Staycation Pertama Bersama Baby Muqarrabin
59 hari usia Muhammad Muqarrabin pada 8 Februari 2025, kami staycation yang terdekat. Syukur Ya Allah! ini pengalaman kali pertama saya staycation dengan yang menyusu botol. Jadi, ada beberapa kali kami berhenti sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu.
Masya Allah. Urusan dipermudahkan Allah sepanjang staycation 2 hari 1 Malam. Kami seisi keluarga seronok sangat sebab sudah lebih 44 hari hari berkurung di rumah asbab berpantang saya. Boleh jadi stress! Manakan tidaknya, tidak keluar rumah untuk beriadah, ke kedai beli barangan dapur dan bersiar-siar sekitarnya.
Sebenarnya, Muqarrabin ni memang kuat menangis . Itu yang menjadi masalah utama kami tidak bawa berjalan-jalan. Risau meragam dan tidak boleh dipujuk. Kenapa saya kata begitu? sebab semasa appointment pakar di Hospital Tengku Ampuan Afzan ( HTAA ), baby meragam. Sehinggakan saya dan suami tidak tahu bagaimana mahu memujuk baby ketika itu.
Penjagaan baby perjalanan jauh
Memandangkan ini kali pertama saya mempunyai baby yang menyusu botol. Pada awalnya agak leceh. Sebab perlu membawa bakul yang berisi termo air panas, susu tepung, air sejuk dan 1 set berus pencuci botol. Agak susah! sebab tiada pengalaman kan?
Rupa-rupanya mudah, baby kenyang tiada lah meragam. Tapi itulah, baby saya boy. Bukanlah baby girl. Jadi, proses penyusuan tu memang kerap. Setiap 2 jam sekali perlu bancuh susu. Masya - Allah.
Dah kenyang baby ni, berak pula. Jadi, perlu lah menukar pampers dengan kadar segera. Jika tidak, meragam dia semakin membimbangkan ya. Zikir dan selawat pun dah tidak jalan.
Felda Residence Hotel, Terengganu
Tibanya kami di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu . Baby alhamdulillah, syukur! saya beranggapan bahawa, baby meragam sekiranya kita sebagai ibu bapa tidak membawa dan membiasakan baby kepada persekitaran baharu. Jadi, sebab itu lah baby meragam jika ke tempat yang perlu menunggu dan perjalanan lama. Sekadar pendapat saya sahaja.
Baby tetap tidur lena di hotel, walaupun pada malam tersebut ada gangguan sedikit. Biasalah hotel kan? bunyi tarik kerusi, menyusun perabot, dan bunyi tapak kaki orang berlari.
Itulah, anak nombor 4 ( Yusuf ) dia tegur bunyi tersebut. Maka, semakin kuatlah benda tu mengganggu.
Ok, setakat ini sahaja perkongsian di blog saya. Sebenarnya, saya ada lagi ghostwriting job yang tidak siap. Artikel travel dari klien tetap. Kebiasaannya, saya akan buat free writing di artikel personal untuk dapatkan rentak menulis terutamanya selepas bersalin. 59 hari tidak menulis artikel. Mood hilang, keterujaan sebagai Content Writer Website hilang sepenuhnya ya. Kau rasa?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2025/02/staycation-pertama-bersama-baby.html