menghadapi bencana yang ...
Sakit Bersalin Ketika Mengharungi Banjir

Sakit Bersalin Ketika Mengharungi Banjir

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 349 hits
BESUT Seorang wanita berdepan detik cemas mengharungi air bah di rumahnya di Felda Tenang Terengganu dalam keadaan sakit untuk melahirkan anak sulungnya Suhaida Azmani 27 yang hamil 39 minggu itu tidak menyangka akan berasa sakit untuk bers...
Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Sedikit Menurun Tengah Hari Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Sedikit Menurun Tengah Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 438 hits
Kota Bharu Jumlah mangsa banjir di Kelantan sedikit menurun kepada 261 mangsa pada 1 00 tengah hari ini berbanding 315 orang yang direkodkan pukul 8 00 pagi ini Aplikasi InfoBencanaJKM menunjukkan jumlah itu membabitkan 70 keluarga di sembi...
Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Pa Yang Multitasking

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

18 Peserta Big Stage Alpha All Male Spin Off Berentap

Berlindung Daripada Penyakit Ain

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan